Update terkini cara kiraan zakat emas bermula 28-5-2017

Ada terlalu banyak cara kiraan zakat emas yang ditulis di blog-blog dan website-website yang telah outdated, untuk maklumat pelanggan yang tercari-cari maklumat terkini berkenaan pengiraan zakat emas di Malaysia, sila rujuk pengiraan dibawah

Kira zakat emas di Hargatrade
Baca manual penggunaan hargatrade

Zakat emas wajib dibayar sekiranya cukup tempoh haulnya (setahun) dan melebihi uruf atau nisab yang telah ditetapkan pihak berkuasa setiap negeri di Malaysia. Kadar zakat emas ialah 2.5% dan nisab 85gram adalah tetap di semua negeri tetapi uruf, syarat dan cara pengiraan bagi setiap negeri adalah berbeza-beza.

Mengikut kebiasaanya zakat dibayar oleh umat islam pada bulan Ramadhan setiap tahun untuk mendapatkan lebih ganjaran dan memudahkan mereka mengira tempoh masa setahun mengikut kalendar Islam.

Zon Selatan

Negeri
Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Uruf (gram)850180200
Syarat Uruflebihlebihlebih
Cara KiraanAtas LebihanAtas LebihanAtas Lebihan
Nisab858585
Syarat Nisabsama@lebihlebihsama@lebih
Cara KiraanPukul RataAtas LebihanPukul Rata

Zon Tengah

Negeri
Kuala Lumpur
Selangor
Putrajaya
Uruf (gram)800800800
Syarat UrufLebihLebihLebih
Cara KiraanPukul RataAtas LebihanPukul Rata
Nisab858585
Syarat NisabLebihsama@lebihLebih
Cara KiraanPukul RataPukul RataPukul Rata

Zon Pantai Timur

Negeri
Kelantan
Pahang
Terengganu
Uruf (gram)Tiada500850
Syarat UrufTiadaLebihLebih
Cara KiraanTiada ZakatPukul RataAtas Lebihan
Nisab858585
Syarat Nisabsama@lebihsama@lebihsama@lebih
Cara KiraanPukul RataPukul RataPukul Rata

Zon Utara

Negeri
Kedah
Perak
Perlis
Penang
Uruf (gram)8550085165
Syarat UrufLebihsama@lebihlebihlebih
Cara KiraanAtas LebihanPukul RataPukul RataPukul Rata
Nisab85858585
Syarat Nisabsama@lebihsama@lebihsama@lebihsama@lebih
Cara KiraanPukul RataPukul RataPukul RataPukul Rata

Zon Borneo

Negeri
Sabah
Sarawak
Labuan
Uruf (gram)152775800
Syarat UrufLebihLebihLebih
Cara KiraanAtas LebihanAtas LebihanPukul Rata
Nisab858585
Syarat Nisabsama@lebihsama@lebihLebih
Cara KiraanPukul RataPukul RataPukul Rata

Kira zakat emas di Hargatrade

Cara kiraan zakat emas di setiap negeri (asas)

Setiap pemilik emas wajib membayar zakat jika mencapai syarat yang ditetapkan oleh syara’. Antara syarat utama dalam pengiraan zakat emas adalah untuk emas yang dipakai sama atau melebihi “uruf” yang ditetapkan negeri tempat tinggal ataupun untuk emas yang tidak dipakai sama atau melebihi “nisab” yang ditetapkan.

Jadi ini bermaksud setiap emas yang dipakai sepanjang tahun mesti dikira menggunakan cara kiraan uruf, dan emas yang tidak dipakai dikira menggunakan cara kiraan nisab, zakat = zakat uruf + zakat nisab, jadi cara kiraan yang menjadi asas sebenarnya adalah

Jumlah zakat emas = (Jumlah Zakat Emas dipakai) + (Jumlah Zakat Emas Tidak Dipakai)

Apabila disebut “emas dipakai” bermaksud emas itu ada dipakai pemilik sebagai perhiasan dalam tempoh setahun

Dalam jadual yang kami lampirkan diatas adalah cara pengiraan zakat mengikut negeri dan zon, antara indikator yang anda perlu tahu sebelum membuat kiraan zakat emas adalah

Indikator (Istilah dari segi pengiraan sahaja, bukan bahasa, nahnu atau etc)

Uruf (gram) : Uruf adalah had limit jumlah barang kemas (dipakai) sebelum dikenakan zakat
Nisab (gram): Nisab adalah had limit jumlah barang kemas (tak dipakai) sebelum dikenakan zakat, 85gm tetap, tetapi harga berlainan mengikut negeri

Syarat uruf/nisab :
Jika ditulis “lebih” ia bermaksud berat lebih sahaja baru zakat dikira
jika ditulis sama@lebih bermaksud jika menyamai atau lebih barulah zakat dikira.

Pahang > 500gm
Perak => 500gm

Contoh: Jika orang pahang memiliki 500 gram emas(dipakai), orang pahang tidak perlu membayar zakat emas kerana berat belum lagi lebih dari uruf yang ditetapkan kerajaan negeri pahang, tetapi di Perak, jika orang perak mempunyai emas(dipakai) sebanyak 500gram, orang perak wajib menunaikan zakat dari jumlah nilai emas disebabkan beratnya sama@lebih dari uruf yang ditetapkan

Kira zakat emas di Hargatrade
Baca manual penggunaan hargatrade

Cara kiraan zakat emas dipakai/tidak dipakai:

Jika ditulis “atas lebihan” bermaksud zakat hanya akan dikenakan kepada jumlah harga emas selepas ditolak uruf/nisab
Jika ditulis “pukul rata” bermaksud zakat dikenakan kepada jumlah harga emas tanpa penolakan uruf/nisab

Kedah (lebihan) 85gram dari uruf
Perlis (pukul rata) 85gram dari uruf

Contoh: Jika orang kedah memiliki barang kemas(dipakai) sebanyak 86gm, orang kedah akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% dari lebihan nilai emas selepas ditolak uruf, untuk contoh ini lebihan adalah 1gram,

maka zakat dibayar orang kedah adalah 2.5% x 1gram(lebihan) x RM180 = RM4.50

Contoh: Jika orang perlis memiliki barang kemas(dipakai) sebanyak 86gm, orang perlis akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% dari jumlah nilai emas termasuk uruf untuk contoh ini zakat dikenakan secara pukul rata pada 86gm emas disebabkan telah melebihi berat uruf negeri perlis iaitu 85gram

maka zakat yang dibayar orang perlis adalah 2.5% x 86gm(pukul rata) x RM180 = RM387.00

Kira zakat emas di Hargatrade
Baca manual penggunaan hargatrade

Berapakah harga emas di setiap negeri?

Setiap negeri mempunyai nisab masing2 dan nisab ini sentiasa berubah sama seperti harga emas, untuk mengetahui nisab negeri untuk membayar zakat, boleh terus menghubungi majlis zakat negeri masing2

Bagaimanapun nisab mengikut negeri untuk Ramadhan tahun 2017 adalah seperti berikut

Negeri
Nisab(RM)
Pergram(g)
Nisab
uruf
Johor14917175.4985850
Kedah14819174.348585
Kelantan14350168.8285-
W. Persekutuan14083165.6885800
Melaka14099165.8785180
Negeri Sembilan13765161.9485200
Pahang15286179.8485500
Perak15286179.8485500
Perlis14516170.788585
Pulau Pinang14000173.3885165
Sabah13600170.0085152
Sarawak0.0085775
Selangor14546171.1385800
Terengganu14616171.9585850

Kira zakat emas di Hargatrade
Baca manual penggunaan hargatrade