Keistimewaan Emas #

dalam membicarakan tentang emas, kita selalu dengar orang bercakap emas ni mahal. Betul tak?! Tetapi kenapa ianya boleh menjadi satu logam yang bernilai dan mahal yer?. Baiklah, mari sama-sama kita baca artikel ini tentang keistimewaan logam bernama EMAS ini…insyaAllah.

Emas atau nama saintifiknya dalam jadual berkala kimia adalah Aurum atau simbolnya Au. Secara saintifiknya ia tidak akan teroksida atau secara mudahnya ia tidak akan berkarat. Oleh sebab itu ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik tetapi oleh sebab ia sangat mahal, wayar elektrik yang digunakan sekarang ini hanya tembaga. Tetapi masih ada alat elektronik memerlukan emas sebagai kompenannya seperti IC dan juga processor komputer kita tetapi kuantitinya terlalu kecil.

Secara ringkasnya, emas adalah istimewa kerana ia:

1. Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.

Ianya boleh ditukarkan kepada mana-mana matawang di dunia ini. Tidak kiralah orang itu dari apa latarbelakang pun, bangsa apapun, negara manapun, asalkan dia waras, apabila diberi emas, pastinya orang itu tidak akan menolak.

Emas tulen biasanya dilahirkan dengan sijil yang menunjukkan keaslian dan ketulenannya. Oleh sebab itu, ianya adalah logam yang diyakini dan diterimapakai oleh semua kerana emas tidak boleh dipalsukan dengan mudah.

2. Mempunyai nilai intrinsik

Nilai intrinsik ialah nilai yang tersendiri. Maksudnya, tanpa ada apa-apa arahan penguatkuasaan undang-undang mana-mana bank pusat ke atasnya seperti wang kertas, emas tetap bernilai. Warnanya yang keemasan berkilau, merupakan satu logam yang cantik untuk dipandang. Disebabkan itu, ianya merupakan bahan utama barang perhiasan wanita. Justeru itu, nilai intrinsiknya sangat tinggi dan bernilai. Kerana nilai intrinsiknya yang tinggi ini, maka emas merupakan logam penyimpan nilai yang terbaik sekali.

3. Tidak boleh dibinasakan

Wang berjuta ringgit boleh terbakar begitu sahaja dalam sebuah kebakaran. Rumah banglo mewah boleh musnah dalam kes hakisan tanah runtuh dilereng bukit seperti di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Tanah ditepi pantai dimakan dan dihakis ombak laut setiap hari. Walaubagaimanapun, tidak seperti wang kertas atau harta benda aset kita yang lain, emas merupakan logam yang tidak boleh dimusnahkan. Ianya boleh dileburkan pada suhu yang sangat tinggi untuk dibentuk kembali, namun ianya sama sekali tidak boleh dimusnahkan dengan mudah.
(p.s: suhu peleburan emas adalah melebihi 1065 darjah celcius)

4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil

Emas yang dipatahkan kepada beberapa bahagian pun ia tetap bernilai. Sebagai contoh, sekiranya jongkong emas 1kilogram dipatahkan dua kepada 2 bahagian 500gram. Setiap 500gram itu akan bernilai separuh dari nilai 1 kilogram. Sebaliknya, berbeza pula dengan wang kertas RM100 apabila digunting 2. Tentulah setiap bahagian tidak boleh memberikan nilai separuh nilai RM100 tadi iaitu RM50. Malah, not kertas yang dipotong tadi menjadi tidak lagi bernilai sesen pun untuk urusniaga.Emas walaubagaimanapun tetap bernilai walau seberapa banyak bahagian pun anda pecahkan, malah emas dalam bentuk serbuk sekalipun tetap bernilai dan diterimapakai di mana sahaja di dunia ini.
(p.s: anda mungkin boleh cuba mencantum wang kertas yang terkoyak atau terputus dua, namun ianya hanya laku apabila ada orang yang masih ingin menerimanya tanpa keraguan, tetapi kebarangkalianya agak kecil)

5. Tidak boleh dicipta

Emas merupakan logam semulajadi yang dicipta tuhan, maka ianya bukanlah boleh dicipta dengan mudahnya secara sintetik dan sebagainya. Logam asli ini dengan kata lain tidak boleh dicipta ata dicetak dengan sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti intitusi Federal reserve atau mana-mana Central Banks. Berlainan dengan wang kertas fiat yang dicetak dengan banyaknya setiap hari oleh mereka. Dengan bermodalkan kurang beberapa sen kos percetakan wang kertas, beratus-ratus juta wang kertas dihasilkan setiap hari menjadikan inflasi dunia kian menular dengan teruknya.

6. Price to weight ratio yang tinggi

Harga nilaian emas adalah sangat tinggi mengikut pernisbahannya. Jadi pembelian atau pembayaran sesuatu urusniaga menggunakan emas sangat efektif. Secara mudahnya, sistem barter yang baik adalah dengan menukarkan emas dengan barang-barangan lain atau perkhidmatan, kerana ianya tidak memerlukan jumlah gram yang terlalu tinggi untuk sesuatu urusniaga itu. Malahan, jika dilihat pada trend sekarang ini, semakin hari semakin sedikit gram emas yang diperlukan untuk sesuatu urusanniaga, sebagai contohnya kos megerjakan haji dilihat semakin berkurang setiap tahun dalam kiraan nilaian dinar emas.

7. Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

Selain ianya menjadi pelindung serangan inflasi, emas juga merupakan suatu aset yang sangat baik untuk pelaburan. Jika dilihat pada harga emas dunia yang dipaparkan oleh KITCO setiap hari (sila klik), peratus keuntungan emas telah meningkat hampir 458% semenjak tahun 2000 sehingga 2010. Ini menunjukkan bahawa, secara puratanya, pelaburan emas telah menghasilkan peratus keuntungan lebih 46% setahun. Ini bermakna, sekiranya anda menyimpan RM100,000 nilaian emas pada tahun 2000, maka nilai emas anda adalah sebanyak RM4.4 JUTA pada tahun 2010. Jika dibandingkan dengan mana-mana pelaburan lain yang selamat seperti unit amanah saham ASB/ASN, bank FD, ataupun insurans, sudah semestinya, pelaburan emas adalah yang memberikan pulangan tertinggi dan selamat antara semua pelaburan lain.

edit-
institutemas.blogspot.com