Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

emas-kelantan-mutu-terbaik

KLANG – Faktor upah dan pelbagai kos lain menyebabkan harga emas melambung tinggi dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain di Selangor.

Koleksi Barang Kemas Terbaru Di Pasaran
Buy at Shopee

Peniaga emas, Siti Hamimmah Mohd Amin, 40, berkata, kebanyakan perniagaan emas Bumiputera di negeri ini didominasi peniaga yang berasal dari Kelantan.

“Kebanyakan mereka mengambil emas dari Kelantan memandangkan tukang emas yang bertindak mereka dan membentuk emas beroperasi di sana.

“Kos upah membentuk barangan kemas adalah tinggi dan disebabkan itu harga barangan kemas lebih dari yang disangkakan.

Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00 Untuk Bermula
Buy At Hellogold

“Namun begitu, harga yang dikenakan bagi setiap reka bentuk barangan kemas adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz dan coraknya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedai emas kakaknya, semalam.

Menurutnya, kos penghantaran dan sewa kedai turut mendorong kedudukan harga emas.

“Di Selangor, kos sewa kedai adalah tinggi…jika kedudukan kedai emas itu dalam pasar raya atau di lokasi tumpuan ramai, harga emasnya lebih mahal.

“Apatah lagi bila barang kemas itu melalui proses penjenamaan hingga ia terkenal sebagai barangan kemas ‘branded’ dan dikenali umum.

“Proses penjenamaan itu juga meliputi pelbagai kos termasuk kos periklanan di media massa dan elektronik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengakui perbezaan antara barangan kemas berjenama dan biasa tidak banyak bezanya.

“Kualiti dan reka bentuknya hampir sama cuma syarikat yang mengeluarkan barangan kemas itu mempunyai nama yang tersohor dan dikenali ramai.

“Malah kedudukan kedainya juga di lokasi tumpuan ramai serta mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga, Ruzaini Mohd Amin, 46, berkata, setiap negeri mempunyai persatuan masing-masing dan di negeri ini persatuan meletakkan harga emas 916 ialah RM170 bagi setiap satu gram.

“Terdapat segelintir peniaga meletakkan harga lebih murah daripada harga berkenaan.

“Jadi di situ berlaku perbezaan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain…namun begitu pembeli harus bijak dengan menilai kualiti barangan kemas yang dibeli.

“Memang harganya murah namun adakah kualitinya sama dengan kedai emas lain?,” soalnya.

Katanya lagi, dalam kebanyakan emas di negara ini, emas dari Kelantan disifatkan terbaik dari segi kualitinya.

“Emas 999 yang digelar emas 10 (24 karat) disifatkan emas terbaik di sana namun begitu di sini emas 916 (22 karat) paling popular dan mendapat tempat.

“Jangan mudah tertipu bila membeli emas menerusi promosi yang tidak masuk akal.

“Emas mahal harganya…jika diskaun yang diberi terlalu banyak…itu bermaksud kualiti emas itu tidak setanding dengan emas yang sebenarnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>