KEMAMAN – “Saya sangkakan peti besi rentung dan kesemua barang kemas di dalamnya hangus,” kata pemilik Kedai Emas Nik & Pa, Muhammad Shahrir Faizuddin Hamzah, 30, yang nyaris-nyaris kerugian lebih RM200,000 setelah kedainya itu terbakar, awal pagi semalam.
Tindakan pantas pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengelakkan premisnya di deretan kedai bersebelahan Stesen Bas Chukai di Jalan Sulaimani, Chukai, di sini, daripada musnah dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu.

Shahrir bersyukur kerana barang kemas yang disimpan dalam peti besi tidak dimamah api

Shahrir bersyukur kerana barang kemas yang disimpan dalam peti besi tidak dimamah api

Promosi terbaru barang kemas di pasaran dapatkan disini
View Promosi

Menurut Shahrir, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur di rumahnya di Geliga dan tidak menyedari berpuluh panggilan telefon yang diterimanya termasuk daripada pelanggan yang menyaksikan premisnya marak terbakar.

“Jam 2 pagi baru saya tersedar dan lihat banyak panggilan tidak dijawab pada kedua-dua telefon bimbit saya. Lepas tahu kejadian itu saya bergegas ke kedai.

“Sepanjang perjalanan saya hanya terbayang peti besi rentung dan kedai musnah.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

“Namun sangkaan saya meleset.. apabila sampai di kedai, hanya 20 peratus struktur kedai iaitu di bahagian pintu, dinding, siling dan bumbung sahaja hangus dan api tidak sempat merebak ke bahagian almari pameran kaca serta peti besi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Peti besi berkenaan tersimpan 200 barang perhiasan emas termasuk rantai, gelang, cincin serta barangan perak yang dianggarkan bernilai RM200,000.

Katanya, kecekapan anggota bomba memotong kunci mangga untuk membuka kedainya itu dan menyembur air di bahagian siling menyelamatkan kedai emasnya daripada hangus sepenuhnya.

“Kalau api  tak padam mungkin akan merebak kesemua enam kedai iaitu tiga kedai runcit, sebuah kedai fotostat dan sebuah kedai aksesori kunci di sekeliling bangunan ini,” katanya sambil memuji kerja keras yang dilakukan pasukan bomba dalam memadamkan api.

Sementara itu, pengurus kedai emas itu, Azrai Roslan, 18, berkata, kerugian yang mereka tanggung akibat kebakaran itu berjumlah lebih kurang RM15,000 kerana mereka perlu membaik pulih struktur kedai yang rosak selain perlu membuat pendawaian elektrik yang baru.