Teknik Ar Rahnu dalam pelaburan emas

 

ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

 

Ramai sudah mengetahui kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

Salah satu keistimewaan emas fizikal (barang kemas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 7o% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

 

Jika anda mempunyai barang kemas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, purata kenaikan harga emas setahun melebihi 20%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM2,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda  pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

 

 

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3

Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

 

 

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.

Untuk memaksimumkan keuntungan adalah perlu bagi sesiapa yang menggunakan teknik ini untuk mendapatkan emas yang terendah di pasaran.

 

 

 

 

 

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>