Anggota polis sedang menjalankan siasatan selepas kejadian samun di Jalan Tok Hakim semalam.
KOTA BHARU – Sebuah kedai emas disamun tiga lelaki yang memakai topi keledar dengan bersenjatakan kapak dan parang di jalan Tok Hakim di sini petang kelmarin.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniKejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang itu menyebabkan pemilik premis terbabit mengalami kerugian kira-kira RM 200,000.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dalam kejadian itu, tiga suspek terbabit masuk ke dalam kedai emas berkenaan tanpa membuka topi keledar lalu terus memecahkan meja kaca yang mempamerkan beberapa utas rantai dan barang kemas dengan menggunakan senjata tajam yang dibawa.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Dipercayai ketiga-tiga suspek berbangsa Melayu, melakukan rompakan terbabit tidak lebih dari lima minit dan terus melarikan diri dengan barangan kemas yang dirompak.
“Suspek berkenaan, turut meninggalkan sebilah kapak di dalam kedai emas itu, namun sempat meloloskan diri dengan parang yang turut digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di kawasan kejadian.
Azham berkata, gerakan memburu ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan bagi mengesan mereka yang masih bebas.
“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan terhadap kes ini memandangkan ketika kejadian itu, terdapat lima pekerja di dalam kedai berkenaan yang diarahkan berdiam diri ketika rompakan berlaku.
“Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata,” katanya.
Sementara itu menurut saksi kejadian yang bekerja di kedai permainan video berhampiran kedai emas berkenaan, Sarah Nik Mod, 20, dia melihat kelibat ketiga-tiga suspek meninggalkan motosikal di lorong sempit berhampiran kedai tempat dia bekerja.
“Mereka berjalan betul-betul di hadapan kedai ini dengan membawa sebilah parang dan kapak dan saya terkejut melihat kedaaan itu, lalu mendiamkan diri.
“Apa yang saya nampak, kelakuan mereka memang mencurigakan dan kelibat mereka memang jelas dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai ini,” katanya.