Pelabur Malaysia Optimis Capai Sasaran Kewangan

KUALA LUMPUR 25 April – Kajian Sentimen Pelabur Global Franklin Templeton mendapati pelabur Malaysia agak positif tentang pelaburan tempatan, dengan 86 peratus menyatakan keyakinan mencapai sasaran kewangan mereka.

Harga emas marhun hari ini , Ar Rahnu Xchange

Karat Mutu Harga
24K 999 257.12
23K 950 244.27
22K 916 235.70
21K 875 224.98
20K 835 214.27
18K 750 192.84

>>Lihat harga semua Ar-Rahnu<<

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Dalam satu kenyataan hari ini, Franklin Templeton berkata, berdasarkan kajian global tahunan yang dijalankan awal tahun ini, pelabur Malaysia menjangka kadar pulangan pelaburan pada 11.5 peratus pada 2013, satu peningkatan daripada jangkaan 2012 iaitu 8.5 peratus.

“Pelabur Malaysia yakin mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi sepanjang 10 tahun akan datang pada anggaran 19.5 peratus,” tambahnya.

Ketua Negara Malaysia Franklin Templeton Investments, Sandeep Singh berkata, keyakinan pelabur Malaysia sejajar dengan sentimen pelabur serantau.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

“Kami percaya jangkaan positif pelabur Asia adalah kerana beberapa ekonomi Asia menunjukkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan jangka panjang yang kukuh,” katanya.

Sandeep Singh berkata, kajian tahun ini juga menunjukkan kesedaran yang kukuh di kalangan pelabur Malaysia mengenai penerokaan pelbagai peluang pendapatan tetap dan menjangka fenomena ini akan berterusan.

Sementara itu, kajian itu mendapati lebih 50 peratus responden beranggapan unit amanah mematuhi syariah akan mengatasi prestasi dana amanah konvensional.

“Bagi yang memilih dana mematuhi syariah, 17 peratus menyebut pelaburan beretika sebagai sebab pemilihan mereka, sementara 15 peratus memilih instrumen syariah kerana kategori itu dianggap rendah pendedahan risiko,” kata Sandeep.

Tiga kelas aset terpilih utama oleh pelabur Malaysia dari segi jangkaan keuntungan pada 2013 dan sepanjang 10 tahun akan datang adalah harta, logam berharga (emas/perak) dan saham. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>