Jongkong Emas, Perak dan Platinum tiada GST

gambarposPelaburan untuk logam berharga (IPM) yang terdiri daripada jongkong emas, perak dan platinum adalah di bawah pembekalan yang dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Abd Razak Mohd A Kadir berkata, jongkong emas terutamanya yang diperluaskan kepada pembekalan dikecualikan GST adalah yang mendapat akreditasi London Bullion Market Association (LBMA).

ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

“Di Malaysia, nilai dagangan pasaran IPM ialah RM10 bilion setahun dan 90 peratus daripadanya adalah jongkong yang diakreditasi LBMA manakala hanya 10 peratus yang ditempa tempatan,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan pertama persatuan itu di sini, semalam.

Bagaimanapun, hanya 10 peratus daripada dagangan emas di Malaysia dalam bentuk IPM manakala 90 peratus dalam bentuk barang kemas yang tertakluk kepada GST pada kadar enam peratus mulai 1 April ini.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

MGA ialah sebuah persatuan baru ditubuhkan untuk mewakili organisasi dan persatuan berkaitan industri logam berharga termasuk perlombongan, penapisan, penempaan, perdagangan, tukang barang kemas, pajak gadai, logistik berkaitan industri, kewangan dan institut penyelidikan.

Setiausaha MGA, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, persatuan itu mengadakan beberapa sesi dialog dengan kerajaan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung isu GST yang membabitkan industri.

Beliau berkata, antara aktiviti persatuan dalam tempoh terdekat ialah membuat susulan ke atas isu GST, terutamanya membolehkan jongkong yang ditempa tempatan di bawah pembekalan dikecualikan GST dan mencadangkan kepada kerajaan model GST untuk barang kemas.

“Bagi barang kemas, kami harap kerajaan akan mempertimbangkan model sama dengan Turki apabila GST hanya dikenakan ke atas nilai tambah seperti kos buruh, reka bentuk dan sebagainya, tetapi bukan pada nilai emas,” katanya.

MGA – Razak (Habib, Arrahnu Pos), Louis Ng (Public Gold)

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>