Harga emas semasa 24-8-2015

hargaemas 24-8-15

Harga emas Belian 24.08.15 Jam 11 pagi
ULASAN: harga emas mencecah harga tertinggi sejak 2 tahun lalu…hari ini indeks emas mencecah 6000 buat pertama kali sejak Mac 2013, ringgit pula sedang di paras kritikal jatuh lagi kepada RM4.24/1USD.

Pada ketika ini indeks emas dunia adalah USD1153/onz, tidaklah begitu tinggi berbanding indeks emas ketika Mac 2013 iaitu USD1600/onz. Untuk rekod, harga emas paling tinggi pernah mencecah USD1900/onz pada Nov 2011 ataupun harga lebur 999.9 ketika itu RM190/g

Harga ringgit jatuh setiap hari, hanya mereka yang menyimpan emas sahaja untung ketika pasaran ekonomi negara semakin teruk. keep calm n buy gold -admin

Harga jualan emas scrap 916 : RM144.22/g
Harga emas baru 916 : 148.41/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM159.23/g belum termasuk premium
kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
www.hargaemas.com.my/terkini/
www.hargaemas.com.my
www.hargaemas.my
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Syiling Emas Pulau Nangka boleh dibeli di Internet

harta-karun-melaka-syiling

Beberapa hari lepas, akhbar-akhbar harian negara telah melaporkan mengenai penemuan dua syiling di Pulau Nangka. Dua keping ‘medal’ dipercayai dari perak atau emas daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka itu ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. di Pulau Nangka pada 30 April, pukul 11.15 malam dan 11.30 malam.

Melaka syiling-emas-melaka4 syiling-emas-melaka-5

 Bagaimanapun, menurut penulis di Malaysian Coin , syiling tersebut bukan berasal dari Melaka. Menurut beliau:-

Duit syiling atau medal yang dikatakan syiling emas Sultan Melaka itu hanyalah duit medalion yang sama tarafnya dengan duit syiling Yassin. Duit Semar yang berasal daripada Indonesia ini digunakan sebagai azimat atau pelindung diri dan juga digunakan di dalam ritual untuk menarik duit. Jika anda mencari di dalam internet menggunakan kata kunci “Koin Semar” di Google, sudah pasti akan terjumpa gambar yang serupa dengan syiling itu. Jika anda membaca blog-blog daripada Indonesia yang berkongsi cerita mengenai koin Semar tersebut, kebanyakannya menulis yang syiling itu berasal daripada zaman Majapahit. Sebenarnya, syiling itu tidaklah mempunyai jangka hayat yang lama. Sepertimana syiling Yassin, ianya dibuat sendiri di Indonesia untuk dipasarkan sebagai duit azimat sahaja. Penjual di internet biasanya menjualnya didalam lingkungan RM30-RM70 tetapi tidak menghairankan jika ada penjual ubat dikaki lima yang akan menjualnya pada harga RM3,000 sehingga RM7,000.

Duit syiling itu pastinya bukan syiling emas atau mengandungi emas. Ianya ada kemungkinan diperbuat daripada tembaga atau besi aloi sahaja. Daripada rupa bentuknya sahaja kita sudah dapat melihat ianya bukan duit lama, jika menggunakan kanta pembesar, sudah pasti nampak syiling tersebut berlubang-lubang serta tulisannya tidak cantik dan sekata.

Jika waris Sultan Melaka masih hidup, pasti baginda akan marah dengan kenyataan akhbar hari ini yang mendakwa syiling azimat ini adalah Syiling emas Sultan Melaka.

Mengikut carian  di Internet menggunakan kata kunci “Koin Semar”, terdapat syiling serupa dengan medal yang dijumpai di Pulau Nangka oleh pekerja syarikat tersebut yang dijual oleh warga Indonesia. Contohnya di sini (click here)

 

Malah ia juga dijual di Facebook, dengan Facebook di bawah sebagai contoh.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4986932798775&set=a.2061497144712.2105654.1463217554

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai bagaimana koin semar tersebut dijumpai di sana buat masa ini dan setakat ini, sama ada benar syiling itu berasal dari zaman kesultanan melayu Melaka sedang disiasat kesahihannya.

Ketulan Emas Lama Di Melaka

malacca-portMELAKA – Bukan sesuatu yang mustahil sekiranya harta karun termasuk ketulan emas masih berada di Pulau Nangka, di sini seperti mana diperkatakan ketika ini.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata, semasa Portugis menawan Melaka pada 1511, harta-harta Sultan Melaka ketika itu dipercayai disembunyikan di pulau-pulau kerana bimbang istana mereka ditawan.

harta-karun-di-pulau-nangka

Beliau berkata, kebanyakan harta berkenaan merupakan hasil cukai yang dikenakan terhadap pedagang luar negara memandangkan Melaka memang diketahui sebagai pelabuhan perdagangan terhebat di Asia Tenggara pada abad ke-15.
“Dalam satu masa, sebanyak 2,000 kapal berlabuh di Melaka iaitu dari Tanjung Tuan sehingga ke Muar.

Syiling Emas yang digunakan ketika zaman penaklukan portugis di Melaka
Syiling Emas yang digunakan ketika zaman penaklukan portugis di Melaka

“Jadi, Sultan Melaka merupakan sultan paling kaya antara sultan-sultan di Nusantara. Cukai yang dikenakan biasanya emas berbentuk ketulan atau jongkong. Harta itu disimpan dalam perbendaharaan iaitu memang ada satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek yang diperbuat dari emas.

Afonso_de_Albuquerque_(with_Santiago_cloak)

“Bagaimanapun, semasa tahun 1511 Melaka diserang Portugis, harta-harta itu dipercayai disembunyikan di pulau kerana ditakuti istana mereka diserang dan ditawan,” katanya di Bukit Baru, semalam.

Mohd Jamil juga percaya harta berkenaan bukan saja tersimpan di Pulau Nangka, malah di Pulau Besar dan Bukit St Paul yang dipercayai mencecah trilion ringgit. Berdasarkan sejarah, katanya, Melaka memang menjadi lokasi persinggahan pedagang khususnya dari Arab, Parsi, India dan China, selain negara barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol.

Malah, rujukan buku Shipwrecks & Sunken Treasure In Southeast Asia turut merekodkan sebanyak 34 daripada 450 kapal karam di perairan Selat Melaka.

“Antaranya, Kapal Flor De La Mar dikatakan membawa pelbagai barangan berharga dan harta yang cukup melimpah ruah dianggarkan berbilion pound karam di bahagian utara Sumatera pada 1511,” katanya.

Sementara itu, katanya, dakwaan wujudnya harta karun di Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997 dan pulau berkenaan diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Beliau yang menjadi Pengurus Besar Perzim ketika itu berkata, pulau itu dibeli daripada seorang wanita dan usaha pencarian harta karun sudah dilakukan sejak 1990-an lagi.

“Bagaimanapun, pulau ini menjadi kawasan larangan dan dilarang menceroboh iaitu hanya syarikat yang dibenarkan Perzim boleh memasukinya,” katanya.