Tips untuk mengesan emas palsu

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Hargaemas, saya rasa saya perlu share beberapa tips kepada anda berkenaan bagaimana untuk mengesan emas palsu atau tidak, caranya sangat simple dan anda boleh lakukan sendiri dirumah. Saya terpanggil kerana lambakan emas palsu ini semakin banyak, malah semakin kerap saya jumpa.

Kenapa anda perlu tahu?

1. Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan, dan anda boleh didakwa.

2. Menipu pembeli adalah berdosa (senang kan :) )

Okey tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)

13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Best kot, saya belum dapat lagi selami perasaan itu. sedih betul…… :(

Ok next saya ingin share dengan anda berkenaan jongkong emas, ia mungkin penting untuk mereka yang ingin memilikinya. Risiko jika terbeli jongkong emas palsu sangat besar, anda mungkin boleh bangkrup. Jadi sila perhatikan dengan betul sebelum membeli. Jika boleh bawa bersama mereka yang lebih arif.

Jongkong emas yang dijual di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis, antaranya:

1. PAMP Suisse

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, preciousmetals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga. PAMP Suisse pula ada 2 jenis iaitu PAMP Suisse dengan Sijil Ketulenan merah dan Lady Fortuna.

PAMP Suisse 100gms Gold Bar
Lady Fortuna

2) Poh Kong Bunga Raya (dijual di Poh Kong)

20grams Bunga Raya Gold Bar

3. Kinebar (Dijual oleh UOB)

Kinebar 1 Ounce Gold Bar (1 Ounce = 28.3495gms)

4. Public Gold

Beberapa saiz Public Gold, Gold Bar

5. Kijang Emas (syiling) dikeluarkan oleh Bank Negara

Syiling Kijang Emas

6. Dinar Emas Kelantan (syiling), Dinarkel

Dinar Emas Kelantan (dinarkel)

Itu antara yang sempat saya senaraikan, jika anda ada cadangan sila kemukakan pada bahagian komen dibawah.

Berikut pula adalah jongkong emas/emas putih/platinum palsu yang dijual di Pasaran Malaysia

Platinum Palsu bergambar Suharto
Logam Mulia (LM) Platinum atau emas, lambang kuda, tapak kuda, kuda terbang
Contoh lagi Logam Mulia palsu yang biasa dijumpai

Ini rupa sebenar emas Logam Mulia

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang panjang ini, bagaimanapun apa yang saya tulis hanyalah sedikit ilmu yang saya ingin kongsi dan ia tidak semestinya tepat, semoga kita sama-sama menambah ilmu berkenaan dunia emas ini, sila bagi pendapat atau pandangan di ruangan komen dibawah. Terima kasih.

Sekali lagi saya ingatkan, sila rujuk mereka yang lebih arif, cara saya mungkin membantu tetapi ia sukar kerana anda perlukan pengalaman dan penelitian yang lebih acap sebelum mempraktiskannya. Salam dari Shahrul Zakaria. Credit kepada http://blog.aidan.com.my/

41 thoughts on “Tips untuk mengesan emas palsu”

  • Assalam tuan.. Maaf sy nk bertanya.. Krim malam tertumpah atas Rantai tgn emas sy. Saya lap dan gosok pd rantai tu.. Bila saya gosok ia kelihatan bertukar warna silver.. Adakah rantai tgn sy tu palsu? Atau adakah bahan dlm krim mlm tu meragukan? Pelik juga sbb rantai tgn tu dh kerap kali masuk gadaian ok ja pun. Hrp dpt bantu saya. Tq

    • wassalam. saya ada baca tentang artikel emas dan produk kecantikan macam krim. kalau emas digosok pada krim tersebut dan bertukar menjadi silver atau kelabu. itu bermaksud krim tersebut ada bahan kimia seperti merkuri.

      • merkuri mmg ada bertindak balas dengan emas… merkuri memang digunakan untuk proses penulenan emas, jika krim tu ada bertindak balas dengan emas, ye besar kemungkinan ada merkuri pada krim, bagaimanapun sila semak dengan KKM, tetapi basicnya mmg merkuri digunakan dalam industri emas dan merkuri adalah agen kanser

  • salam saya nak Tanya ,,,sy ada 1 rantai emas …saya dah cube check mingikut panduan diatas….
    semuaanya ok…tp bile saya pergi kedai emas….tauke kdai tu tgk je rantai saya tu dia cakap bukan emas…ermmm

  • Aziyani Nurul says:

    salam…sya nak tanya sikit.emas 14k dengan 18k ape beza die?adakah di kira tetap emas?tak pun dia sama dengan emas celup ?

