Hukum berhutang emas

Hukum meminjamkan/hutang piutang emas adakah termasuk dalam termasuk riba

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

PERTANYAAN

Pernah saudara mahu pinjam wang tetapi wang tiada, cuma ada emas sahaja untuk di gadaikan dan setelah lunas perhiasan di kembalikan kpd saya. Bgm hukumnya bagi saya ,apakah saya menjalankan riba ?

Muhammad Ulil

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

JAWAPAN

Memberi pinjaman atau hutangan pada orang yang memerlukan itu sunnah. Allah berfirman dalam QS Al-Baqarah 2:245:

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Artinya: Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadits sahih riwayat Muslim:

من نفّس عن مُؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة، ومن يسّر على معسر يسّر الله عليه في الدنيا والآخرة، ومن ستر مسلماً ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

Ertinya: barangsiapa memberi pinjaman/hutang kepada sesama muslim, maka ia akan mendapat pertolongan Allah baik di dunia maupun kelak di hari kiamat.

Memberi hutangan itu hukumnya sunnah. Adapun berhutang itu hukumnya boleh (mubah).

Segala barang yang boleh dijual, maka ia boleh dihutangkan (كل ما صح بيعه صح قرضه). Oleh karena itu, meminjamkan emas hukumnya boleh.

Satu hal yang juga perlu diketahui dalam masalah hutang piutang yang syar’i adalah si penghutang (al-muqridh) tidak boleh mensyaratkan bunga atau manfaat tertentu dalam pengembalian hutang. Jadi, kalau meminjamkan emas 10 gram, maka kembaliannya 10 gram. Tidak boleh lebih kerana hal itu disebut riba.

Akan tetapi, kalau ternyata orang yang hutang memberi lebih dari jumlah hutang atas dasar suka rela, hal itu dibolehkan. Bahkan itu sunnah.
(الإحسان في القرض مستحب إن لم يكن شرطاً كأن يقرضه من الإبل بكراً فيعطيه بدله رباعياً؛ لأن هذا من حسن القضاء ومكارم الأخلاق)

One thought on “Hukum berhutang emas”

  • Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda? anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil, mencari lagi kerana kami memberi pinjaman pada kadar yang mula daripada 2%, hubungi kami melalui e-mel syarikat:

    [email protected]

    Tuhan merahmati kamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>