Duit & Matawang Bukanlah Penjamin Masa Depan

Salam sejahtera semua, saudara emas harap anda semua sentiasa sihat-sihat sahaja.

Post kali ini, saudara emas ingin mengajak anda semua untuk melihat tentang kertas yang kita selalu lihat, sentuh dan guna hampir setiap hari iaitu duit. Atau lebih tepatnya matawang negara kita iaitu Ringgit Malaysia atau RM. Saudara emas rasa, kalian tentu dah kenal sangat dengan RM ni kan. Jadi tak perlulah saudara emas ceritakan macammana nak gunakannya betul tak. Namun, disebabkan sejak kita semua dilahirkan ke dunia ini, celik-celik sahaja kita sememangnya dididik untuk menghargai wang kertas ini sebagai duit yang sebenar. Tetapi sejauh manakah kita faham akan erti duit yang sebenar?! Mari sama-sama kita kupas isu ini. =)

Duit atau wang seharusnya berfungsi sebagai:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Untuk pengetahuan semua, wang yang kita gunakan hari ini adalah wang fiat. Apa itu wang fiat? Maksudnya, duit kertas itu tidak disandarkan pada sesuatu yang bernilai yang solid seperti emas atau perak. Dalam sejarah matawang, wang kertas dulunya dicetak dengan bersandarkan emas. Sebagai contoh, RM 1 juta hanya boleh dicetak apabila ada emas di dalam rizab simpanan bank negara sebanyak RM1 juta. Jadi wang yang dicetak dan diedarkan untuk kita gunakan sehari-hari itu ada nilainya, iaitu sekiranya kita ada RM1000 kita sebenarnya memiliki sekian gram berat emas dalam nilai RM1000 di rizab simpanan bank negara.

Namun, dalam sistem wang fiat, duit kertas seperti US dollar, Euro, Pound, RM dan sebagainya hanya dicetak tanpa disandarkan pada emas atau perak di dalam rizab simpanan. Jika RM100,000 dicetak, ianya hanyalah atas angin. Wang kertas yang diedarkan diseluruh negara hanyalah bernilai apabila penguatkuasaan dibuat ke atasnya untuk ianya bernilai. Di Malaysia, wang kita hanya bernilai apabila Bank Negra Malaysia (BNM) menguatkuasakan serta memperakui wang itu bernilai dengan sekian-sekian nilainya. Baiklah, cuba sahabat-sahabat sekelian keluarkan sebarang wang kertas anda sekarang dan teliti pada not kertas tersebut. Pasti anda akan menemui ayat yang seperti berikut WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI dan BNM. Jadi kertas cetakan biasa akhirnya boleh bernilai 2, 5, 10, 50, 100 dan seterusnya. Kita semua menerima kertas-kertas tersebut bernilai disebabkan ia dikuatkuasakan untuk bernilai atau FORCED TO BE VALUED walaupun sebenarnya ia masih kertas cetakan biasa yang menelan kos cetakan kurang RM0.10 untuk satu-satu not tersebut.

Walaupun begitu, ianya tidak bermaksud bahawa wang kertas mempunyai nilai intrinsitk yang baik. Kita semua hanya percayakan penguatkuasaan semata-mata. Cuba bayangkan apa yang terjadi sekiranya BNM tidak lagi mengiktiraf wang-wang simpanan anda untuk bernilai?! sudah tentu ianya hanyalah akan sama seperti mana-mana kertas tisu atau perhiasan semata-mata. Mustahil ianya akan terjadi? tidak mustahil. Sebagai contoh, pasti anda masih ingat akan duit syiling RM1 seperti yang di bawah ini.

Duit syiling RM1 ini pernah digunapakai secara meluas di negara kita dahulu, sehinggalah BNM tidak lagi memperakui nilainya pada 7hb Januari 2005. Selepas tarikh itu, syiling ini telah menjadi kepingan-kepingan logam yang tiada nilainya kerana secara zahirnya duit ini tiada nilai intrinsiknya. Cuba bayangkan sekiranya seorang peniaga pasar malam yang ada sejumlah RM500 syiling RM1 ini selepas dari tarikh perakuan nilai tadi, bukankah dia telah rugi RM500?!.

