Kedai Emas Lengang Raya Tahun Ini

raya-2015

Penjualan emas didapati menurun pada Ramadan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, ketika gedung pakaian, kedai perabot malah pusat penjualan kenderaan lama dan baharu kekal sibuk dengan pengunjung. Ramai penjual mengeluh kerana kedai mereka sentiasa sepi dan lengang walaupun raya cuma tinggal 1 minggu lagi, ramai pembeli memilih untuk berjimat cermat meraikan hari raya Aidilfitri tahun ini dan cuma membelanjakan untuk perkara yang perlu sahaja.

Perkara itu turut diakui peniaga emas, Nor Ruzaini Mamat, 28, yang memaklumkan, kedai yang menjual barangan kemas itu kelihatan sepi dan kurang dikunjungi pelanggan berikutan perlaksanaan GST April lalu.

“Jualan emas terkena tempias. Saya boleh katakan pasaran emas merosot pada Ramadan kali ini berbanding tahun lalu, sebelum GST dilaksanakan. Tahun lalu, pengguna sudah mengunjungi kedai emas pada minggu pertama Ramadan.

“Namun, Ramadan tahun ini berbeza apabila kebanyakan pelanggan bukan datang membeli, tetapi untuk melebur barangan kemas mereka selain untuk membaiki barangan kemas rosak,” katanya.

Nor Ruzaini yang berniaga emas di bangunan Majlis Daerah Marang di Pasar Marang itu berkata, apabila harga emas di pasaran meningkat, cukai GST turut meningkat sekali gus menyebabkan pembeli menjadi semakin kurang.

“Sebab itu, mereka (pelanggan) melebur barangan kemas seperti cincin, rantai atau gelang untuk dijadikan rantai atau gelang yang lebih berat serta membaiki kerosakan pada barang kemas untuk menghiasi diri pada Aidilfitri ini.

“Kami sebagai peniaga hanya mengambil upah dan mendapat untung kecil untuk membuat rekaan yang diinginkan selepas barangan kemas pelanggan terbabit dileburkan semula. Perkhidmatan ini tidak dikenakan sebarang caj GST,” katanya.

Pada masa sama, Nor Ruzaini mengakui, ramai pelanggannya turut merungut mengenai perlaksanaan GST kerana mereka perlu berjimat cermat walaupun membeli emas pada asasnya menguntungkan apabila harga emas naik.

“Ini kerana mereka perlu membeli emas di kedai emas dengan caj GST, tetapi apabila ingin menjualnya semula walaupun ketika harga emas naik caj GST itu dikira hangus,” katanya.

Sementara itu, keadaan berbeza kepada penjual barang-barang perhiasan emas tiruan di jalanan yang dikatakan mula mendapat sambutan golongan wanita dan remaja untuk dijadikan trend melaram ketika musim perayaan.

Peniaga barang perhiasan emas tiruan, Hasmah Othman di Bukit Payong berkata, perhiasan emas tiruan menjadi pilihan kerana harganya yang murah berbanding emas tulen yang agak mahal ketika ini.

“Mungkin harga emas hingga beribu ringgit menyebabkan sebahagian besar masyarakat kurang mampu memilikinya dan beralih kepada barang perhiasan emas tiruan,” katanya.

Zakat Emas Bulan Ramadhan

ilustrasi-zakat12

Assalammua’laikum WMT buat pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian,
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini…ingin mengingatkan sesama rakan yang mana ada simpanan emas dan perak melebihi nisab dan cukup setahun bolihlah ambil peluang di dalam bulan Ramadhan yang berkah ini dengan menunaikan zakat ems tersebut

Bila sebut je zakat ..ramai je yang culas atau enggan tunaikan zakat..maklumlah 2.5% dari harta kita kena bagi kpd hak orang lain…apa taknye…. siap sebut lagi ” Alhamdulillah…syukur…nassib baik aku tak kena zakat “….jawapan spontan yg diluahkan oleh org ramai bila mana setelah membuat atau selesai membuat kiraan zakat….huhuhuu….maybe kita tak faham akan kepentingan berzakat ini yang mana dapat melatih sifat dermawan dalam diri seseorang utk menginfakkan sebahagian harta bukan banyak pun ….hanya 2.5 % sahaja….

Hmmmm….apapun diharapkan kita dapat mengubah persepsi dan memotivasikan diri kita untuk sempernakan rukun Islam kita yang ke tiga ini dengan menunaikan zakat …zakat adalah rukun yang terpenting selepas solat..manakan tidak di dalam Quran Allah telah sebutkan solat dan zakat di sebut berpasang2an…

jadi..buat pembaca-pembaca yang ade simpanan emas 85gram dan perak 595gram ambiklah peluang di dalam bulan Ramadhan ini dengan mengeluarkan zakat emas dan perak…sebab yang pertama…amalan yang baik dilakukan di bulan Ramadhan… pahala akan berganda2… dan lagi satu senang nak kira haul zakat…yelah….kan senang nak ingat…. bila sampai je bulan Ramadhan…tunaikan zakat emas dan perak….sebab dah cukup tempoh setahun kan…kan senang ingat….hati kita pun rase gembira bila datangnya bulan Ramadhan ini…kita dapat menambah pahala amal kita berganda2…

zaharudin-zakat-emas

 

Cara pengiraan zakat emas

link: https://www.hargaemas.com.my/terkini/cara-kiraan-zakat-emas-di-malaysia/