  • Salam… Dimanakah boleh saya bawa jongkong emas untuk buat x-ray nak check quality? Saya tau pun :
    1. KL Assay Office di Setapak – Kawasan sekeliling agak merisaukan sikit…
    2. Fedmas Assaying Office di Jln Kelang Lama – Jauh sangat

    Ada tempat lain lagi boleh recommend?

    TQ!
    Mel

  • Sharilsudin21 says:

    saya ada brg sebesar ibu jari,seakan emas tau tembaga,tpi 2 kedai emas sy pegi diorg tak dpt nk pasti kn brg apakah itu,

  • salam….sy nk tnya…klau rakan sy nak jual jongkong emas seberat +- 1kg macam mana…nak jual dkt mana…emas tu dia jumpa semasa memancing di muara…tq..

  • salam..
    1.saye dh cube menguji platinum saye di bank rakyat dgn ujian asid n black stone,n kate staf nye ia ASLI..
    2.saye dh uji dgn magnet n ia tidak melekat..
    apekah care mudah lg utk sy pastikan jongkong platinum sy adalah asli..?

    sila maklumkan kpd saya seberapa sgera ke email saya [email protected]..
    sekian..

  • salam..nk tnya tentang bunga raya coin..

    pernah jumpa yg tiruan? jenis emas mana yg plg bgus utk di simpan? coin/bar/loket dll?

    mcm mana nk mula berniaga emas ni yek? bole tlg ?

    thanks

  • assalamualaikum….sy nk tanya admin tentang kijang emas…sy ada 3 keping kijang emas..dekat kijang emas tersebut tertera 999.9 fine gold..tp bila sy bwk g ar rahnu n uji ketulenannya,kenapa ada yg 950(22.8k),916(22k) dan tiada langsung yg 24k….

  • terpulang kepada investment profile encik zainal….
    emasuntuk tujuan simpanan -encik membeli emas dan simpan beberapa tahun dan bila perlu dijual dan dapat capital profit.
    emas pelaburan-beli emas dari mana2 company yang jual emas dan dapat keuntungan bergantung kepada tawaran company tersebut.contoh 3% bg setiap 100 gram emas yang dibeli
    keterangan lanjut boleh email kt saya.i’ll give some explanation k.

  • zainalmanap aboss says:

    Dpt duit EPF 50 thn, nk invest beli emas utk tempoh 5 thn lagi dn berniaga kecil kecilan dlm bidang emas ni, nk berniaga lain memerlukn kemahiran sesuatu, perniagaan emas nmpk promising dn less risk, apa pandangan U ? nk ke bank negara atau UOB nk beli emas tersebut

  • zainalmanap aboss says:

    Salam sejahtera, bolehkah kita beli emas2 yg tertera di atas seperti Kijang Emas oleh Bank Negara, Dinar Emas oleh Kelantan, Kinebar oleh UOB dn harga semasa emas2 tersebut

  • Hi, thanks. sya ada canadian gold coin maple leaf ni minted 1986++ 1 set (1oz-1/20). Gold coin ni kawan baik dr overseas yg bg adiah so x cert. Sya nak jual agak2 ble dpt brapa ya? ooo ya sya sda pg kdai emas tlg check ktulinan gold coin ni and the result ‘+’. tq

    • Hi, tq. its pure gold 9999 & its printed itself. 1oz convert to grm is 28.350296. I da test dkt kdai emas cina (sampai kena bakar geng coin tu) tp mmg emas tulin. thanks 4 evrytin’, kwn ada ckp suru cek ngan UOB 4 the price.

  • assalamualaikum. sangat bagus info yang diberi. cuma saya nak perbetulkan sedikit sahaja. untuk pengetahuan pihak tuan, GP memang stands for gold plated, tetapi bergantung kepada syarikat mana yang mengeluarkan barangan gol plated tersebut. tetapi untuk pengetahuan pihak tuan, barang kemas gold plated yang dikeluarkan oleh syarikat Zhulian bukan emas palsu dan bukan emas celup, ianya adalah barang kemas yang DISADUR (bukan celup)menggunakan kaedah ELECTROPLATING menggunakan EMAS TULEN 24 K atau emas 999 (99.9% emas). Pemakaiannya hanya untuk cantik2 dan bukan untuk pelaburan. Saya minta maaf kerana terpaksa membetulkan apa yang patut. sekali lagi terima kasih di atas info-info yang telah diberi berkenaan emas.

    • salam,,nak tanya,,saya ada jumpa emas tadi,,tapi xtulis apa2 nombor pada emas tu..mcm mana nak tau itu emas tulen atau pun x?
       

  • Alhamdulillah, petua petu yang baik untuk pembeli emas, selepas ini mahu uji emas yg saya beli, terima kasih berkongsi petua ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>