Pajak Barang Kemas, Adakah Ia Menguntungkan?

“Beli barang kemas, nanti senang nak pajak”, antara nasihat yang masyhur kita dengar. Dan nasihat tu memang betul sebab ar-rahnu di bawah pengurusan bank hanya terima barang kemas sahaja (sejak tahun 2011), tapi nasihat umum begitu sebenarnya telah memerangkap ramai pelabur. Pelaburan emas pada asasnya TAK PERLU PAJAK. Yang kedua, memajak emas perlu ada strategi yang betul dan kira-kira yang teliti.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Kalau tak tahu bila masa terbaik untuk pajak, macam mana buat kira-kira untung rugi dengan ar-rahnu, dan tak ada strategi yang betul, memang confirm ia memerangkap pelabur emas ke dalam belengu hutang ar-rahnu.

Kenapa ramai pelabur terperangkap? Perkara paling penting yang mereka lupa, spread (susut nilai) barang kemas biasanya sekitar 25% (sangat tinggi)!

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

Kerugian #1 – Susut Nilai Tinggi (25%)

Siapa beli barang kemas hanya semata-mata nak memudahkan pajak, dia kerugian 25% on the spot! Kalau anda jual emas tu di kedai emas, mereka akan tolak spread (susut nilai) sebanyak 25%. Maksudnya, kalau anda tak pajak pun emas tu, anda perlu tunggu at least harga emas naik sebanyak 25% baru boleh BALIK MODAL. Jangan cerita pasal untung lagi sebab jarang sekali harga emas melepasi 25% dalam tempoh setahun. At least 2 – 3 tahun baru balik modal. (Rujuk artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia” untuk fahami pengiraan susut nilai, dan fahami 4 kerugian membeli barang kemas di artikel “Barang Kemas vs Emas Pelaburan, Mana Lebih Untung?”.).

Selain susut nilai barang kemas yang tinggi, ada dua (2) lagi risiko kerugian iaitu:

  • Caj upah simpan / caj pajakan yang mahal; dan
  • Harga emas yang tak naik, bahkan lebih rendah daripada harga anda beli.

Kerugian #2 – Caj Upah Simpan (13.8% Setahun)

Ramai orang fikir, caj ar-rahnu cuma 0.75% – 1.00% sahaja sebulan, tapi sebenarnya mereka silap sebab caj itu dikira atas NILAI MARHUN (nilai emas), bukan atas NILAI PINJAMAN. Bila nak kira kos untuk ‘investment’, kita kena kira kos atas “nilai pinjaman”.

Caj pajakan Ar-Rahnu Agrobank.

Berdasarkan kira-kira yang saya buat, kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan (atau 13.8% – 18.5% setahun) daripada JUMLAH PINJAMAN yang diberikan. Memang banyak, hampir sama dengan kadar interest kad kredit!

[Illustrasi : Kos pajakan 6 bulan ialah 6.9% (1.15% x 6 bulan)]

Kalau ambil kira susut nilai 25% + kos pajakan 6.9%, bermakna anda perlu tunggu harga emas naik 31.9% baru anda BALIK MODAL! Itu belum ambil kira caj pajakan yang lebih mahal i.e. sehingga 1.54% sebulan.

Kerugian #3 – Harga Emas Bergerak Mendatar

Tempoh asas pajakan adalah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi lagi tempoh lanjutan 3 bulan – 6 bulan. Katakanlah anda pajak emas bernilai RM10,000, tapi lepas 6 bulan, nilai semasa emas masih lagi RM10,000 kerana harga bergerak MENDATAR, maka di sinilah anda akan mula nampak masalah sebab emas tu perlu ditebus sedangkan;

  • Anda kena tanggung kos pajakan 6.9%;
  • Kalau jual emas (surat pajak) tu, anda rugi lagi 25%!

Jumlah kerugian 31.9%!

Kalau modal anda RM10,000, senang-senang rugi sekitar RM3,190! Kalau harga emas turun 10% daripada harga anda beli, maka kerugian mudah ialah 41.9% (31.9% + 10%) bersamaan RM4,190. Dan anda boleh agak apa akibatnya. Emas yang anda ada kononnya nak melabur, akan berakhir dengan emas tu lebur dilelong ar-rahnu!

 

Lepas September 2011 (garisan merah), ramai pemajak tegar mula berduka cita…
Teknik Manipulasi Ar-Rahnu perlu disemak semula kalau nak dilakukan pada hari ini.

5 Nasihat Untuk Pemajak Barang Kemas

Jadi nasihat saya:

Nasihat #1: Beli emas yang spreadnya rendah. Dah banyak ar-rahnu terima pajakan gold bar, gold coin, dan dinar terutamanya ar-rahnu swasta dan di bawah pengurusan koperasi. Kalau anda nak beli barang kemas juga, saya syorkan barang kemas i-series Public Gold sebab susut nilainya cuma 10% berbanding barang kemas biasa 25%.

Nasihat #2: Buat kira-kira, adakah berbaloi upah simpan yang anda perlu tanggung berbanding peluang menjana keuntungan dengan duit pinjaman ar-rahnu yang anda dapat.

Nasihat #3: Kalau anda pajak emas bagi mendapatkan modal untuk beli lagi emas pada harga rendah i.e. Teknik Manipulasi Ar-Rahnu, pastikan ianya berada pada paras harga yang selamat mengikut pandangan Analisis Teknikal. Kalau anda tak tahu Analisis Teknikal, rujuk mereka yang pakar tentang analisis.

Nasihat #4: Pajak emas dalam jumlah yang berpada-pada. Kalau harga emas tak naik dalam tempoh pajakan 6 bulan, anda dah ready dengan Plan B sebagai jalan keluar. Point pentingnya, jangan tamak. Orang tamak selalu rugi…

Nasihat #5: Fahami strategi memanfaatkan duit pinjaman ar-rahnu. Kalau anda pajak untuk rolling modal perniagaan, bagi saya ia tak ada masalah sebab anda boleh jangka keuntungan perniagaan yang bakal anda dapat berbanding kos pajakan. Tapi kalau guna duit pajak untuk belanja hangus, memang emas tu akan hangus dilelong ar-rahnu. Jangan tanya saya mana nak cari duit untuk tebus emas tu nanti! (“,)

Nanti berkelapangan, saya akan tulis artikel “Teknik Sebenar Manipulasi Ar-Rahnu”. Saya tak menjanjikan sebarang “magic solution”, tapi saya berikan panduan yang selamat dan menguntungkan, insyaAllah. Dan saya tak syorkan anda buat “manipulasi ar-rahnu” kalau anda belum betul-betul buat kira-kira meyakinkan dengan ambil kira faktor ketidaktentuan harga emas sekarang serta jalan keluarnya. Sebab, pelaburan emas fizikal pada asasnya TAK PERLU PAJAK. Beli dan simpan. Bila nak pakai duit untuk belanja hangus, terus jual. Itu jer…

Nota 1 – Kos Pajakan Paling Minimum : Pemerhatian saya, caj pajakan (upah simpan) paling rendah setakat ni ialah Ar-Rahnu Agrobank dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Iaitu pinjaman 70% dari nilai emas (marhun) dengan caj upah simpan RM0.75 atas setiap nilai emas RM100. Jadi, kadar sebenar atas NILAI PINJAMAN ialah 1.07% sebulan, bersamaan 6.43% untuk tempoh 6 bulan, atau 12.86% setahun. Itu caj MINIMUM.