Emas Itu Khas Untuk Wanita

394055_640592412633716_630600593_n2

Dari merisik, bertunang kemudian ke saat perkahwinan memerlukan penggunaan emas sebagai medium perantara hubungan lelaki dan wanita. Ianya juga merupakan tanda sayang dari pihak lelaki ke pihak wanita, bagi semua masyarakat emas digunakan sebagai tanda bahawa wanita itu sudah dimiliki oleh si lelaki. Bukan mudah untuk memilih barangan kemas kerana ianya bukan saja berbeza mengikut bentuk, berat malahan setiap negeri mempunyai harga tertentu untuk satu gram emas yang dijual.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Tahukah anda harga emas dipantau oleh satu persatuan yang memastikan setiap kedai yang menjual emas tidak meletakkan harga untuk satu gram emas dengan sewenang-wenangnya. Mereka dikenali sebagai Persatuan Tukang Emas dan Permata Malaysia (Federal of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia) dan semua ahli berdaftar dengan persatuan ini perlu mematuhi harga asas yang ditetapkan oleh persatuan.

Di Malaysia, harga emas bagi sesuatu produk itu ditentukan oleh beberapa faktor seperti kadar upah, kos pengangkutan serta kandungan emas itu sendiri. Anda mesti pernah tertanya-tanya mengapa perbezaan ini berlaku walaupun pada dasarnya mereka menggunakan harga asas emas yang sama bukan. Disebabkan oleh faktor-faktor yang disebutkan, harga untuk setiap produk emas berbeza-beza mengikut kedai dan tempat atau negeri yang ingin dibeli.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

Sebelum membeli barangan kemas terutama nya untuk pihak lelaki, untuk memastikan anda mendapat harga yang berpatutan untuk barangan kemas yang dibeli sebelum sesuatu upacara seperti merisik atau bertunang contohnya kerana kadangkala ini merupakan kali pertama anda menjejakkan kaki ke kedai untuk membeli emas. Ajaklah ibu atau saudara perempuan anda untuk menemani anda ke sana kerana mereka lebih mahir dengan rekabentuk atau harga emas terkini dan yang paling penting untuk sesi penawaran harga.

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Terdapat beberapa tips mudah untuk anda ikuti sebelum membeli barangan kemas, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

1. Emas Padat atau Tumpat

Pastikan sebelum membeli anda memilih barangan kemas yang padat dan tumpat atau dalam erti kata lain padu sebagai pilihan, ini penting kerana ia memudahkan proses penilaian ketulenan dilakukan jika anda mahu melakukan jualan balik atau pajakan. Untuk mengukur tahap ketumpatan sesuatu emas, Densimeter akan digunakan sebagai alat bacaan. Alatan ini tidak boleh membuat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang tidak padat atau kosong ditengahnya ataupun yang mempunyai batu permata. Barang kemas yang padat atau tumpat juga lebih kukuh dari segi strukturnya serta tahan lasak dan tidak mudah patah atau putus untuk barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan.

2. Emas 999 (24k) atau 916 (22k)

Barangan kemas yang dibuat daripada kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang kerana kandungan emasnya. Emas 999 yang mempunyai kandungan emas 99.9% ini jarang dibuat kerana ianya terlalu lembut untuk direkabentuk serta mudah melekuk. Untuk mengenali jenis emas manakah yang anda berminat untuk beli hanya periksa di bahagian belakang barang kemas tersebut kerana emas tulen akan ditempa dengan cop “999” atau
“916”. Petua : Untuk memastikan barang kemas itu tulen atau tidak, jika dibakar ia tidak meninggalkan kesan kehitaman pada permukaannya.

3. Elakkan membeli Emas Putih

Emas putih dijual pada harga platinum, platinum merupakan logam yang paling mahal dan harganya boleh menjadi lebih mahal daripada harga emas 999 itu sendiri. Kandungan emas dalam barangan emas putih ini adalah sebanyak 37.5% ke 75% sahaja dan selebihnya adalah campuran logam lain. Untuk mengenalpasti emas putih ini, anda boleh melihat dibelakang barangan kemas itu akan terdapat cop samaada “750” atau “375”. Emas putih memang cantik dipandang, apatah lagi dipakai di hari bahagia anda nanti. Cuma dari segi pelaburan atau jangka masa panjang harga emas putih akan jatuh sehingga 50% dari harga asal dan juga kualitinya.

4. Emas bertahtakan batu permata

Setiap wanita atau bakal pengantin mengidamkan barangan kemas yang bertahtakan batu permata sebagai barangan kemas mereka. Ini kerana rekabentuknya yang menarik dan setiap satu nya mempunyai keistimewaan sendiri. Tapi tahukah anda barangan kemas yang bertahtakan batu permata ini mempunyai nilai yang rendah untuk jualan balik. Jarang sekali barangan kemas dari emas 916 mempunyai batu permata ini kerana emas jenis ini tidak cukup kuat untuk memegang permata.

5. Resit belian

Untuk memastikan setiap barangan mempunyai nilai, adalah penting untuk anda menyimpan segala resit pembelian bukan hanya untuk barangan kemas ini sahaja malah barangan kegunaan lain. Resit bukan sahaja sebagai bukti pembelian malah untuk sesuatu barangan kadangkala, ianya merupakan kad waranti.

6. Kos upah

Sebelum membeli anda perlulah membuat perbandingan harga untuk kos upah kerana harga asas emas adalah sama dan yang membezakannya harga dari sebuah kedai ke kedai yang lain adalah kos upahnya. Jika tiada kos upah adalah lebih baik untuk sesuatu barangan kemas itu.

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
COD cheras / ke tempat anda.
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>