Pelabur Islam Diingatkan Mengelak Perlakuan Riba Dalam Urusniaga Emas

Pelabur beragama Islam diingatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada apabila menyertai sebarang skim pelaburan emas bagi mengelak risiko urusniaga yang ditawarkan tidak mengikut kehendak syariah.
Pensyarah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), A.M.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Hafizi berkata urusniaga emas menjadi haram dan terbatal jika emas yang diniagakan tidak wujud dan emas yang dijual itu perlu pula dibeli daripada pihak ketiga dalam satu urusniaga berasingan setelah ia sudah pun dijual.

Membuka akaun pelaburan emas seperti itu menjadi haram dan terbatal kerana bank telah menjual sesuatu yang bukan miliknya dan wujud riba memandangkan tidak ada elemen taqabud fil majlis iaitu tiada penawaran dan penerimaan. Sebarang penangguhan seperti itu akan membawa kepada Riba’an-Nasiah.

Pelabur harus memastikan emas yang hendak dijual oleh bank sudah pun dimilikinya, katanya dalam satu kertas kerja bertajuk “Pelaburan Emas dan Aplikasi Semasa: Satu Kajian Kes di Malaysia”. Kertas itu disediakannya bersama Profesor Madya Noreha Halid dan Muhammad Suhaini Abu dari Pusat Antarabangsa untuk Pendidikan Kewangan Islam.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Ia dibentang di Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia 2012, anjuran UKM dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Kewangan Islam dan Pengurusan Harta di Puri Pujangga baru-baru ini. Ia diikuti dengan satu Wacana Ekonomi Islam anjuran Fakulti Islam UKM.

Hafizi berkata urusniaga emas menjadi halal dan sah apabila dua syarat telah dipenuhi iaitu bank benar-benar memiliki emas yang dijualnya ketika penjualan.

Bank juga harus mengeluarkan bukti pembelian dalam bentuk emas atau sijil kepada pelanggan lantas pelanggan mendapat haknya untuk menjual emas berkenaan.

Satu lagi syarat adalah cara pembayarannya iaitu ia mestilah halal, kata beliau. Pembayaran dibuat oleh pelanggan mestilah dalam bentuk tunai, dipotong langsung daripada akaun bank, kad kredit atau debit perbankan Islam atau cek tempatan.

Sebarang pembayaran bagi pembelian emas menggunakan cek antarabangsa atau kad kredit Islam yang hanya dapat ditunaikan dalam tempoh melebihi tiga hari dilarang menurut Majlis Antarabangsa Akademi Fikah.

Jangka masa tiga hari dikira sebagai jumlah maksimum untuk penyelesaian pembayaran berdasarkan dasar urf bagi menjamin syarat mengikut ‘taqabul fil hal’ dicapai. Ia adalah satu fatwa diputuskan oleh mazhab Maliki dan majoriti ulama fikah sedunia termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

Tidak kurang penting pelabur akaun emas wajib membayar zakat apabila haulnya cukup atau mencapai nisab 85 gram emas.

Hafizi juga turut mengingatkan pelabur lebih berhati-hati dan meneliti risiko berkaitan dengan pelaburan emas sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat.

Beliau juga menasihati pelabur sentiasa berhati-hati dan menyelidik latar belakang syarikat dan samaada urusan jual-beli emasnya sah di segi undang-undang selain ia diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Sebagai contoh, pelabur perlu memeriksa dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung pendaftaran dan kegiatan perniagaannya.

Pelabur juga patut tahu rekod kewangan syarikat berkenaan termasuk kemampuannya membayar keuntungan pelaburan pelanggannya.

Semua maklumat, katanya boleh didapati daripada SSM atau daripada syarikat berkenaan. Pelabur juga perlu mengetahui urusniaga emas syarikat terlibat seperti sumber pembelian emasnya, perbadanan yang mengesahkan ketulenan emas dan bagaimana syarikat berkenaan menjana keuntungan daripada perniagaannya.

Pelabur seharusnya melapor kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan jika mereka mempunyai bukti emas yang dibeli rendah mutunya.

Hafizi juga memberitahu kajian mereka mendapati hanya urusniaga emas ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH-i) melepasi kehendak syariah. Dua lagi bank, Maybank dan Citibank yang menjalankan urusniaga demikian didapati masih berasaskan konvensional dan tidak memenuhi tuntutan syariah kerana hakikatnya pelabur mereka tidak boleh mengeluarkan deposit akaun simpanan emas mereka dalam bentuk fizikal.

Pada suatu wacana Ekonomi Islam anjuran Fakulti Islam, UKM kemudiannya, Prof Madya Dr Azman Mohd Noor dan Syeikh Burhanuddin Lukman, ahli lembaga Syariah Bank Al Rajhi Malaysia merangkap pensyarah Universiti Islam Antarabangsa telah menyentuh isu syarikat Genneva Gold dalam kertas kerjanya “Pelaburan Emas dalam Sistem Kewangan Islam”.

Dr Azman berkata pelabur Islam harus waspada kerana dalam urusniaga seumpama itu tidak wujud ‘Taqabud’ iaitu emas dibeli tidak dihantar atau diserah dengan segera selepas pembayaran.
Ini dengan sendirinya menimbulkan masalah riba ‘Mud Ajwah’ yang amat dilarang dalam Islam.

Faktor ketiga yang harus diberi perhatian oleh pelabur Islam adalah syarikat telah menyalahguna konsep hibah (pemberian hadiah) bagi tujuan Skim Cepat Kaya.

Beliau juga menyatakan nilai sebenar emas sekarang adalah lebih tinggi daripada harga pasarannya (dalam bentuk wang fiat).

“Oleh kerana masih ada keyakinan orang ramai terhadap wang fiat terutamanya Dolar Amerika, emas dinilai lebih rendah dari nilai sebenarnya”.

Beliau berkata nilai emas dahulu tidak jauh beza dengan nilainya sekarang dengan menyorot kepada harga kambing pada zaman Nabi Muhammad saw adalah lebih kurang harga sekarang jika dikira dengan emas.

Sebuah hadis menyebut seorang sahabat Nabi membeli kambing dengan harga satu dinar iaitu bersamaan dengan 4.25 gram emas. Hari ini satu gram emas berharga RM170 maka 4.25 gram adalah lebih kurang RM700.

Mengenai syarat ketat dalam urusniaga emas, Dr Azman menarik perhatian kepada satu kisah melibatkan Umar Al-Khattab yang melarang dua sahabat Nabi yang berjualbeli emas dan perak tetapi salah seorang dari mereka ingin menangguh penyerahan peraknya.

Kata Umar, “sesungguhnya Rasulullah saw telah berkata:(jual beli) perak dan emas adalah riba kecuali jika (mereka berkata) “nah ambil ini” dan (seorang lagi berkata) “nah ambil ini”.

Dr Azman juga memetik satu hadis yang bermaksud: Jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, mestilah sama kuantiti (berat atau sukatan), serah menyerah tangan ke tangan, jika sekiranya jenisnya berbeza, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu mahu jika sekiranya berlaku penyerahan tangan ke tangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>