Info Ketulenan Emas

*Secara umum nya emas ada beberapa kategori atau tahap ketulenannya iaitu 24k, 22k, 18k, 14k dan 10k.

 

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

(gambar hiasan)

Emas 24K : Ini adalah emas yang paling tulen dengan ketulenan 999.9%. Warnanya kuning terang, sangat lembut dan yang paling mahal harganya. Ia tidak megandungi campuran logam lain. Oleh kerana ia adalah logam yang sangat lembut, jadi agak jarang sekali emas 24K ini digunakan untuk membuatbarang kemas. Kalau nak beli biasanya org akan beli dalam bentuk bar atau jongkong seperti gamba di atas.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

 

(gambar hiasan)

Emas 22K : Emas ni adalah emas 24K yang telah dicampurkan dengan 8.4% logam lain seperti aloi, perak atau tembaga. Inilah yang menjadikannya Emas 9.16 (22K). Emas ini biasanya digunakan untuk membuat barang kemas perhiasan di Malaysia. Angka 22 tu bermaksud 22 bahagian emas di tambah 2 bahagian logam lain ( menjadikannya 24 bahagian).

 

(gambar hiasan)

Emas 18K : Bermaksud daripada 24 bahagian, 18 bahagian adalah emas dan 6 bahagian adalah logam lain menjadikannya ketulenannya 75%. Emas ini lebih keras tapi lebih senang dibentuk dan Warnanya masih lagi kekuningan. Masyarkat Eropah lebih menyukai emas ini kerana ia kelihatan lebih mewah dan kukuh apabila digabungkan dengan batu permata atau berlian.

 

(gambar hiasan)

Emas 14K : Emas ini mengandungi 58% ketulenan sahaja ( 14 bahagian emas + 10 bahagian logam lain). Ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sama juga seperti emas 18K, ia kelihatan lebih cantik apabila digabung dgn batu permata. Emas ini disukai oleh orang Amerika.

 

(gambar hiasan)

Emas 10K : Ini adalah emas yang paling rendah ketulenannya kerana hanya mengandungi 10 bahagian emas daripada 24. Tetapi ia masih lagi boleh dipanggil emas. Amerika telah meletakkan yang emas 10K ini adalah emas yang paling rendah campuran emasnya yang masih boleh dipanggil emas. Maknanya, kalau emas tu ada 9 bahagian emas saja daripada 24 bahagian, ia dah tak boleh dipanggil emas.

 

 

 

 

One thought on “Info Ketulenan Emas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>