Kenapa Emas sesuai untuk simpanan ?

Artikel-Suhaimi-pic-292x300

PENYIMPAN NILAI TERBAIK
Pakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan kerana emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yg baik serta kalis inflasi. Rahsia jutawan mengekalkan kekayaan mereka walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kejatuhan matawang ialah dengan menyimpan emas sebagai penyimpan nilai harta mereka.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

KALIS INFLASI
Wang kertas atau disebut ‘wang fiat’ boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan di dunia dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak, tidak seiring dengan perkembangan ekonominya, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%.

Pada zaman Rasulullah SAW, Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor
kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.

Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Kesimpulan dari riwayat tersebut menunjukkan harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Kini harga seekor kambing adalah sekitar RM 700 hingga RM800 manakala harga emas 1 dinar ketika ini adalah dalam lingkungan RM700 hingga RM800. Ini menunjukkan emas mengekalkan kuasa belinya sejak zaman berzaman.

HARGA EMAS YANG TERUS MENINGKAT
Peningkatan harga emas dari tahun ke tahun adalah salah satu sebab, mengapa anda perlu menyimpan emas. Contohnya, harga emas telah meningkat daripada RM30/gram sekitar tahun 2000 kepada rm180/gram pada tahun 2012. Trend tersebut menjadikan menyimpan emas dalam jangkamasa panjang adalah satu langkah aktiviti pelaburan yang amat selamat. Rekod dan graf harga emas semasa dunia boleh di semak di website www.kitco.com.

Cuba anda bayangkan kalau anda membeli 1kg emas pada tahun 2000 pada harga ketika itu RM30k dan pada tahun 2012 nilainya menjadi RM180k . Apa akan jadi kalau anda menyimpan RM30k di bank atau Amanah Saham pada tahun 2000. Adakah mungkin pada tahun 2012 nilai simpanan itu menjadi RM180K? Belum lagi ditolak dengan inflasi yang kadar puratanya 2%.

MUDAH DITUKARKAN KEPADA TUNAI

Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair jika dibandingkan dengan eset tanah atau rumah yang amat sukar untuk dijual semula. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan menjualnya.

Anda bimbang emas anda susah untuk di jual? Dimana-mana di seluruh dunia, permintaan terhadap logam emas adalah tinggi. Anda boleh menjualnya dikedai-kedai emas atau peraih emas dan pilihlah pembeli emas yang boleh membeli emas anda dengan harga paling tinggi.

Dalam situasi di mana anda perlukan wang tunai dengan segera tanpa melepaskan pemilikan emas, gadaian adalah jalan terbaik. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

LAIN-LAIN KEISTEMEWAAN EMAS
Warna kekuningannya yang cantik, menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
Diiktiraf di seluruh dunia sebagai logam yang paling berharga.

Bernilai untuk selama-lamanya walaupun telah berubah bentuk fizikalnya seperti patah, bengkok, telah menjadi serbuk dan sebagainya. Tidak seperti wang kertas, menjadi tidak bernilai bila terbakar atau koyak.

Mudah untuk dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.

Meningkatnya keperluan emas untuk jangkamasa panjangdan sifatnya yang tidak boleh dicipta serta sumbernya makin berkurangan menyebabkan harganya semakin mahal.

sumber : internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>