Kitab Injil emas menyebut kedatangan nabi

Kitab Injil Bertinta Emas 1500 tahun tentang kedatangan Nabi Muhammad ditemui ~ Maklumat yang Admin temui daripada beberapa blog dan berita harian online memberitahu bahawa di Ankara, Turki ditemui sebuah kitab Injil rahsia berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad SAW. Penemuan ini telah menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Di bawah ini adalah gambar Kitab Injil tersebut:

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Kitab Injil Bertinta Emas 1500 tahun tentang kedatangan Nabi Muhammad

Menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay yang memberitahu akhbar Daily Mail mengatakan bahawa naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Muhammad adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

Komen Admin: Sesungguhnya di dalam Al-Quran sendiri sudah menyebut tentang kisah kedatangan Nabi Muhammad. Sesungguhnya Al-Quran itu selama-lamanya akan dipelihara oleh Allah, lihat sendiri betapa ramai para penghafal Al-Quran? Bahkan orang Islam sendiri menghafal dan mengkaji dengan lebih mendalam tentang kitab Injil berbanding penganut agama Kristian itu sendiri.

Penemuan naskah ini pasti akan membuka mata penganut Kristian akan kebenaran Islam itu sendiri, apabila kebenaran terserlah maka tertutuplah akan kebatilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>