Pembekuan Aset Syarikat Pelaburan Emas Dilanjutkan

Penyontot pelaburan emas dihadapkan ke mahkamah, Pembekuan aset “penyontot emas” dilanjutkan sehingga Julai

EMAS KB BEG ATAS DUIT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi melanjutan pembekuan aset berjumlah RM 186 juta kepunyaan tujuh individu, termasuk seorang Datuk Seri dan empat firma terlibat dalam dagangan perniagaan emas.

Pembekuan ke atas aset tersebut, yang telah bermula pada 29 Mei oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Rozana Ali Yusoff, kini dilanjutkan sehingga pembicaraan seterusnya pada 14 Julai.

Sembilan individu dan dua syarikat telah memfailkan saman bulan lepas terhadap defendan kerana didakwa gagal untuk membayar jumlah pulangan pelaburan yang dijanjikan RM 186.6 juta daripada hasil pelaburan RM 121.7 juta. Berikutan injunksi tersebut, defendan, termasuk Datuk Seri Dr Mohd Azhidi Laili dan syarikatnya KB International Bhd, telah dihalang daripada memindahkan atau mengeluarkan aset, termasuk “Pamp Suisse” gold Bar, dari mana-mana bank dan institusi kewangan.

Plaintif mendakwa bahawa mereka pada mulanya menerima pulangan yang dijanjikan daripada pelaburan mereka tetapi telah berhenti menerima pembayaran sejak Disember tahun lepas. Plaintif diwakili oleh Annou Xavier, Datuk Kenny Ng dan Lim Fang Say, manakala defendan diwakili oleh Md Yunos Shariff, Rafinie Ramli dan Ahmad Zaid Ahmad Zubir.

EMAS KAZANAH BANGSA EMAS KHAZANAH BANGUNAN KAZANAH  Bangunan 1 KAZANAH MAJLIS RAMAI KB KILO EMAS2U

Tersontot Emas : Pelabur Rugi Pengelola Lari

Isu tersontot masih belum lesu lagi di group jom emas ataupun jom emas dua, seperti diberitakan ada pengelola berjanji untuk menyelesaikan pembayaran bulan 7 nanti, sama-sama kita tunggu samada akan menjadi realiti ataupun mimpi, disini kami share sedikit tulisan Saiful Nang berkenaan isu sontotan emasss.

emas tersontot pengelola

PELABUR EMAS TERSONTOT – ORANG TAMAK SELALU RUGI MACAM PELABUR DENGAN PENGELOLA

Salam semua, ada sebahagian anda yang melabur emas tersontot mencari penyontot-penyontot yang menyontot mereka. Penyontot mereka pula akan mencari penyontot besar yang memiliki beberapa empayar besar dalam perniagaan pelaburan emas gaya ponzi.

2 dari 3 penyontot terbesar adalah pelanggan saya. Kecuali Tok Belagak sahaja yang tidak sempat jadi pelanggan. Mereka membeli barangan dari syarikat saya dengan tukaran emas tulen Pamp Suisse mengikut timbangannya. Kami yakin, emas itu tidak akan turun harga maka kami sehingga hari ini menerima pembayaran transaksi dengan RM juga menggunakan Pamp.

Ada yang pernah melihat saya dalam mana-mana gambar bersama 2 dari 3 saudagar ini. Dan ada yang menyandarkan keyakinan mereka melabur dengan mereka ini kerana mereka ini pernah ambil gambar dengan saya. Sebagai pelabur, itu adalah penilaian yang sangat singkat.

TIPS MENGENALI PELABURAN YANG PASTI TERSONTOT

Dulu ada orang main duit jual lampu yang boleh memberikan mereka tenaga dan aura ultraman dan sebagainya. Harga di pasaran RM20 sahaja tapi bila jadi MLM harganya jadi RM700. Bukan MLM itu salah tetapi bila money-game itu berselindung di sebalik transaksi satu bahan yang tidak mahal. Orang cari orang cari orang cari orang sampailah sistem itu penuh dan tidak mampu membayar pulangan semula kepada level atas mereka.

Itulah TERSONTOT.

