600 Jongkong Emas Laluan Bertuah di China

Sebuah pasaraya di Yinchang, Daerah Huabei di China memperkenalkan laluan emas di dalam pasaraya mereka. Laluan yang menempatkan hampir 600 kilogram emas didalam bekas kaca itu dibina untuk menarik pengunjung sempena ulangtahun ke 18 pasaraya mereka.

Jongkong emas yang seberat 1kg setiap satu bernilai hari ini RM150,000, menjadikan jumlah keseluruhan pameran itu bernilai RM90 juta. Pengunjung yang datang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan menyerap aura emas-emas itu dan berharap akan memberi tuah kepada mereka.

Pameran mewah itu juga bertujuan untuk mempamerkan jongkong-jongkong emas untuk dibeli pengunjung bersempena sambutan hari kebangsaan negara China, Negara china merupakan pembeli emas kedua terbesar didunia selepas India, dan merupakan pengeksport terbesar emas didunia.

Emas_01 new

 

Emas_02-new