Harga Emas di Malaysia : Siri 3

315699_308681889249650_553206616_n

Adalah disarankan agar pembeli membuat analisa dan penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan apakah pilihan terbaik untuk pelaburan atau pembelian yang ingin dilakukan. Jangan mudah terpengaruh dengan apa jua pengiklanan atau desakan sebelum membuat penyelidikan sendiri. Zaman ini kebanyakan maklumat berada dihujung jari, jadi amat mudah untuk pembeli membuat perbandingan. Justeru penjual yang tidak berkongsi maklumat seperti harga produk yang dijual di laman web mereka bolehlah dianggap tidak telus dan tidak prihatin.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Pembeli juga perlu membuat bandingan secara “apple-to-apple”. Contohnya perbandingan yang tepat ialah membandingkan harga emas jongkong 50g 999.9 (24k) dengan emas jongkong yang lain pada berat dan ketulenan yang sama.

Jangan sekali-kali membandingkan harga per gram emas 999 (24k) dengan harga per gram emas 916 (22k), dan juga jangan membandingkan harga per gram emas jongkong 50g dengan harga per gram emas jongkong 5g. Seperti yang telah dimaklumkan dalam siri sebelum ini, ketulenan berbeza dan denominasi yang berbeza membawa kepada premium yang berbeza.

Begitu juga dengan jenama. Setiap jenama meletakkan premium yang berbeza-beza untuk produk-produk keluaran mereka. Antara jenama-jenama besar yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) di dalam “Good Delivery List” ialah PAMP, Perth Mint, Valcambi, Argor-Heraeus, Istanbul Gold Refinery, Johnson Matthey, Metalor, Umicore, OPM, dan lain-lain.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Pembeli juga perlu memberi perhatian terhadap harga emas yang ditawarkan dalam bentuk buku simpanan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan (i.e : Gold Saving Passbook Account (GSPA), Gold Investment Account (GIA), dll). Ini kerana apabila pembelian tidak dibuat dalam bentuk fizikal, pembeli tidak mempunyai pilihan selain menjual kembali emas yang dibeli kepada institusi-institusi kewangan terbabit.

Contohnya pembelian emas yang dibuat melalui Gold Saving Passbook Account di Maybank hanya boleh dijual kembali ke Maybank. Ianya tidak boleh dijual kepada pembeli lain atau ke bank-bank lain seperti CIMB atau Public Bank.

Perlu diingatkan, institusi-institusi kewangan terbabit mempunyai kawalan penuh sama ada untuk menaikkan atau menurunkan harga jualan dan harga belian semula. Pembeli tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan menerimanya. Justeru pembeli terdedah kepada kawalan harga oleh para penjual yang tidak menawarkan pembelian emas dalam bentuk fizikal.

Walau bagaimanapun, masalah di atas boleh dielakkan sekiranya pembeli memiliki emas dalam bentuk fizikal kerana emas dalam bentuk fizikal boleh dijual semula dengan mudah kepada orang lain atau kepada mana-mana kedai dan syarikat yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Mesej penting di sini ialah emas fizikal tidak terdedah pada risiko kawalan atau manipulasi harga oleh mana-mana penjual yang tidak menawarkan emas dalam bentuk fizikal.Mungkin pembeli akan dimaklumkan bahawa institusi-insitusi kewangan yang menjual emas melalui buku-buku simpanan juga menawarkan emas fizikal sekiranya pembeli mahu. Benar, sekiranya ini berlaku pembeli harus memasukkan pertimbangan-pertimbangan di bawah dalam kos pembelian:

  1. Premium yang dikenakan untuk emas fizikal yang diminta (contohnya setiap 100g yang dikeluarkan dari buku simpanan, premium atau caj untuk jongkong emas terbabit ialah RM 200). Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  2. Kos transaksi / kos pemprosesan yang dikenakan untuk proses pengeluaran tersebut. Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  3. Syarat denominasi minimum pengeluaran emas fizikal. Kebanyakan institusi-institusi kewangan yang menjual emas berbentuk buku simpanan menetapkan denominasi minimum sebelum pengeluaran berbentuk fizikal layak diproses. Contohnya pengeluaran berbentuk fizikal hanya boleh dibuat untuk berat 100g. Justeru sekiranya pembeli mempunyai emas sebanyak 150g di dalam buku simpanannya, dia hanya boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 100g sahaja dari buku simpanannya dan baki 50g lagi hanya boleh dikeluarkan sekiranya pembeli menjualnya kembali kepada bank terbabit.

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>