Pelaburan emas di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori

  • Pelaburan Emas Fizikal: jongkong emas, syiling emas dan barangan kemas emas.
  • Pelaburan Akaun Emas: Maybank, Public bank, CIMB bank, UOB, Citibank dan Kuwait Finance House.

 

EMAS FIZIKAL VS. AKAUN EMAS

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

 

BARANG KEMAS EMAS

Syarikat emas yang stabil dan mempunyai reputasi yang baik merupakan faktor-faktor terpenting yang harus dipertimbangkan semasa membeli barangan kemas untuk memastikan produk yang dibeli bermutu dan ketulenan yang tinggi. Contoh: kedai emas Poh Kong, Tomei, Habib Jewel atau Wah Chan.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

Tetapi, barangan kemas tidak digalak untuk dijadikan sebagai pelaburan emas. Sebab caj yang dikenakan untuk kerja seni dan buatannya jauh lebih tinggi daripada jongkong emas yang hanya perlukan reka bentuk yang minima untuk menjimatkan kos buatan.

SYILING EMAS

Selain daripada kedai-kedai emas yang disebutkan diatas, UOB Malaysia juga menawar pelbagai pilihan seperti Canadian Gold Maple Leaf, Australian Kangaroo Gold Nugget dan Singapore Lion Gold Coin.

Kijang Emas Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan salah satu produk syiling emas yang paling laku di negara kita. Tetapi, khabarnya bekalan yang terhad selalu menjadi masalah utamanya.

JONGKONG EMAS

Jongkong emas dalam bentuk samada bar atau bulion, ini adalah produk emas fizikal yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan. Antara jongkong emas yang popular di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Pamp Suisse Lady Fortuna
  • Poh Kong Bunga Raya
  • Tomei KLCC
  • Public Gold
AKAUN SIMPANAN EMAS

Pelaburan emas melalui buku simpanan bank menjadi semakin popular di Malaysia sejak dua tahun yang lalu. Maybank ialah bank yang pertama di Malaysia melancarkan akaun simpanan emas diikuti oleh Public Bank, KFH dan seterusnya.

Konsep pelaburan ini telah selesaikan masalah pelabur untuk mencari tempat yang selamat untuk menyimpankan emas di dalam rumah yang selalunya bimbang akan menjadi sasaran pencuri pecah rumah.

Setakat hari ini sekurang-kurangnya 6 buah bank di negara kita telah menawarkan akaun simpanan khas untuk pelaburan emas sahaja seperti berikut:

  • Maybank Gold Investment Account
  • Public Bank Gold Investment Account
  • Kuwait Finance House Gold Account-i
  • CIMB Bank Gold Deposit Account
  • UOB Gold Savings Account
  • UOB Premier Gold Account
  • Citibank Gold Account

Sila dimaklumkan bahawa setiap akaun emas diatas adalah amat berbeza dan mempunyai ciri-ciri tersendirinya. Maka, perbandingan yang teliti harus dilakukan sebelum mengambil tindakan seterusnya. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan:

  • Ketulenan emas – pilihan utama ialah emas 999
  • Perbezaan antara harga jualan and belian – perbezaan yang lebih kecil bermakna caj yang dikenakan lebih rendah
  • Kebenaran/caj untuk mengeluarkan bar emas – ini merupakan markah tambahan untuk akaun emas yang beri kemudahan untuk menukarkan credit dalam akaun kepada emas fizikal

 

 

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>