emas robert kuok

Kapal persiaran emas milik Malaysia

emas robert kuok

Berapa buah laman web akhbar telah membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion). Kat bawah ni gambar kapal tersebut.

Promosi terbaru barang kemas di pasaran
Buy At Shopee

GAMBAR KAPAL LAYAR BERSALUT EMAS YANG TERMAHAL DI DUNIA
Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Robert Kuok. Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).
Bagi mereka yang tidak tahu, Tan Sri Robert Kuok merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia. Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.
GAMBAR KAPAL LAYAR BERSALUT EMAS YANG TERMAHAL DI DUNIA
Kapal mewah ini mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan dimana keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.
GAMBAR KAPAL LAYAR BERSALUT EMAS YANG TERMAHAL DI DUNIA
Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.
GAMBAR KAPAL LAYAR BERSALUT EMAS YANG TERMAHAL DI DUNIA
Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>