Kiranya hal ini boleh berlaku ke atasnya, ia mungkin terjadi dengan wang kertas dan duit syiling kita yang lain suatu hari nanti. Saya masih ingat sewaktu ke Indonesia bersama teman-teman, ada seorang kawan saya yang pernah pergi ke sana beberapa tahun yang lepas, dan dia masih ada beberapa keping not rupiah, baki perbelanjaan terdahulu melancong ke sana. Namun, sayangnya, walau beberapa tahun sahaja tidak ke sana, sejumlah beberapa juta rupiah miliknya itu tidak boleh digunapakai lagi kerana kerajaan Indonesia telah memansuhkan not-not tersebut sebagai bernilai. Maka rakan saya ini telah rugi beberapa juta rupiah kerana masih memiliki wang tersebut. Rugi bukan?! Mujurlah jutaan rupiah, kalau kes yang sama berlaku di negara kita, jutaan ringgit tentulah sangat banyak. =)

Duit kertas adalah penyimpan nilai yang lemah dan tiada nilai intrinsik. Kelemahan matawang kertas terutamanya terhadap inflasi sangat ketara. Sebagai contoh anda memiliki RM10,000 pada tahun ini, dan 10 tahun yang akan datang ianya sangat berbeza. Ini kerana kuasa membelinya kian menyusut setiap hari, inikan pula 10 tahun kemudian. Oleh itu, matawang kertas yang kita simpan atau laburkan dalam bentuk wang kertas fiat ini adalah sangat lemah dan tidak menjamin masa depan.

Tetapi emas pula tidak begitu. Emas merupakan elemen kimia (Aurum) yang:

1. Secara semulajadi tidak boleh dimusnahkan.
Ianya hanya boleh dileburkan pada suhu yang tinggi tetapi tidak boleh dibakar dan dimusnahkan dengan mudah seperti mana-mana wang kertas.

2. Mempunyai nilai intrinsik yang sangat tinggi.
Kilauan emas yang cantik dan boleh dijadikan sebagai barang perhiasan wanita atau tidak, ianya tetap diterima oleh mana-mana kelompok masyarakat di mana-mana negara di dunia ini tidak seperti RM yang hanya diterima pakai di Malaysia. Sekiranya anda ke negara lain, anda perlu menukarkannya kepada matawang negara tersebut terlebih dahulu. (Bagaimana sekiranya anda ke negara yang pengurup kewangannya tiada duit ringgit?!)

3.Tidak boleh dicetak atau dicipta dengan banyak sesuka hati seperti wang kertas.
Disebabkan itu, emas adalah tahan inflasi. Untuk membeli seekor kambing sekarang, anda mungkin perlu berbelanja sebanyak sekitar RM550-700 dan nilainya sama seperti sekeping 1 dinar hari ini. Begitu jugalah 1400 tahun yang lepas, harga seekor kambing di zaman rasulullah adalah 1 dinar. Ini bermakna emas adalah matawang yangh kalis inflasi walaupun telah beribu tahun lamanya.

4. Tahan lasak dan kuning keemasannya tidak akan pudar selamanya.
Jadi, dari sini sudah tentu anda sedar bahawa matawang yang sebenar adalah emas dan bukan duit kertas fiat. Emas mempunyai ciri duit yang sebenar dan bukannya wang kertas. Tiada penguatkuasaan ke atas emas yang boleh mengatakan bahawa emas itu tidak diperakui nilainya sekiranya ianya tulen seperti apa yang berlaku pada duit kertas dan syiling oleh kerajaan. Jadi tukarkanlah wang kertas simpanan anda sekarang kepada emas. Beli emas sekarang sebagai pelindung kewangan anda. ‘Lock’ harga dan beli emas anda dengan saya sekarang.=)

institutemas.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>