Beli Emas Hanya RM1.00

Cypto token berasaskan emas patuh syariah pertama di Malaysia

Mining Now

Membina catalog emas guna google sheets dan simplestore

contoh katalog emas kedai emas murah

Dalam tutorial #1 sebelum ini, kami ada terangkan bagaimana cara untuk menarik harga emas dari mana-mana laman web menggunakan google spreadsheets sahaja tanpa perlu membina bot, scrapy atau sebagainya, dalam tutorial ini pula kami cuba membina catalog simple emas dengan menggunakan spreadsheet dan simplestore (project fork dari github)

Tutorial ini untuk mereka yang lebih advanced sedikit dan mempunyai sedikit pengetahuan dalam html dan javascript dan lebih baik mempunyai server ataupun boleh menggunakan localhost (install wamp, xampp di windows)

ini adalah contoh catalog yang menggunakan google sheets dan simplestore (demo: hargemas.com/simplestore)

contoh katalog emas kedai emas murah

dan ini adalah data dari spreadsheets yang ditarik oleh simplestore: link: Demo produk simplestore

katalog dan cart kedai emas online

Bagaimana untuk membina catalog emas menggunakan simplestore.

  1. First anda perlu download simplestore dari github disini : https://github.com/cdmedia/simplestore
  2. Sila download final release, ataupun jika anda ada install bower di computer anda download zip files, letak di localhost /www/simplestore dan guna
    sudo bower install

  3.  selepas install, pergi ke simplestore/js/config.js dan add code ini pada line 81
    // add spreadsheetID here
    spreadsheetID : "1AdDFOCtJsPgOcYQ-1mRhd1kas8eZewK95ntER2HKMWs",

    spreadsheetID adalah url spreadsheet yang anda gunakan, sila copy format spreadsheet yang diatas

    format url spreadsheet emas kedai emasTada.. catalog anda sudah siap dan boleh terus buka contohnya di demo disini

  4. Simplestore adalah cart menggunakan javascript dan html sahaja, boleh diletakkan dimana-mana server tanpa perlu database, simplestore menggunakan template skeleton, tetapi masih boleh diubah kepada bootstrap ataupun material, simplestore menerima bayaran menggunakan paypal, jika anda boleh menerima bayaran dari paypal, boleh letak email di simplestore/js/config.js pada line 81
// how simpleCart should checkout, see the checkout reference for more info
checkout: {
type: "PayPal" ,
email: "[email protected]"
},

ataupun boleh juga mengubah sedikit menggunakan payment gateway tempatan contohnya seperti billplz seperti kami buat di sini

Ada banyak cara untuk mengubah simplestore ini menjadi lebih baik, kami akan share dalam tutorial akan datang seperti menggunakan template bootstrap, materialize yang lebih cantik serta cara menyusun harga di template mengikut berat, categori, search dan filter

Card image cap
Marketplace jual beli emas

Koleksi barang kemas 916 terbaru dan terlatest di pasaran, jemput masuk cuci mata, percuma sahaja ..read more

Last updated 3 mins ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *