Bagaimana membeli emas jika wang tidak cukup?

Sekiranya anda rasakan anda ingin membeli emas tetapi wang anda tidak mencukupi, kebiasaannya anda akan menunggu dahulu. Tindakan ini salah sebenarnya. Mengapa? Apabila anda menangguhkan masa, sementara menunggu wang anda itu cukup, harga emas mungkin akan meningkat lagi. Pada ketika itu, anda masih perlu menunggu lagi masa untuk mencukupkan lagi simpanan tersebut.

Di sinilah keperluan kredit dari Ar-Rahnu akan sangat membantu. Ar-Rahnu memberikan pinjaman sebanyak 65% untuk pelanggan pertama kali. Untuk pinjaman kedua, nilai pinjaman akan dinaikkan lagi sehingga 70% pula. Pinjaman akan diberikan berdasarkan harga hari tersebut yang ditentukan oleh Ar-Rahnu. Mari saya tunjukkan cara kiraan tersebut.

Saya permudahkan kiraannya agar mudah difahami semua. Katakan harga emas yang ingin dibeli adalah RM10,000. Di sini anda hanya perlu membayar RM3500 sahaja dari tunai anda.
Baki lagi RM6500 akan dibayar oleh pihak Ar-Rahnu, dengan syarat emas untuk dipajak kepada mereka. Kini anda telah berjaya membeli emas tersebut pada harga masa kini. Anda hanya perlu membayar secara ansuran atau jumlah penuh kepada Ar-Rahnu semula untuk mendapatkan hak penuh emas anda.

Faedahnya adalah, anda membeli emas pada harga rendah(masa kini) berbanding mengumpul wang dan membeli pada harga yang lebih mahal(masa akan datang). Anda juga boleh membayar upah simpan sahaja kepada Ar-Rahnu sekiranya tiada wang untuk membayar pinjaman tersebut. Bukankah ini lebih baik dari pinjaman lain kerana pinjaman lain ada amaun tertentu yang wajib dibayar setiap bulan.

Risikonya adalah anda perlu sedar bahawa ada kos tambahan yang wujud iaitu upah simpan yang mesti dibayar sebelum tamat tempoh 6 bulan. Kos tambaham ini adalah sebanyak 7.8% setahun. Anda hanya terdedah dengan risiko ini.