Update harga emas harian di Telegram

012-2864232 (2)

Salam & selamat sejahtera, bermula tahun 2016 ini kami akan menggunakan servis Apps Telegram untuk menghantar update harga emas harian kepada pelanggan dan tidak lagi melalui whatsapp

Kami menyarankan semua pengguna telefon android, ios, windows untuk install apps Telegram di playstore OS masing2 dan ikuti kami di channel @hrgms atau klik disini www.telegram.me/hrgms

Apps telegram adalah lebih baik dari whatsapp kerana tidak membebankan usage data / usage space yang besar kerana image tidak akan terus didownload ke phone, dan user boleh lihat history harga sejak channel @hrgms dibuka.

Jangan lupa, join channel @hrgms di Telegram untuk update harian harga emas terus ke telefon tuan puan. Klik disini untuk join www.telegram.me/hrgms

Harga emas diramal jatuh awal 2016

syiling-600x360

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Harga emas dijangka kembali berada di bawah paras AS$1,000 (RM4,300) satu aun pada 2016, iaitu harga terendah buat kali pertama dalam tempoh enam tahun.

Jangkaan tersebut diramalkan akan berlaku pada separuh pertama tahun 2016, kesan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menaikkan kadar faedahnya selain disebabkan pengukuhan nilai dolar AS, menurut BMI Research yang merupakan unit kepada agensi penarafan dunia, Fitch Group.

Sehingga pukul 8 pagi waktu London, harga emas kini bernilai AS$1,076.17 (RM4,628) seaun. Langkah bank pusat AS mahu menaikkan kadar faedah menyebabkan komoditi itu kurang daya tarikan kerana tidak menjanjikan pulangan berbanding pelaburan kewangan.

Kebanyakan pelabur kini menjangkakan berlakunya pengumuman kenaikan kadar faedah itu bulan depan. Pada bulan lepas Goldman Sachs Group Inc. turut meramalkan pelarasan kadar faedah itu akan menjejaskan harga emas.

Penganalisis Komoditi, John Davies bagaimanapun berkata, harga emas sudah pasti akan menyusut ke paras AS$1,000 seaun tetapi tidak merasakan penurunan itu akan berlaku secara mendadak.

“Faktor kenaikan kadar faedah itu kebanyakannya telah diambil kira. Sebaik sahaja kenaikan kadar faedah diumumkan, saya tidak mera-sakan akan berlaku penurunan harga secara mengejut,” katanya dalam temubual di Singapura semalam.

Menurut Bloomberg semalam, harga emas berada pada paras AS$1,064.55 (RM4,578) seaun iaitu terendah sejak Februari 2010. Harga tertinggi yang pernah direkodkan berlaku pada Ogos 2011 apabila buat pertama kalinya melepasi AS$1,900 (RM8,170) seaun sekali gus membuatkan pelaburan emas menjadi pilihan utama.

Harga purata tahunan emas dijangka terus turun buat tahun ketiga berturut-turut apabila pelabur-pelabur mula melepaskan emas. Harga puratanya untuk tahun ini ialah AS$1,172 (RM5,039) seaun. Harga purata dijangka terus susut pada 2016 dan 2017.

Davies berkata, pihaknya merasakan harga purata untuk tahun depan ialah AS$1,150 (RM4,945) seaun.

Jelas beliau lagi, Rizab Persekutuan AS dijangka meningkatkan 25 mata asas kadar faedahnya bulan depan dan 75 mata asas lagi pada 2016. Jangkaan yang sama telah dibuat oleh Morgan Stanley bahawa bank pusat itu akan melakukan tiga kali kenaikan 0.25 peratus kadar faedahnya sepanjang tahun depan.

Goldman Sachs membuat andai-an bahawa harga emas akan menurun kepada AS$1,050 (RM4,515) seaun dalam tempoh enam bulan lagi dan AS$1,000 (RM4,300) dalam tempoh setahun.

Penganalisis Pasaran Galtere Ltd., Renee Haugerud yang berpangkalan di New York sebelum ini memberitahu Bloomberg bahawa harga emas boleh merosot sehingga AS$900 (RM3,870) seaun disebabkan pengukuhan dolar AS. – AGENSI

– See more at: http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/harga-emas-diramal-jatuh-1.160261#sthash.M6wcysV9.dpuf