Polis Selangor berjaya tahan tujuh individu penyamun Emas

jenayah

SHAH ALAM 05/01/2015  – Polis Selangor berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki menyamun seorang penjual kepingan emas sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2 juta di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, dekat sini pada 24 Disember lalu.

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Dalam tangkapan yang dibuat secara berasingan bermula 27 hingga 30 Disember itu, polis turut merampas RM259,520 dan empat keping emas masing-masing seberat 100 gram.

Kesemua suspek ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di Lenggong, Perak, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Selayang, dekat sini.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00
Buy At Hellogold

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada mangsa berusia 25 tahun yang melaporkan dia disamun oleh kira-kira sembilan hingga 11 orang, pukul 8 malam pada 23 Disember lalu.

Katanya, lelaki itu membuat laporan polis pukul 10.34 malam sehari selepas kejadian dan mendakwa dia turut dipukul dengan objek keras namun tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Dalam kejadian tersebut, pengadu mendakwa wang tunai sebanyak RM1.65 juta dan 40 kepingan emas jenis 999.9 telah disamun oleh kumpulan tersebut.

“Malah dia turut mendakwa kumpulan penyamun itu melakukan satu transaksi pindahan wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun salah seorang suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Adnan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mencari seorang lagi suspek iaitu Muhamad Fuad Mat Isa yang memegang kad pengenalan bernombor 860612-29-5293 dengan alamat terakhir adalah di No. 175, Jalan Dagang 1/5 Taman Dagang, Ampang, dekat sini.

“Kita meminta sesiapa yang mengenali dan tahu dimana suspek berada untuk menghubungi Pegawai Risikan Operasi, Asisten Superitendan Rodney Pasla Haris di talian 016-8977664 atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Fazlin Rasli (012-5113584),” ujarnya. – KOSMO!

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>