Kedai Emas Rugi RM300,000 Disamun Enam Lelaki Bersenjatakan Parang

parang

JOHOR BAHARU: Sebuah kedai emas di Jalan Sagu 3, Taman Daya, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun enam lelaki bersenjatakan parang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian itu berlaku 8.57 pagi ketika kedai terbabit baru memulakan operasi perniagaan setengah jam sebelum itu.

“Tiba-tiba, enam lelaki berjaket hitam, bersenjatakan tiga parang serta memakai topi keledar berpenutup muka dikatakan menyerbu masuk ke kedai terbabit lalu memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan dua tukul,” katanya ketika dihubungi.

Sulaiman berkata kejadian berlaku dalam tempoh kurang tiga minit dan kesemua suspek kemudian dipercayai melarikan diri bersama barangan kemas terbabit dengan menaiki beberapa buah motosikal.

Beliau berkata terdapat lima pekerja di dalam kedai terbabit, namun, kesemua mereka sempat menyembunyikan diri di dalam bilik keselamatan di bahagian belakang kedai dan membunyikan alat penggera.

Katanya anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang bertugas di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi terbabit sebaik sahaja mendengar bunyi penggera tetapi gagal mengesan suspek.

Sulaiman berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan bagi mengesan suspek.

sumber – www.mstar.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>