Sejarah Emas Negeri Pahang

Wak Aminuddin Wak Abdul Hamid
Wak Aminuddin Wak Abdul Hamid

UMUM mengetahui Pahang sememangnya kaya dengan hasil mahsul bumi yang begitu meluas terutamanya emas.

Di kawasan Hulu Pahang sahaja, terdapat beberapa lombong emas yang masih wujud sehingga hari ini dan beroperasi secara komersil contohnya seperti di Penjom dan Selinsing.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Kampung Budu juga tidak terlepas daripada menjadi sebahagian lipatan sejarah Pahang kerana hasil emasnya sejak berabad lamanya. Jadi tidak hairan apabila pihak British menjadikan Kuala Lipis sebagai ibu negeri Pahang suatu ketika dahulu kerana merebut hasil emas yang terkumpul di Hulu Pahang.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kuala Lipis, Drs. Wan Aminuddin Wan Abdul Hamid (gambar) berkata, sejarah Kampung Budu sebagai lubuk emas bermula apabila seorang bangsawan dari Melaka, Panglima Tun Ibrahim dikatakan kurang menyukai Tanjung Lipis kerana tempat itu tidak mempunyai khazanah alam yang bernilai tinggi selain kesuburan tanah, sumber-sumber sungai dan hasil-hasil hutan yang banyak.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

“Lalu beliau bergerak menyusur Sungai Lipis ke tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Budu. Pada waktu itu, Kampung Budu belum bernama dan kononnya amat kaya dengan khazanah alam terutama emas. Lalu, Tun Ibrahim berhasrat membuat penempatan di kawasan itu namun terpaksa berhadapan dengan kumpulan Orang Asli yang diketuai Tok Batin Badu,” katanya.

Setelah berjaya mengalahkan Tok Batin Badu, Tun Ibrahim telah mudik ke hulu Sungai Teka dan mendarat di sebuah tempat yang dinamakan Lubok Besar, dan kemudian mengasaskan perkampungan Melayu sebagai Kampung Badu sebelum lama-kelamaan bertukar menjadi nama Kampung Budu.

Mengulas lanjut mengenai sejarah Hulu Pahang, Wan Aminuddin berkata, sistem pemerintahan beraja mutlak di Pahang mengikut model kerajaan Melayu Melaka dalam tempoh 1470 sehingga 1614 semasa Raja-Raja Pahang yang berketurunan dari Raja-Raja Melaka memerintah.

Katanya, era Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah yang memerintah Pahang dari 1592 sehingga 1614 telah memperkenalkan Kanun Pahang dan buat pertama kalinya memperkenalkan struktur baharu politik tradisional iaitu melantik Raja Muda dan Orang Besar Berempat Pahang untuk menjadi wakil mentadbir di wilayah luas terutama di Hulu Pahang.

“Hulu Pahang yang merupakan wilayah paling besar telah ditadbir oleh seorang Orang Besar Berempat iaitu Seri Maharaja Perba yang berpusat di Jelai. Sebelum Sultan Abdul Ghafur menaiki takhta, tiada sistem seperti ini. Malah kawasan Hulu Pahang hanya mempunyai ketua-ketua etnik yang mewakili masyarakat masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, sebelum pemerintahan bersistem itu wujud, kawasan Hulu Pahang didiami Orang Asli, orang Melayu keturunan Melaka, Minangkabau, Rawa, Jawa, Acheh, Bugis serta ada juga yang datang daripada Patani, Kelantan dan Perak.

Katanya, kemasukan pelbagai masyarakat berbilang etnik ke Hulu Pahang ketika itu adalah kerana terdapatnya aktiviti melombong dan perdagangan emas di Hulu Pahang.

“Selain Kampung Budu, emas kemudian ditemui di tempat-tempat lain di kawasan Lipis seperti Penjom, Tersang, Tanum, Kecau Tui,” katanya.

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

0 thoughts on “Sejarah Emas Negeri Pahang

  • paa mohd farok says:

    as salam tuan. pada pandangan tuan ada ke kemungkinan emas di sungai serunai hulu jelai lipis terima kaseh tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>