Riba Dalam Urusniaga Jual Beli dan Hutang

jual-beli-emas-periuk-nasi-emas

oleh SABREE HUSSIN

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam tentang riba, kita akan telusuri terlebih dahulu serba sedikit secara ringkas maksud bagi istilah riba ini.

Semoga selepas ini, para pembaca, dan pelawat sekalian akan memperoleh penjelasan yang lebih baik berhubung isu riba. In Shaa Allah, saya tak ada gunakan istilah arab atau hal-hal yang terlalu teknikal sehingga pembaca rasa susah nak faham.

Sila teruskan pembacaan ya. Anda mungkin dapat menyelamatkan diri anda daripada mendapat azab yang pedih diakhirat nanti. Wallahua’lam

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Maksud Riba
Lebihan dari segi kuantiti, pertambahan, peningkatan melebihi daripada jumlah asal.

Kategori Riba
Riba boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis, dua (2) daripadanya terhasil daripada urusniaga melibatkan hutang dan dua lagi daripada urusniaga berkaitan jual beli.

Riba daripada urusniaga Hutang:

1. Riba Qardh: Apa-apa faedah yang telah ditentukan oleh pemberi hutang kepada peminjam seperti yang telah dinyatakan dalam perjanjian pinjaman atau kontrak pinjaman yang mana peminjam perlu menjelaskannya.

Contoh – Interest yang perlu dibayar dalam mana-mana perjanjian pinjaman

2. Riba Jahilliyah: Sebarang lebihan dari segi pembayaran keatas hutang asal sebagai penalti yang dikenakan keatas peminjam disebabkan oleh kegagalan untuk melakukan pembayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan.

Contoh: Interest yang dikenakan keatas pemegang kad kredit yang melakukan kelewatan dari segi pembayaran

Riba daripada urusniaga jual beli:

1. Riba Al-Fadl: Apa-apa kuantiti tambahan atau lebihan hasil dari penambahan yang tak seimbang dari timbangan dan ukuran yang melibatkan pertukaran barangan ribawi dari jenis yang sama. (Faktor kuantiti)

2. Riba An-Nasiah: Sebarang penangguhan yang berlaku terhadap pertukaran yang melibatkan barangan ribawi dari jenis dan kategori yang sama. (Faktor masa)

Barangan Ribawi dapat dikelaskan kepada dua kategori berdasarkan hadis nabi:

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Kategori Pertama: Matawang

1. Emas

2. Perak

3. Matawang (RM, USD dll…)

Kategori Kedua: Makanan Asas

1. Gandum

2. Barli

3. Tamar (kurma)

4. Garam

Dari situ juga kita dapat mengetahui ada peraturan khas yang perlu kita FAHAMI dan IKUTI apabila melakukan transaksi yang melibatkan barangan Ribawi.

Peraturan dalam transaksi melibatkan barangan Ribawi

1. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA dan JENIS YANG SAMA

Contohnya emas dengan emas, gandum dengan gandum atau tamar dengan tamar

Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) dan kuantiti mesti sama tanpa mengambil kira soal kualiti.

2. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA tetapi JENIS YANG BERBEZA

Contohnya antara emas dengan perak, beras dengan gandum, garam dengan kurma

Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) tetapi kuantiti tidak perlu sama banyak.

3. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORi YANG BERBEZA dan JENIS YANG BERBEZA

Contohnya antara emas dengan gandum, RM dengan kurma, perak dengan barli

Pertukaran boleh dilakukan sama ada pada masa yang sama atau ditangguhkan dari segi pembayaran.

Kuantiti juga boleh SAMA atau berbeza

4. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dengan bukan ribawi atau, antara barangan bukan ribawi dengan barangan bukan ribawi

Pertukaran seperti ini tak perlu mengikuti peraturan masa dan kuantiti

Boleh berurusniaga sesuka hati tanpa perlu risau bakal terlibat dengan dosa riba

Persoalan tentang kualiti

Boleh ke kita buat pertukaran secara suka sama suka antara 10 gram emas 999 dengan 15 gram emas 916? Seperti yang kita sedia maklum, harga emas 916 ini lebih rendah berbanding emas 999.

Bagi menjawab persoalan ini, kita akan melihat hadis Nabi SAW tentang pertukaran barangan ribawi dari kategori dan jenis yang sama ini

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya: “Adakah semua tamar dari Khaybar sebegini?”, jawab lelaki itu: “Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa’ (3 kg) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa’ (6 kg) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa’ (6 kg) tamar ini dengan 3 sa’ (12 kg).

Nabi bersabda: “Jangan kamu lakukan itu (kerana ia riba al fadhl), dan juallah terlebih dahulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu.” (Riwayat Al-Bukhari, No 4001, 4/1550)

Atau dalam hadis yang lain ada juga menyentuh isu dan perihal ini,

Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)

Transaksi tersebut adalah riba dan sesiapa yang terlibat dalam transaksi tersebut adalah berdosa besar walaupun ia berlaku atas dasar suka sama suka.

Hadis yang diriwayatkan dari Jabir : Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah”.(Hadis Riwayat Muslim).

Tak boleh buat pertukaran sedemikian.

Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad SAW ada mengajar bagaimana untuk melakukan pertukaran tanpa perlu risau terjebak dengan dosa riba, iaitu

1. Jual terlebih dahulu salah satu barangan ribawi untuk dapatkan dirham atau RM dalam konteks kita di Malaysia

2. Apabila telah terima duit, barulah digunakan duit tersebut untuk membeli emas lain yang lebih tinggi harganya

3. Sebarang perbezaan harga boleh ditambah kemudian

Baiklah, saya kira penerangan tentang riba ini sebenarnya mudah sahaja.

Semoga anda semua beroleh manfaat daripada artikel ini.

sumber – www.sabreehussin.com

Sumber rujukan:

1. Principles of Fiqh Muamalat – Islamic Business Transaction, Faculty of Business Management UiTM

2. Wang, Anda dan Islam – Dr Zaharuddin Abd Rahman

3. Zaharuddin.net

4. e-fatwa

5. Majalah Niaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>