Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas

63968_175188385842103_174685805892361_515248_1487934_n (1)

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent .

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k).

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k) atau 999.9 % emas.

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

51.Emas di dalam bentuk debu sekalipun ianya tetap berharga

52. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

53. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

54.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

55.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

56. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

57.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

58.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

59.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

60.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim .

61.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

62. Kijang Emas Malaysia, pertama kali dicetak pada bulan Disember 2000 oleh Royal Mint Malaysia. Malaysia adalah negara ke-12 di dunia yang mengeluarkan syiling emas sendiri dan bergabung dengan jajaran emas Maple Leaf Gold Kanada, Amerika Gold Eagle, Australia Gold Nugget, dan Afrika Selatan Krugerranh .

63. Emas boleh ditemui disetiap benua yang ada di bumi dan ini termasuklah di Benua Artik dan juga Antartika.

64. Perlombongan pertama yang telah direkodkan ialah di Nubia ataupun Mesir iaitu 4,400 tahun yang lampau

65. Pada bulan Mac tahun 2008, harga emas telah melepasi USD 1,000 untuk pertama kalinya bagi satu aun atau 31.105gm.

66. Perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu ‘gold’ dikatakan mungkin berasal daripada bahasa terawal Eropah Indo-Asia seperti ‘ghol’ ataupun ‘ghel’ yang bermaksud kuning, hijau ataupun bercahaya.

67. Orang-orang Indian Amerika percaya dengan memakan emas boleh menyebabkan
mereka terbang .

68.Untuk menghasilkan hanya 1 aun emas, sebanyak 4,000 gelen air diperlukan.

69. Suhu 1064.43 darjah Celcius diperlukan untuk melebur emas.

70. Sebanyak 30tan bijih perlu dikeluarkan terlebih dahulu hanya untuk menghasilkan satu aun emas.

71. Satu aun emas boleh ditukar menjadi selembar benang sepanjang 50 batu.

72. Kubah Masjid Al Aqsa dilitupi sepenuhnya sengan daun-daun emas.

73. Dunia kita lebih banyak menghasilkan besi bagi setiap jam daripada ia menghasilkan emas sejak manusia mengumpulnya.

74. Sejak tahun 1910, lebih 3/4 daripada emas yang dikeluarkan didunia telah di gunakan.

75. Satu aun emas juga boleh diketuk menjadi dekeping emas berkeluasan 15 meter persegi.

76. Selain daripadatembaga,emas adalah satu lagi bahan logam yang manusia telah temui sejak 5,000 tahun yang lampau.

77. Sejak sekian lama, para ahli kimia telah berusaha untuk menukar bahan logam biasa kepada emas tetapi hanya dengan penemuan Nuklear pada zaman moden sahaja mereka mampu melakukannya namun kos untuk melakukannya melebihi nilai sebenar emas yang dikeluarkan.

78. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung. Bak kata guru ku Syukor Hashim, “Beli emas-untung, jual beli emas-untung ,beli emas lepas tu ngangah pun-untung jugak.kalau kena dengan caranya lah.”

79. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.

80. Kadangkala, ada peluang yang datang dekat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.

81. Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

82. Sesiapa yang memiliki emas,.tentunya ia memiliki eset lain.Kenapa tak percaya…kalau ada duit beli aje emas .

83. Bagi kita rakyat Malaysia, dengan emas, berbagai perkara dan tujuan boleh dilakukan antaranya :

  • Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang).
  • Sebagai pelaburan – untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
  • Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
  • Hantaran kahwin

84. Harga emas akan terus naik. Ia bukan macam duit fiat yang kita bangga-banggakan. Dengan adanya emas tidak akan berlaku inflasi.

85. Semakin jatuh nilai USD, maka semakin melonjak harga emas. Dengan ekonomi yang meleset kini, menyimpan emas sememangnya satu langkah yang tepat.

86. Emas tidak pernah tidak laku.Cuba tengok kedai emas, orang tak beli emas pun muka tokey emas tu.. “Muka masih atak senyum ma. Apa meliaga ada gelenti untong punye ..? Meliaga ematla atak tau ka?! ” (Meniaga emaslah tahu ke tidak ?!) .”

87. Jadikan simpanan emas menggantikan simpanan tetap dalam bank. Katakanlah kita simpan emas 20 tahun, anggaran kenaikan 25% setahun. Agak-agak berape tu kalau simpan 20 tahun? Pakcik Kayo..!

Akhirkata saya harap sesiapa yang membaca fakta tentang emas ini dari awal hingga akhir dapatlah sedikit ilmu tentang emas ni ,teruskan mencari jangan henti mencari ilmu tentang Emas ini.Akan tetapi ilmu yang baik dan bermanfaat itu adalah ilmu yang dapat di amalkan oleh kita semua umat dunia ini, ilmu bukan hanya untuk dihafal sahaja tapi untuk di amalkan jua betul dak? Mulalah sekarang , ada duit belilah emas mulakanlah walaupun dengan 1gram .

Susunan Ibnu Marzuq.

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.  asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

One thought on “Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>