PPIM gesa berhati-hati dengan aktiviti penipuan pelaburan emas

NADZIMJOHAN_160115_TMIAFIF_002

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menunjukkan contoh emas sadur pada sidang media penipuan skim pelaburan emas di Kuala Lumpur, hari ini.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati sebelum terjebak dalam penipuan pelaburan emas yang semakin berleluasa hari ini, serta menyemak dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dulu.

Presidennya PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan daripada orang ramai selepas ditipu dalam skim itu kerana kecuaian tidak menyemak dengan pihak berwajib.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

“Kebanyakan aduan yang kami terima memberitahu mereka tidak menerima bayaran daripada syarikat yang pelaburan emas walaupun dijanjikan sebelum ini,” kata Nadzim pada sidang media di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur hari ini.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Nadzim berkata, skim pelaburan emas ini menjalankan modus operandi dengan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga memperdaya orang ramai yang mahu untung cepat.

“Jual beli emas ini akan menawarkan harga emas dengan kadar tertentu sama ada mahal atau murah daripada harga pasaran dan pelanggan dijanjikan keuntungan bulanan oleh penganjur atau agen,” katanya.

Sebagai contoh, penganjur atau pengelola akan melantik agen di mana emas dijual lebih murah daripada harga pasaran dan kemudiannya dijanjikan dengan imbuhan bulanan.

Dalam aktiviti ini, pihak yang terdedah kepada risiko ialah agen kerana mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan emas ini dengan pelabur.

“Penganjur guna agen dan agen pula kena ada syarikat. Pengelola akan selamat sebab berurusan perniagaan dengan agen.

“Agen akan buat jualan dan kumpul duit daripada pelanggan. Namun agen terdedah kepada bahaya sebab boleh dikenakan caj di bawah Akta Pengambilan Deposit Awam tanpa lesen,” katanya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila imbuhan atau barang tidak diterima oleh pelanggan maka agen berdepan risiko besar.

“Sekiranya imbuhan atau barang tidak diterima pelanggan maka agen sebagai orang tengah yang berisiko sebab agen yang buat urusan dengan pelanggan,” terangnya.

Apabila situasi ini berlaku, agen terpaksa berdepan dengan hutang kerana mereka mengambil wang daripada pelanggan tapi syarikat pelaburan emas yang tidak sah tersebut hilang tanpa dapat dikesan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Apa yang berlaku sekarang ialah agen dah kira berhutang dengan pelanggan sedangkan agen hanya orang tengah.

“Pengelola sudah sapu semua sama ada emas atau duit dan ini menyebabkan agen terbeban dengan hutang,” katanya.

Menurut PPIM terdapat berpuluh-puluh syarikat pelaburan emas yang sudah disenaraihitamkan BNM daripada senarai 182 keseluruhan syarikat atau perniagaan atas talian yang tidak sah.

Antara syarikat pelaburan emas yang tersenarai hitam dan dipantau PPIM sendiri ialah CGF Fine Metal Sdn Bhd, Darul Emas Perak Bhd, GGF Golden House Sdn Bhd.

Nadzim dalam pada itu menggesa supaya orang ramai berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu dengan BNM sebelum membuat sebarang pelaburan yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri.

“PPIM mengharapkan agar pengguna terus bijak dan tidak mudah tertipu dengan skim sebegini, berusaha dapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat.

sumber – www.themalaysianinsider.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>