Emas Pilihan Paling Selamat Untuk Pelabur

Dato’ Salleh Majid dalam rencana mingguannya menyarankan koperasi melabur emas untuk manfaat koperasi dan ahli-ahli koperasi yang berjumlah 6.6 juta di akhir Disember 2010 di seluruh negara dengan jumlah aset berjumlah RM71.7 bilion. Bagi ahli koperasi yang hendak membeli emas pada masa ini berharga RM200 satu gram mungkin rumit kepada sesetengah orang. Skim pinjaman pembelian emas boleh diatur oleh koperasi, di mana ahli membeli emas melalui pinjaman dan pihak koperasi menyimpan emas yang dibeli sebagai cagaran. Ahli dikenakan sedikit upah menyimpan oleh koperasi.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Kebanyakan koperasi hanya memberikan pinjaman kepada ahlinya. Dengan pelaburan emas ini, ahli koperasi masih boleh meminjam daripada koperasi. Bezanya ahli mendapat manfaat kerana pinjamannya berasaskan emas yang disimpan sebagai cagaran. Ahli mendapat faedah daripada kenaikan harga emas. Koperasi yang melabur emas juga mendapat manfaat daripada kenaikan harga emas.

Walaupun diakui ada masa-masanya harga emas juga akan turun tetapi secara keseluruhannya dalam masa 5 tahun yang lalu, harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus. Emas diakui sebagai satu-satunya tempat yang selamat oleh pelabur apabila berlaku keruntuhan pasaran saham dan ekonomi yang tidak menentu.

Kalau kita mengimbas keadaan ekonomi di Amerika dan Eropah kita akan dapati Amerika masih bergelut dengan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pemulihan ekonominya. Hutang mereka yang tinggi sama banyaknya dengan jumlah KDNK negara tersebut iaitu AS$14.3 trilion hutang berbanding dengan KDNK bernilai AS$14.66 trilion. Keputusan menaikkan had hutang sebanyak AS$2.3 trilion untuk 10 tahun akan datang tercapai dengan begitu susah payah. Keputusan ini dilihat tidak banyak mendatangkan penyelesaian kepada masalah ekonomi Amerika.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

Penurunan kadar kredit Amerika daripada AAA kepada AA+ memburukkan lagi keadaan. Walaupun keputusan S&P itu dipersoalkan, pelabur telah tergamam dengan penurunan tersebut. Ekonomi terbesar di dunia diturunkan penarafannya adalah suatu tamparan hebat.

Eropah juga masih bergelut dengan krisis hutang euronya. Beberapa negara di sana seperti Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol menghadapi masalah defisit. Terbaru ialah Itali. Kini kebimbangan beralih kepada Perancis disebabkan oleh bank-bank mereka telah terdedah dengan pinjaman kepada Greece dan Jerman telah menunjukkan pertumbuhan yang jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan iaitu 0.8% untuk penggal kedua. Banyak harapan diletakkan di kedua-dua negara ini tetapi sekarang kebimbangan pelabur terserlah dengan kejatuhan pasaran saham di benua tersebut.

Kegagalan Perancis dan Jerman mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan krisis hutang euro ini membangkitkan semula kebimbangan pelabur.

Apa yang dapat kita rumuskan ialah suatu keadaan ekonomi kepada sesebuah dunia yang begitu lemah dan kita sendiri tidak akan terkecuali tempiasnya. Ekonomi kita akan mengalami pertumbuhan yang lebih rendah daripada dijangkakan dengan kadar inflasi terus meningkat.

Satu-satunya syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas berketulenan 999.99 ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai. Bermula dari kesedaran pentingnya emas sebagai sokongan ekonomi kepada sesebuah organisasi atau negara, Serambi Emas mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat agar peka terhadap pentingnya emas dalam kehidupan. Serambi Emas juga memberikan khidmat nasihat pengurusan emas sebagai aset secara percuma bagaimana menjana keuntungan dari simpanan emas dan peluang perniagaan serta kerjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>