Kes samun 40 
keping emas selesai

imageYahaya Ramli

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Polis berjaya menyelesaikan kes samun 40 keping emas bernilai RM1.65 juta di Kampung Bukit Lanchong, Putra Height pada 23 Disember lalu, dengan tertangkapnya baki enam suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat secara langsung dalam kejadian itu.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan polis juga percaya motif utama kes samun tersebut mempunyai berkaitan dengan persaingan perniagaan emas yang dijalankan kedua-dua pihak.

“Kita berjaya menahan saki-baki ahli kumpulan ini dalam beberapa operasi susulan yang dijalankan minggu lepas.

“Siasatan terhadap semua suspek yang ditahan membuktikan kumpulan penjenayah ini terlibat dalam satu perusahaan perniagaan ke­pingan emas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor hari ini.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Dalam kejadian 23 Disember tahun lalu, seorang lelaki bersama rakannya disamun sekumpulan penjenayah di Kampung Bukit Lanchong, Putra Height dan melarikan sejumlah 40 keping emas seberat 4 kilogram.

Suspek juga memaksa mangsa memindahkan wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun bank salah seorang suspek.

Menurut Yahaya, pihaknya turut me­nemukan kepingan emas yang disamun dengan penahanan lima suspek termasuk seorang wa­nita pada 5 Januari lalu.

“Semua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

“Turut ditemukan ialah wang tunai sejumlah RM100,000 dan polis turut menyita dua kereta jenis Toyota Wish dan BMW milik suspek,” katanya

sumber – www.utusan.com.my

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi . sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750,  emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>