Sindiket Berjaya Jual Cincin Tiruan di Kedai Pajak Gadai

Hal-hal Yang Perlu di Perhatikan Dalam Membeli Cincin Pernikahan -gold

JOHOR BARU: Sebuah sindiket berjaya menipu kira-kira 20 kedai pajak gadai dan bank di sekitar negeri Johor apabila mereka berjaya menjual cincin emas tiruan.
Ahli kumpulan berkenaan dipercayai menggadai cincin emas yang mempunyai berat sekitar 22gram dengan harga RM2,500.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Harga pasaran bagi setiap cincin tersebut bernilai lebih RM3,500.

Polis yang menyamar berjaya menahan dua daripada ahli kumpulan berkenaan apabila salah seorang daripada cuba menggadai cincin emas di sebuah kedai pajak di Taman Universiti bulan lalu.

Sumber berkata suspek berjaya memperoleh RM2,500 hasil jualan cincin emas berkenaan daripada sebuah kedai pajak gadai pada 26 Januari.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Melihatkan hasil lumayan yang diperolehinya itu, suspek sekali lagi kembali ke kedai pajak yang sama untuk menggadai sebentuk cincin emas yang lain pada keesokan harinya.

“Salah seorang kakitangan yang memeriksa cincin tersebut dengan teliti mula ragu-ragu dan merasakan ia mungkin cincin tiruan dan segera memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis,” kata sumber itu lagi.

Suspek yang ditahan kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di mana suspek kedua ditahan. Polis turut menemui kira-kira 20 resit kedai pajak gadai.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat supaya segera menghubungi pihak polis di talian, 07-2212999.
Dalam satu kes berasingan di Batu Pahat, bekas peguam ditahan selepas seorang pemilik tanah mendakwa sebahagian daripada plot tanahnya telah dijual tanpa kebenarannya.

Bekas peguam berusia 60 tahun itu mahu menjual plot tanahnya pada 2010 dengan harga RM350, 000. Bagaimanapun, tawaran tersebut gagal.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata bekas peguam itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

www.mstar.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas 
_________________________________________________________________________________________

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>