Harga emas sekarang telah berada diparas terendah tahun ini 2013. Bagi sesiapa yang mempuyai lebihan simpanan wang dan ingin membuat pelaburan, maka emas dan perak ada posisi pelaburan terbaik sekarang ini kerana harganya telah jatuh sehingga terendah dalam tempoh 2 tahun ini. Mengikut rekod harga emas pernah turun keparas bawah 1600oz pada bulan Sept 2011 iaitu 1532oz, Disember 2011 iaitu 1522oz dan Mei 2012 iaitu 1526oz dan minggu lepas iaitu1598oz pada hari Jumaat. Ini adalah satu pekembangan yang sihat kepada harga emas. Rekod harga tertinggi pernah dicapai pula ialah 1802oz pada November 2011, 1790oz pada 28 Feb 2012 dan 1795oz pada 30 Sept 2012.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniApa yang dapat kita simpulkan ialah harga emas masih belum memecah rekod harga tertinggi yang pernah dicapai pada bulan Ogos dan September 2011 iaitu 1920oz. Dalam keadaan situasi ekonomi global yang makin kritikal diera peperangan matawang diantara negara-negara kuasa ekonomi seperti Amerika, China, Jepun dan Eropah maka hala tuju harga emas sangat kritikal sekarang ini. Apapun yang akan berlaku selalunya akan dimenangi oleh komodi emas dan perak. Lihat sahaja sejarah keruntuhan sistem kewangan matawang kertas seperti Greek, Jerman 1922, Hungary, Argentina dan Zimbabwe 2008. Apa akan terjadi sekiranya dollar Amerika jatuh seperti Zimbabwe? sudah tentu menimbulkan masalah besar kepada perdagangan dunia. Maka emas akan menjadi pilihan untuk tujuan menukar dagangan pada ketika itu.
MENGGUNAKAN INDIKATOR TERTENTU UNTUK MERAMALKAN HALATUJU HARGA EMAS
Berbagai indikator yang boleh digunakan untuk meramal halatuju harga emas. Salah satunya ialah menggunakan indikator Relative Strange Index. Dibawah sedikit pencerahan menggunakan indikator ini; klik untuk dapatkan butiran.
Relative Strength Index
RSI indikator 0-30 Oversold 70-100 overbought.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaDari apa yang ditunjukkan dalam graf emas diatas menggunakan platform Meta Trader 4 (Demo), RSI telah menunjukkan 31.88 yang mana bermakna berada di zon downtrend oversold. Pada bila-bila masa harga emas boleh membuat pusingan menaik (Pada kebiasaannya). Adalah posisi terbaik sekarang untuk membuat belian emas atau perak sebabnya apabila pembelian pada harga yang rendah akan meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan.
Pembelian emas yang terbaik ialah emas fizikal yang mempunyai spread yang kecil.
– www.emaskuning.com
Hubungi untuk consult pembelian emas pelaburan.