EMAS itu cuma jadi bahan pengantara sahaja, tapi gamenya sama. Mula-mula saya inspire dengan kekayaan mereka yang bermula dari 2 bentuk cincin te dalam 2 tahun sahaja sudah mampu mengumpul lebih dari 1 tan emas tulin sebagai pengimbal mereka. WOW! Saya terus terang saya pun goyang dan mula mendekati mereka ni tambahan mereka ni pelanggan syarikat saya (mereka beri saya emas bukan saya beri emas kpd mereka). Kagum juga dengan orang muda sudah berjaya sebegitu rupa.

Hati jadi ghairah untuk mencipta lebih kekayaan yang ketika itu atas tujuan untuk menaikkan simpanan emas kami yang seciput itu untuk kami cukupkan sehingga 160kg ataupun sekitar RM20 Juta untuk pembinaan kompleks sekolah untuk anak-anak yatim dan asnaf di Lenggeng. Tak mengapa saya juga silap dalam sangkaan saya kepada mereka tetapi langkah seterusnya MESTI BETUL IAITU PASTIKAN PROSPEK KEUNTUNGAN MESTI BOLEH DIKIRA DAN DILIHAT MEKANISMANYA (ini asas pelaburan).

Atas tanggungjawab, memang pelaburan mesti didahului dengan mengenali prospek. Saya menggunakan semua ruang whiteboard yang ada di pejabat untuk membuat pengiraan matematik. Berjumpa dengan pelabur yang aktif dan juga mendapatkan pendapat dari bekas-bekas pelabur yang sudah quit. Juga berjumpa dengan pelabur yang genuine. Saya tidak jumpa pengiraan yang rasional bagaimana permainan emas ETA dan sebagainya. Semua pendapat yang saya kutip saya rumuskan untuk membuat keputusan bahawa pelaburan ini tidak nampak logiknya.

Keputusan yang diputuskan di dalam syuro kami ialah untuk tidak menyertai pelaburan ini.

Allah nak tunjuk kita ini tamak atau tidak walaupun kita melakukan sesuatu yang Allah mahukan iaitu membantu anak yatim dan asnaf. Kira-kira 1 bulan selepas itu, satu persatu empayar pelaburan emas berpaksi ETA atau jualan tertangguh itu rebah dan pelabur mula bangkit membuat tuntutan. Pejabat-pejabat besar mereka kemudian ditinggal kosong dan orangnya sudah lari entah ke mana.

 

KETAMAKAN UNTUK KAYA MUDAH Vs USAHA YANG BERTERUSAN.

Bukan mudah untuk mencari duit. Kerugian dilapor berbillion dari wang pelabur yang terus hilang tanpa berita. Agen-agen terpaksa menanggung hutang dengan pelanggan setelah kepala pelabur terus menghilang.

Di sinilah saya nak pesan, tiada kekayaan datang dengan mudah tanpa banyak usaha. Itu resmi dan ia tetap. Jika sesuatu itu menjanjikan sesuatu dengan banyak dan sangat mudah, cuba fikirkan keraguan dan buat pencarian sehingga anda benar-benar pasti ke mana pelaburan yang mahu anda salurkan itu. Sama juga ramai orang main bursa saham dan ramai orang main Forex kenapa pula ada yang untung berjuta-juta dan kenapa pula ada yang selalu masuk margin-call? Ini semua kerana ILMU yang perlu kita dalami sebelum kita berurusniaga.

Berniaga mesti nampak hujung nampak pangkal. Jika tidak, elok jual goreng pisang cheese pun dah boleh jadi jutawan. Saya bersimpati dengan mereka yang tersontot itu dan saya boleh rasa bagaimana wang simpanan persaraan ibu bapa mereka digunakan sebagai pinjaman oleh anak-anak untuk melabur juga hilang. Bagaimana wang tabung pendidikan anak-anak Si Miskin juga disamun dengan senyap.

Ini bukan kes pertama. Ia hanya bertukar nama dan bertukar barang dari dulu sampailah sekarang. Skim Cepat Kaya dari Pak Man Telo sampailah Skim Tok Belagak, KJO atau Kazanah Bangsa dan sebagainya semua itu hanya nama-nama yang ditukar mengikut zaman sahaja.

Banyak lagi pelaburan emas di pasaran, mana nak tahu betul ataupun tipu? Mudah sahaja, yang betul-betul kalau kita BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS dan bukannya KERTAS.

Sakitnya SAMA
Ruginya SAMA

Kita dah patut belajar dari sejarah memang tiada manusia yang tiba-tiba kaya raya dengan cepat. Be realistic. If not realistic but happily ever after…itu namanya Fairy Tales.

SAIFUL NANG

link: https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10153027887890958

Apabila Jerung Tamak, Bilis Yang Susah

jerung-emas

APABILA Cikgu Halim akan bersara dari karier perguruan pada akhir 2014, beliau mempunyai banyak impian yang ingin dilaksanakan. Halim dan keluarganya tidak sabar menunggu hari persaraan tersebut kerana apabila tugasnya berbakti kepada anak bangsa tamat, Cikgu Halim ingin menghabiskan masa bersama keluarga dirumah dan tidak perlu lagi berfikir masalah yang menimbung di sekolah

Sebelum bersara Halim telah merancang pelan persaraan yang selesa. Duit simpanannya akan digunakan untuk membayar semua hutang yang ada dan bakinya bernilai RM300, 000 akan dilaburkan didalam perniagaan atau pelaburan yang selamat. Halim berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah dan hasil pelaburan dan perniagaannya dapat menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan pendidikan yang lebih sempurna.

Semasa Halim sedang mencari skim-skim pelaburan yang selamat dan pulangan yang tinggi, Halim telah didatangi Haji Syed (bukan nama sebenar), seorang kenalan lamanya yang dulu hanya menjawat jawatan guru biasa sekolah kanak-kanak khas, tetapi kini seperti orang kaya baru dengan memakai kereta Porsche Cayenne, no pendaftaran dua digit dan motor berkuasa tinggi. Halim teruja melihat kemewahan Haji Syed dan bertanya tentang peluang pelaburan & perniagaan Haji Syed sehingga menjadi kaya begini dalam masa yang singkat.

Halim telah diterangkan dengan skim pelaburan emas yang dijamin selamat, guarantee dan dijanjikan tunjuk ajar dengan pelbagai kotak skill pelaburan emas yang mampu memanipulasi emas untuk menjana kekayaan. Halim semakin berminat apabila mendengar keterangan Haji Syed dan yakin dengan pelaburan emas dan memulakan pelaburan emas yang asing pada dirinya dengan bermodalkan 100g sahaja.

Pada bulan pertama pelaburan, halim mendapat keuntungan RM2500 dan dia mula teruja dan berkira-kira untuk menambah lebih banyak, dari sehari ke sehari Halim menambah jumlah pelaburannya sehingga 80% dari jumlah simpananya, tempoh masa 2-3 bulan pertama halim mendapat jauh lebih banyak dari gaji yang diperolehi selama ini di sekolah, Halim semakin aktif dalam pelaburan emas dan mula menarik kawan-kawan seangkatan yang lain dan mula mengelolakan jemaahnya sendiri dengan nasihat dari Haji Syed, Halim menerima wang dari pelabur baru jemaahnya dan masuk kedalam program haji syed sebagai wakilnya dengan berharap akan mendapat berganda lagi untung.

Hidup Halim kini berubah dalam masa beberapa bulan sahaja, jumlah pelabur dibawahnya kini mencecah berjuta-juta, dulu hanya bawa kereta Honda kini Halim mampu swap dengan kereta BMW M6 idamannya, sehinggalah suatu hari.

Secara tiba-tiba haji syed memaklumkan pelaburan mereka adalah haram dari segi syariat dan terpaksa dihentikan serta merta, duit-duit pelaburan terpaksa dicuci dahulu dan akan dibayar pada suatu tarikh yang dijanjikan, tanpa ilmu emas yang cukup, halim terkial-kial menjawab persoalan jemaahnya dalam situasi sekarang. Apabila tarikh yang dijanjikan tiba, Haji Syed menangguhkan lagi pembayaran modal pelabur dan meminta wakil-wakilnya mendahulukan wang mereka dengan janji untuk memberi pulangan lebih tinggi, Halim yang yakin dengan Haji syed membayar pendahuluan wang kepada pelabur dengan baki simpananya 20% tadi.

Masa semakin berlalu, mesyuarat demi mesyuarat telah halim lalui tapi transaksi wang atau emas yang ditunggu tidak kunjung tiba, manakala jemaahnya semakin menekan Halim untuk mendapatkan modal mereka, kereta-kereta mewah dan rumah-rumah mewah terpaksa Halim let go dahulu demi mengelak dari namanya buruk oleh kawan-kawan untuk memberi bayaran kepada mereka.

Kini wang simpanan Halim habis, ilmu emasnya nipis, skills kotak yang dipelajarinya tidak dapat berfungsi dengan modal kosong, manakala Haji Syed masih berkeras untuk memulangkan bayaran kepada wakilnya. Halim semakin tertekan dan mula menyelidik pelaburan Haji Syed didalam sektor hartanah, saham, rumah, agrikultur dan pelbagai lagi, Halim mendesak Haji Syed untuk menjual perniagaannya untuk membayar modal pelabur tetapi Haji Syed berkeras untuk meneruskan programnya dan akan memberikan pulangan kepada pelabur-pelaburnya sehingga tiba waktunya

Cikgu Halim kini berlawan dengan masa, setiap hujung bulan pelabur akan mencari dan meminta modal mereka, dan setiap kali meminta bayaran kepada guru pelaburan emasnya, dia hanya mendapat kosong-kosong, kosong jawapan dan kosong respon serta pulang dengan poket kosong, Halim kini menunggu dan menunggu dengan hati tidak tenteram, bilakah Jerung akan memulangkan pelaburannya……..? atau wang nya telah menjadi bayang-bayang khayalan dalam tempoh hanya beberapa bulan…

 

Laporan Ringkas Harga Emas sepanjang 2014

gold_1_year_o_usd-1-12-2014

Salam Akhir Tahun kepada pelanggan Hargaemas yang di dihormati,

Pejam celik pejam celik, hari ini tahun 2014 sudah sampai ke penghujungnya, hanya sebulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2015, semoga semua azam dan usaha anda sepanjang 2014 berhasil & berjaya

Berkenaan dengan laporan harga emas sepanjang 2014, kenaikan harga tahun ini sangat-sangat tidak dapat dibanggakan kerana dalam tempoh masa setahun, harga emas telah turun kira ~RM1/gram dari Januari ke Disember. Tahun ini menyaksikan fluctuate emas menggila dan sangat sukar nak jangka, pernah berlaku tahun ini harga emas naik kira-kira RM7-10/gram dalam masa satu dua hari, keadaan yang tidak berlaku sejak beratus tahun dulu ketika zaman firaun lagi. dan emas juga pernah turun sebanyak ~RM14/gram dalam masa satu dua hari tahun ini juga. jadi ramai yang mungkin untung dan mungkin juga ramai yang tersontot tahun ini sahaja. (half-half je)

Untuk rekod tuan-tuan, harga emas paling tinggi dicapai tahun ini adalah pada 17 March 2014 (MKS We Sell RM146.03/gram, 5520) dan paling rendah adalah pada 3 November 2014 (MKS We Sell RM123.54/gram, 4670), jadi perbezaan fluctuate harga tahun ini dari paling tinggi ke terendah, kira2 RM23/g dah cukup untuk mereka yang pandai membaca pasaran harga emas mengaut keuntungan.

Banyak peristiwa emas berlaku tahun ini , bukan saja diluar negara tetapi, paling panas sebenarnya berlaku didalam negara sendiri, dikhabarkan (khabar angin) beribu-ribu pelabur emas tersontot didalam program emas pengelola oktober lalu, dijangka wang pelabur akan dipulangkan bulan ini ada ada juga pengelola akan pulangkan januari depan. ada yang perlu terbang ke Hong Kong untuk tuntut wang pelaburan, ada juga perlu beli barang kemas tempahan berdiskaun (beli tinggi bulan2 dapat rebet) untuk cover balik modal yang hilang, biasalah adat meniaga, kawe pun terkene sekali, jadi sama2 berdoa semoga dapat balik wang pelaburan kite

Buat masa ini saya tiada ramalan lengkap harga emas untuk tahun depan, saya akan update pada email akan datang, tapi ini sedikit iklan.

Bagi mereka yang ingin mempelajari perniagaan & pelaburan emas, pada 6 Disember 2014, bertempat di De Palma Hotel Shah Alam, sebuah kursus perniagaan & pelaburan emas akan diadakan pada jam 7pg – 8 malam, tempat adalah terhad dan sudah hampir penuh, jika berminat, layari bit.ly/kursusemas dengan segera.

Salam Disember dari Keyboard kawe
Shahrul Emas www.hrg.ms
012-2301015