Sasar transaksi RM250 juta lagi

jewelry02

Kuala Lumpur: Pasaran pajak gadai Islam, Ar-Rahnu kian mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat dan semakin banyak juga kedai Ar-Rahnu dibuka di negara ini.

Malah, dilihat masih ramai pemilik barang kemas di negara ini belum didedahkan dengan sistem Ar-Rahnu sedangkan ia mampu menjadi modal pusingan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan besar.

Terbaru, Pos Malaysia turut meluaskan lagi perkhidmatannya dengan membuka rangkaian [email protected] bagi memberi kemudahan kepada orang ramai di sekitarnya.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro bersama Naib Presiden Kanan, Pos Ar Rahnu Sdn Bhd, Abd Razak Mohd A Kadir mengenai perkhidmatan yang ditawarkan [email protected]

Apakah keistimewaan [email protected] jika dibandingkan dengan pajak gadai Islam yang lain?

[email protected] menawarkan margin pinjaman tertinggi iaitu sehingga 75 peratus dari nilai marhun. Upah simpan yang dikenakan juga sangat rendah iaitu RM0.75 bagi setiap RM100 marhun serta menerima semua jenis emas termasuk jongkong emas Pamp Suisse dan Public Gold dengan berat sehingga 100 gram.
Selain itu, tempoh pinjaman yang fleksibel iaitu 6 bulan+6 bulan, tanpa caj tersembunyi dan paling penting ia patuh syariah. Perkhidmatan ini juga terdapat di75 lokasi pejabat pos terpilih seluruh negara.

Bagaimanakah [email protected] menguji ketulenan emas?

Kami akan menimbang berat dan menjalankan ujian ‘agua regia’ untuk memastikan ketulenan emas. Selain itu, mesin densimeter juga digunakan untuk menentukan ketumpatan kandungan dan isipadu emas.

[email protected] juga menggunakan harga emas mentah yang diniagakan di Bursa Logam London (LME) untuk menentukan nilai marhun.

Berapakah kadar upah simpan yang dikenakan dan cara pembayaran?

Upah simpan bulanan adalah RM0.75 bagi setiap RM100 marhun dan pelanggan boleh melakukan pembayaran secara ansuran (selagi masih dalam tempoh pinjaman) atau penebusan penuh termasuk bayaran upah simpan. Kami juga hanya menerima wang tunai saja.

Bagaimanakah pelanggan akan menerima bayaran bagi setiap transaksi gadaian dan berapakah had gadaian bagi pelanggan?

Pelanggan akan menerima wang secara tunai serta-merta. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mendepositkan wang terbabit ke akaun RHB atau Maybank yang menawarkan perkhidmatan mereka di pejabat pos terpilih melalui Perkongsian Perkhidmatan Perbankan.

Pinjaman minimum adalah RM100, manakala had pinjaman maksimum sehari sehingga RM20,000 dan had pinjaman terkumpul bagi seorang pelanggan bernilai RM50,000.

Siapakah yang boleh membuat gadaian di [email protected] dan dokumen apa yang diperlukan?
i. Warga tempatan (kad pengenalan).
ii. Penduduk tetap (kad pengenalan penduduk tetap yang masih sah).
iii. Warga asing (pasport asal dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya setahun).
iv. Pelanggan perlu berusia 18 tahun dan ke atas.

Adakah [email protected] menawarkan perkhidmatan lain selain pajak gadai dan apakah jaminan keselamatan yang ditawarkan?

Ya, kami menawarkan perkhidmatan lain iaitu Ar-Rahnu Simpan, Ar-Rahnu Cuci dan penilaian zakat secara percuma,

Urus niaga dan transaksi dilaksanakan di hadapan pelanggan, malah ruang operasi dalam premis pejabat pos juga dilengkapi kelengkapan keselamatan seperti CCTV, alat penggera kecemasan dan bilik kebal turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaru.

[email protected] sangat menitikberatkan pematuhan kepada setiap standard operasi dan unit pematuhan menjalankan audit bulanan di setiap cawangan untuk memastikan semua kakitangan mematuhi semua protokol yang ditetapkan.

Semua barang gadaian di [email protected] diinsuranskan sepenuhnya iaitu sehingga 100 peratus terhadap barang gadaian pelanggan.

Apakah sasaran [email protected]?

[email protected] sudah menyalurkan pinjaman sebanyak RM300 juta menerusi transaksi yang membabitkan lebih 50,000 pelanggan di seluruh negara.
Kami menyasarkan transaksi kira-kira RM250 juta lagi bagi tempoh sekarang sehingga 31 Mac 2015 kerana pelanggan selesa dan menunjukkan peningkatan mendapatkan perkhidmatan di [email protected] Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.pos.com.my.

sumber – www.hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *