Ingin mengetahui harga emas semasa?

Salah satu perkara yang mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini adalah pelaburan emas. Dan semestinya ramai yang ingin mengikuti kemaskini harga emas semasa dengan pantas dimana sahaja anda berada dengan mudah, dan kini anda boleh melakukannya melalui sebuah aplikasi khas untuk Android, dinamakan sebagai Gold Price Malaysia.

Melalui aplikasi khas untuk Android itu, ia membolehkan para penguna untuk mengikuti kemaskini harga emas semasa di Malaysia. Ia membolehkan para pengguna untuk menyemak harga emas pada beberapa syarikat utama, membolehkan anda mengikuti kemaskini pada Maybank Gold Investment Account, Public Bank Gold Investment Account, dan juga Kuwait Finance Houce Gold Account-i.

Bagi mereka yang berminat, anda bolehmemuat-turun aplikasi Gold Price Malaysia ini secara percuma terus daripada laman Android Market hari ini, dan mengikuti kemaskini semasa harga emas tempatan dengan mudah melaluinya.

Applikasi untuk check harga emas

Ramai pelabur-pelabur emas mengikuti harga emas hampir setiap hari, setiap jam dan ada juga yang mengikuti setiap minit. Pada masa ini pelabur pelabur emas boleh menggunakan telefon pintar yang dilengkapi pelayar Android untuk melihat harga emas semasa mahupun harga sebelumnya.

GOLD PRICE Live merupakan aplikasi Android percuma. Anda boleh download di Android Market seperti link ini: (Hanya untuk Android browser) market://search?q=pname:org.goldprice.app

Pengguna iPhone juga boleh mendapatkan nya di link ini : Gold Price iPhone App

Ciri-ciri

  • Carta Langsung Harga Emas dan Perak boleh didapati dengan pelbagai matawang, di kemaskini setiap minit dan carta tersebut di refresh secara automatik
  • Sejarah Harga Emas dan Perak
  • Harga perbandingan antara semua jenis jongkong emas dan jongkong perak
  • Perbandingan harga antara peniaga emas AS untuk semua syiling / jongkong emas popular dan syiling / jongkong perak