Ciri-ciri Pelaburan Emas Yang Baik

1. Harganya Berpandukan Harga Sebenar Dunia (Realtime Price/Live Price).

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Pada setiap masa, harga BELI dan JUALAN SEMULA selaras dengan KENAIKAN dan PENURUNAN harga Emas yang didagangkan sepanjang 24 jam di pasaran antarabangsa. Bermakna penjual akan mengemaskini harganya sepanjang masa.

Lebih kerap penjual mengemaskini harga mereka, bermakna lebih hampir harganya dengan harga sebenar di pasaran antarabangsa dan hanya dengan cara ini anda dapat melakukan pelaburan berpandukan harga emas yang sebenar tanpa dimanipulasi oleh penjual.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Anda boleh melihat paparan harga emas dunia di laman web kitco.com atau goldprice.org.

2. Boleh Dibeli Dan Dijual Bila-Bila Masa.

Harga emas yang selaras dengan harga dagangannya spanjang 24 jam di pasaran antarabangsa hanya akan memberi kelebihan jika kita juga boleh membeli dan menjual emas yang dibeli sepanjang tempoh 24 jam juga.

Ini kerana sepanjang tempoh 24 jam itu harga emas akan bergerak naik dan turun, bererti kita juga akan berpeluang untuk membuat belian jika harganya turun, dan berpeluang untuk segera menjualnya kembali jika harganya naik semula pada hari yang sama.

Sebaiknya, elakkan membeli dari penjual yang hanya menetapkan tempoh-tempoh tertentu untuk berurusan kerana ia akan menyebabkan kita terlepas peluang membeli ketika harga rendah dan peluang menjual semula ketika harganya tinggi.

3. Kunci Harga Belian dan Jualan Semula (Price Booking/Price Locking).

Setakat ini belum ada penjual emas yang membuka perniagaannya berterusan 24 jam, yang ada hanya 7 Eleven.. : )

Tetapi ada penjual yang menawarkan perkhidmatan untuk urusan tertentu sepanjang masa 24 jam, dan biasanya ia melibatkan urusan membuat pesanan untuk membeli ataupun pesanan untuk menjual semula.

Contoh, saya ingin membeli emas sekarang ini, pada pukul 1 pagi kerana harganya rendah, jadi saya hanya perlu membuat pesanan dahulu untuk “Kunci Harga atau Locking Price”.

Esoknya baru saya akan pergi kepada penjual tersebut, membuat bayaran dengan harga sama yang saya telah Lock sebelumnya dan terus mengambil emas tersebut. Begitu juga untuk urusan jualan semula.

Jadi pastikan kita boleh melakukan Price Booking ketika membeli, dan juga Price Booking ketika menjualnya semula.

4. Cara Membuat Pesanan Belian Dan Jualan Semula Yang Fleksibel.

Ada pelbagai cara pesanan yang ditawarkan oleh penjual emas untuk memudahkan urusan ini. Paling baik jika kita boleh melakukannya melalui pelbagai medium perhubungan yang pantas seperti melalui SMS, telefon, email ataupun secara online.

Pilihan yang banyak akan memudahkan anda untuk melakukan transaksi samaada urusan belian atau jualan semula.

5. Urusan Membeli Dan Menjual Semula Mudah

Keuntungan dari Pelaburan Emas diperolehi semasa kita menjualnya semula pada ketika harganya naik lebih tinggi berbanding harga ia dibeli. Lebih kerap kita membeli dan menjualnya semula, bermakna lebih kerap kita meraih keuntungannya.

Jadi jika urusan membeli dan mengambil stok emas itu mudah, serta urusan untuk kita menghantar emas itu kepada penjual asal bagi tujuan menjualnya semula juga mudah, ia akan memudahkan pelaburan dan juga memudahkan proses kita menjana keuntungan.

Sebaiknya pilih penjual yang beroperasi berhampiran dengan lokasi kita supaya kita mudah untuk mengambil emas itu, dan mudah juga untuk menjualnya semula.

6. Spread (Potongan Harga/Susut Nilai) Rendah.

Kebiasaannya, bila kita menjual semula emas kepada penjual asalnya atau kepada penjual yang lain, kita akan dikenakan potongan harga yang dinamakan “Spread”.

Sama juga seperti kita menjual semula atau trade-in emas dalam bentuk barangan kemas, cuma istilah yang biasa digunakan untuk barang kemas adalah susut nilai.

Justeru, memilih emas yang potongan harganya lebih rendah akan lebih menguntungkan.

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More