Skip to main content

Sindiket Emas Ar-Rahnu Terbongkar – Dala

KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan modus operandi dalam kes sebuah bank tempatan ditipu RM75 juta baru-baru ini, adalah dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen. Disebabkan itu, pihak bank gagal mengesan ketulenan emas berkenaan ketika membuat tapisan pertama melalui timbangan menyebabkan pinjaman diluluskan. Lebih licik, sindiket itu mempergunakan penduduk kampung […]

Sindiket emas palsu Ar-Rahnu tumpas

IPOH 17 April – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas […]

Pencelop emas tukar emas palsu

Gara-gara hanya mahu mencuci emas serendah RM2, seramai kira-kira 20 suri rumah dari Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kampung Orang Asli Kedaik, di sini, ditipu ‘tukang celup emas’ yang datang dari rumah ke rumah penduduk. Modus operandi yang dilakukan sindiket itu sungguh licik dengan mendakwa mereka dari negara China serta tidak pandai berbahasa Melayu dan mahu […]

Mendulang emas tipu – Pyrite

JOHOR BAHRU – Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite. Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai ’emas tipu’ akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid. Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi […]