Kepelbagaian Pandangan Ulama Tentang Jual Beli Emas; Adakah ianya khilaf?

barang_kemas

Salah satu Riba yang melibatkan emas dan lain-lain barang ribawi ialah riba al-nasiiah dan al-yad. Iaitu penangguhan penyerahan salah satu item ribawi sama ada harga atau barang.

ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

Berlaku khilaf di kalangan ulama fiqh. Sama ada di kalangan ulama silam atau sesama ulama kontemporari.

Pandangan Pertama
Mengharamkan secara mutlak sebagaimana yang tercatat dalam sirah. Gabenor Syam iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan mengecualikan emas perhiasan daripada kategori barang ribawi. Bila Khalifah Umar bin Al-Khattab mengetahuinya… baginda meminta fatwa itu ditarik balik. Pandangan pihak yang menerima fatwa ini ialah emas adalah barang ribawi. Tak kira dalam apa bentuk sekali pun. Ini adalah pandangan khalifah Umar yang memang punya authority untuk mengeluarkan fatwa dan hukum. Pandangannya juga tidak dibantah oleh para sahabat nabi yang lain. Malah mereka mempertahankannya. Maka berlakulah ijmak sahabi.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

Pandangan Kedua
Pandangan yang diguna pakai dan menjadi fatwa rasmi kerajaan Malaysia ialah …. hanya emas jongkong dan dinar yang mempunyai ‘ilah ribawi kerana fungsinya sebagai matawang. Manakala barang-barang kemas terkeluar daripada ‘ilah ini. di bawah tajuk perimeter syariah pelaburan emas. Baca di sini.

Asas kepada pandangan ini ialah pandangan Garbenor (Khalifah kemudiannya) Muawiyah yang memang lebih arif tentang selok-belok perniagaan. Dan juga pandangan Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Al-Qayyim. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan perjalanan hidup Ibnu Taimiyyah, namun yang dilihat ialah kaedah beliau meng’istinbat’ hukum. Barang kemas dikira sebagai barang siap… komoditi yang diperdagangkan sama seperti kereta … motosikal dan sebagainya.

Begitu juga pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. Menurut beliau… emas perhiasan terkeluar daripada item ribawi. Bukanlah kerana tiada riba padanya. Tapi kerana faktor ‘umum al-balw’ (maksiat yang sukar dihindar).

Pandangan pihak yang menerima fatwa ini ialah riba boleh berlaku jika melibatkan jual beli emas jongkong atau dinar sebab fungsinya sebagai maawang. Sekiranya hanya melibatkan barang kemas… tidak berlaku riba.

Pandangan Ketiga
Riba hanya berlaku jika ianya melibatkan pertukaran emas dengan emas. Jika emas dengan kertas (wang fiat) tidak berlaku riba sebab kertas bukan barang ribawi. Golongan ini menerima wang fiat sebagai ‘ilah laku ditukar dengan barangan je. Yang lain takde. Kalau dulu memang ya…. duit mewakili emas yang disimpan sebagai rizab. Tetapi selepas tahun 1971, wang kertas dipisahkan terus daripada emas. Ia diapungkan mengikut pasaran. Nilai yang ada padanya adalah nilai yang dipaksakan. Bukan nilai intrinsik. Kalau koyak atau hangus langsung tak laku. Duit Bhat atau Rupiah…. boleh ke buat beli emas di sini? Memang tak boleh. Wang Fiat setaraf dengan duit kulit siput pada masa dahulu. Penjelasan lanjut di sini.

Pihak yang berpegang dengan pandangan ini tidak menerima wang kertas sebagai item ribawi atau matawang yang dikiaskan kepada emas.

Setelah diteliti…. Hanya sedikit ulama yang berpandangan begini. Itupun atas kapasiti peribadi. Bukan atas pertubuhan yang bersifat akademik atau yang diberi authority mengeluarkan hukum.

Adab bila berlaku khilaf ialah kita berlapang dada dan cuba mencari pandangan dan hujah yang menghampiri sunnah.

Dengan rendah diri… penulis menghormati pandangan semua hujah-hujah di atas. Bukan calang-calang orang yang mengeluarkan pandangan tu. Namun, pandangan yang dipegang adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh JAKIM. Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh-tokoh yang mempunyai pandangan berbeza. Sekian.

sumber – emasnperak2u.blogspot.com

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>