April 6th, 2012Tradisiadmin 0 Comments

Kalau ia betul-betul jarum yang dibuat daripada emas, masa harga emas terus menaik sekarang ini, alahai, akan kembung selalulah dompetku.

Pokok ini membuat saya mengimbas kembali semasa zaman kanak-kanak dahulu, waktu sekolah rendah (hampir 18 tahun yang lalu agaknya, sekejap betul masa berlalu). Biasanya, kegiatan ini dilakukan bersama rakan sebaya selepas balik dari sekolah atau waktu cuti sekolah. Kegiatan apa agaknya tu? Ya.. Mencari pokok jarum mas !! Kononnya pokok ini boleh dibuat ubat dan boleh dijual dikedai ubat. Bila dijual dapatlah duit saku. Maklumlah budak-budak. Kedai ubat tersebut memang dekat sangat rumahku ketika itu. (sekarang kedai ubat tu pun dah tutup).
Waktu dan saat itu, saya sendiri tidak pasti bagaimana cerita pokok jarum mas tersebut bermula apatah lagi boleh menjualnya. Memang seronok cari pokok jarum mas bersama kawan-kawan. Pokok ini memang banyak tumbuh di padang-padang rumput. Hendak kenal pokok ini pun mudah. Berebut-rebutlah kami mencari pokok ini dan masukkan dalam plastik. Boleh tahan juga banyaknya bila dikumpulkan dari hari ke hari. Kononnya, bila dah jual berkilo-kilo dapatlah lebih duit. Oh ye.. saya pun masih teringat, ada di antara kami yang cuba menanam pokok tersebut tetapi satu pun tidak menjadi. (maklumlah, akal belum panjang lagi). Hari yang dinantikan pun tiba, kami pun ke kedai ubat tersebut. Cerita punya cerita, dan dipendekkan cerita, taukeh kedai ubat tersebut sebenarnya memang tidak membeli jarum mas tersebut. Akhirnya, kami pun pulang dengan hampanya dan punahlah harapan untuk mendapat pulangan yang lumayan.
18 tahun sudah pun berlalu, aku pun semakin dewasa. Akal pun dah makin panjang. He..he.. Petang tadi sambil berjalan di tepian padang, terjumpa pula pokok jarum mas yang sempat aku cabut dan bawa balik. Maka terhasilah artikel yang sengaja aku panjang-panjangkan ceritanya. Kebetulan beberapa jam tadi, aku ada terbaca satu artikel dalam sebuah buku, menyatakan pokok jarum mas mempunyai khasiat perubatan dalam merawat senggugut. Caranya dengan minum air rebusan pokok tersebut sebelum datangnya haid. Di dalam sebuah blog yang lain pula menyatakan, pokok ini dapat merawat penyakit keputihan dan mampu menjaga kesihatan rahim.
Begitulah cerita mengenai pokok jarum mas. Mungkin anda juga mempunyai cerita mengenai pokok ini sewaktu zaman kanak-kanak anda. Harap boleh kongsikan di sini.

Ada orang kata, jarum emas boleh dijadikan ubat. Termasuk untuk kembalikan tenaga. Direbus dan diminum airnya.
contoh ditulis di wikipedia

“Nama Tempatan: Jarum Mas Nama Saintifik: Striga Asiatica Nama Lain: Rempah padang, witchweed Famili: Scrophulariaceae Lokasi dijumpai: Dipadang-padang rumput. Asal: keterangan:

Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia. kegunaan:

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengmbilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilankan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaany yang sama.”

Masalah “ubat” buatan sendiri ini banyak berkait dengan sukatan “lebih kurang”nya – masa menyediakannya, juga masa hendak memakannya. Kita tak tahu dengan tepat, contohnya, banyak mana air atau ramuan daunnya yang diperlukan, banyak mana ubat perlu diambil, sekerap mana, dan macam-macam lagi.
Tentulah kita berasa lebih jelas bila diarahkan menelan “1 biji pil paracetamol, seberat 500mg, 4 kali sehari”. Sifar elemen “lebih kurang”nya.

 

Leave a Reply

Categories

PING & SPONSOR