Kedai emas paling murah di Malaysia

10 kedai emas murah di Malaysia

Senarai kedai emas murah di Malaysia dan bagaimana untuk menentukan kedai emas itu betul-betul murah? Untuk pelawat yang mencari kata kunci “kedai emas murah”, sila baca dan hadam artikel ini. untuk rekod apabila disebut kedai emas murah di Malaysia hanya ada beberapa tempat yang akan bermain di fikiran.

  • 1. Kedai emas murah Pasar Siti Khadijah, Kelantan
  • 2. Kedai emas murah Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
  • 3. Kedai emas murah Lebuh Penang, Pulau Pinang
  • 4. Kedai emas murah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • 5. Kedai emas murah Pasar Payang, Terengganu

Kenapa tempat-tempat diatas ini sinonim dengan emas murah, padahal bukannya ada lombong emas pun disitu. Sebenar-benarnya harga emas diseluruh Malaysia adalah hampir sama sahaja, barang yang sama cuma harga berbeza. Dan kenapa pula harga emas setiap kedai berbeza?

  • 1. Harga emas berubah setiap hari, ada kedai bernasib baik restock barang pada harga rendah, jadi mereka boleh jual rendah, tapi apabila mereka tersilap restock pada harga tinggi, maka mereka terpaksalah jual tinggi
  • 2. Ada juga kedai emas menggunakan teknik buka harga rendah, tapi naikkan harga upah, ini memang hampir majoriti kedai lakukan.
  • 3. Setiap kedai / syarikat ada cara dan strategi mereka sendiri untuk tarik pelanggan, ada yang fokus kepada barang bajet, barang padu, design ciplak, design clone dan pelbagai lagi, lagi cantik & kemas suatu design lagi mahal upahnya
  • 4. Emas bukanlah barang kawalan, jadi setiap syarikat atau individu bebas untuk menjual berapa pun harga

Berikut adalah harga upah standard untuk sesuatu design

  • 1. Emas padu – gajah, pasir, putra, putri RM4-8/gram
  • 2. Emas bajet simple – mesin, pintal RM6-10/gm
  • 3. Emas design simple – jagung, coco, lipan RM8-RM12/gram
  • 4. Emas fashion – RM8-20/gram
  • 5. Emas ekslusif design RM12-RM infiniti pergram

Jadi bagaimana cara untuk anda menentukan emas yang anda beli paling murah di pasaran, jawapannya adalah sentiasa bandingkan, setakat ini dunia emas belum mempunyai apps seperti trivago. Jadi anda boleh gunakan apps seperti dibawah. sila download




Klik pada banner diatas untuk download

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini

10 Sebab Beli Emas Lebih Murah Di Shopee

Langkah untuk membeli di kedai emas murah

  • 1. Cari dulu design yang anda inginkan, search keyword “emas 916” menggunakan apps diatas dan tengok mana-mana design yang anda berkenan
  • 2. Selepas pilih design yang anda minat, search menggunakan kata kunci design tersebut, contohnya “rantai mesin, rantai lipan double, rantai belut atau etc”
  • 3. Kebanyakan peniaga akan menggunakan kata kunci yang sama untuk barang kemas, jadi disitu anda boleh membandingkan harga setiap kedai
  • 4. Untuk mereka yang mencari item untuk COD, cari lokasi peniaga terdekat dan COD walaupun harga bukanlah paling murah, mungkin anda berada di johor, tetapi paling murah anda boleh dapat di Perlis, adakah berbaloi dengan masa dan minyak untuk kesana
  • 5. Jika melalui postage, order sahaja emas paling murah anda boleh dapat, dan gunakan payment gateway shopee, seller akan menghantar item kepada anda dulu sebelum payment direleasekan, jadi risiko anda sebagai buyer adalah minimum
  • 6. Bila harga yang dijual to good to be true, biasanya memang not true, simpan ini selalu di kepala, lihat harga emas semasa di www.hrg.ms

Contoh keyword di apps kemas kedai emas murah

Masih ragu dengan jual beli emas online?, tidak mengapa, browse sahaja apps ini sekadar untuk windows shopping, ada pelbagai item menarik.

Cara beli kedai emas murah online

  • 1. Cari peniaga-peniaga emas yang berdekatan tempat anda, boleh COD
  • 2. Gunakan payment gateway di shopee, bayaran anda hanya akan didisburse kepada seller selepas item diterima
  • 3. Baca review-review seller dahulu sebelum meneruskan transaksi
  • 4. Jangan melakukan pembayaran direct kepada akaun seller, gunakan payment gateway yang disediakan
  • 5. Semak harga jual di www.hrg.ms, jika terlalu murah dari harga ini, besar kemungkinan adalah scam
  • 6. Post di fb tanya pendapat kawan-kawan, mungkin ada kawan boleh membantu

Download apps marketplace diatas DOWNLOAD

36 thoughts on “Kedai emas paling murah di Malaysia

  1. Assalamualikum saya nak bertanya pada pihak tuan…saya adalah trader metatrade kecil2lan nak bertanya
    jika harga emas di metatrade merundum pada hari ini adakah harga tuan juga akan berkurang? atau ia nya hanya fix price.

  2. Assalamualaikum

    nak tanya untuk pelaburan emas nie
    bagaimana caranya untuk mendapatkan/membeli emas yang berbentuk kepingan sebagai pelaburan

    tk

  3. saya nak tanya,emas 585 berapa harga semasa..baru perasan cincin tunang ni 585 :( tentu lbh murah dr 916 kan? lagi pon warna nya seakan pudar :(

  4. Saya tak faham emas jongkong dgn emass 999. Di kedai emas wah chan ada jual emas jongkong 10gm, 20gm begitu juga Maybank..emas kijang…jadi emas emas ni adakah lebih harga nya dari emas perhiasan biasa 916. Kalau nak jual / beli ada

  5. Harga terkini bdasarkan info dr mana? Nak tahu ksahihan. Beza emas jgkong (raw) dgn emas yg dah jd phiasan mcm mana beza harga?

      1. Salam,

        Saya pernah ikuti kursus abg Kelana di batu Caves. Malangnya no hp abg Kelana dah hilang bila tukar hp baru. Boleh kita berhubung semula, perlu bantuan. No saya 019***5560.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[get_sheet_value location="Iklan!b3"]