7 Alasan takut membeli emas

1) Takut kena zakat.
Yup, ini duduk “ranking” no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti “mengeluh” atau “takut” kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
Untuk info zakat emas boleh “klik” di pautan ini http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/zakat-emas.html

2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan
Ini pun selalu saya dapat feedback.Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga? Baru baru ini saya telah kehilangan 2 penutup tiub tayar motor, selepas 4 hari motor saya dibiarkan di tempat yang sama di suatu tempat letak motor tempat saya bekerja.

Eh apa kaitan penutup tiub motor tuh dengan emas bro, lu biar betul !!!!!!

Apa yang nak saya terangkan, setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit2 bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tuh dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

eh jap, apa kaitan tiub moto tadi dengan simpan emas. Kaitannya, saya sudah tahu risiko parking di situ, tetapi saya boleh minimumkan risiko risiko kerosakan atau kehilangan dengan mencari kawasan kawasan yang terang, dekat dengan pintu pagar keluar masuk pekerja, memasang “extra” lock pada roda dan seangkatan dengannya.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli,  rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.
Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.

Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.

Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.

Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5) Takut bila emergency, susah nak “cairkan” pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6) Takut susah nak bahagi2 pada anak2 bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali.
Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.

Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata

ATAU

2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah  gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbaza dalam kes ini)

ATAU

3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Kawan saya memilih pilihan no 1 kerana beliau tidak beani mengambil risiko berhutang dan cara 1 adalah paling mudah.

Bagaimanapun,di sebalik cerita di atas,saya ingin menggambarkan betapa beruntung kawan saya dan abangnya kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan sbg contoh rm 1000,  apakah nilai kertas rm 1000 bertambah? rm 1000 tetap rm 1000 tetapi nilai atau kuasa beli nya semakin berkurangan. Berbeza dengan emas fizikal, harganya meningkat saban tahun, menjadikannya pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi lebih baik simpan emas, jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anak anda nanti.


7) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je(bg kes barang perhiasan la)
Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal2,

dengan buat2 muka comel dan suara manja2 gitu.
Suami mithali,”ayang, yang rantai ni abg hadiahkan utk ayang, ni ayang punya tau…yang rantai tangan tu abang punya tau, itu”investment” abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok2 ye”…

dan mungkin anda akan dapat jawapan ni

Isteri mithali , “Ya Allah abang, susah2 aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi”

ataupun

Isteri cemburu buta,” Investment? investment ape kebendanyer abang ? Invest nak kawin lagi satu ????!!!”

Haha.Sekian sahaja nukilan saya pada malam ini. Seperti yang saya ungkapkan di awal karangan ini, ini bukanlah 100% benar, tetapi hanyalah berdasarkan pengalaman pengalaman saya daripada perbualan perbualan dengan orang orang yang sudi berbual dengan saya tentang emas dan simpanan emas.Akhir kata apa yang baik ambillah pelajaran darinya dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan.  Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 gram insyaAllah =).

 

pautan: http://pemborongemas.com/antara-perkara-yang-biasa-saya-dengar-bila-bercakap-pasal-simpanan-emas-fizikal

Gold, Silver and Bronze returned to become fashion

Gold, silver, bronze – You’d think fashionistas the world over are waiting at the edge of their seats for the Olympics looking at the amount of shine in their outfits. They may or may not be, but for me, I’m a helpless magpie when it comes to metallic garments, and 100% appreciate the coated, sprayed on, metallic fibered pieces that are having their moment in fashion. Although it’s odd how they’ve managed to spill over from the holiday season. Maybe because it’s still snowing in places?

Whatever the case, designers and high street brands have been enabling our magpie tendencies by providing us with a substantial amount of the shiny. Take Prabal Gurung’s Spring 2012 collection with the beautiful blues and purples, including the perfect specimen of grunge-gone-glam, those trousers, last spotted on Elettra Weidermann at New York Fashion Week. (see first picture below)

Clearly, designers have not limited themselves to shades of actual metals, which is brilliant. Take a peep at more examples of metallics on the Spring runways below, and steal a few ideas on how to do metallic looks in the daytime just as well as the at night. The Lyn Devon outfit in particular is casual chic at its best and still dressy enough for an evening party.

The next batch is made up of the funkier metallics. They don’t feel as precious as the champagne golds or silver pailettes and are more miles more rock and roll. As much conversation starters as they are clothes, these allow you to be a one woman disco ball at the party. The separates just make any outfit feel more special.

So the next time you’re out shopping, look out for metallic pieces to incorporate into your outfits. You may find that all it takes is a little shine to make a style statement. I leave you with some glitzy pieces for some everyday gleam and gloss.

For 24/7 coverage of fashion shows, trends and runway stories, watch HyppTV Fashion TV HD on Channel 143 and Fashion TV on Channel 142.

Wanita dan anti-penuaan hablur emas

JIKA melihat wajahnya pasti ramai yang menyedari kemunculannya menghiasi drama-drama tempatan walaupun jarang memegang watak utama.

Selesa dengan panggilan komersial Emma Akma, pelakon drama yang dimaksudkan ini sebetulnya mula mendekati dunia seni sejak tahun 1994 melalui filem Pesona Cinta yang menyaksikannya muncul sebagai pelakon tambahan.

Berusia 42 tahun, Emma sentiasa tercari-cari produk kecantikan yang sesuai dengan kulitnya.

Lebih-lebih lagi dia mempunyai kulit sensitif dan sering mengalami alahan kulit.

Selain faktor usia, Emma mengakui sering menggunakan pelbagai jenis jenama solekan memberi kesan pada wajahnya.

“Sebagai artis kita tidak boleh demand untuk meminta alat solek sendiri. Kita perlu akur pada permintaan jurusolek. Kadang-kadang saya tidak sempat membersihkan wajah apabila balik rumah kerana kepenatan. Pada umur 30-an, saya tidak perasan perubahan pada wajah.

“Semakin umur meningkat, saya lihat kulit wajah menjadi kusam, tidak bermaya dan timbul tanda-tanda kulit sensitif seperti kemerahan. Saya sedar bahawa saya perlu mencari produk yang sesuai dengan kulit dan mendapatkan kulit saya seperti dulu. Maklum sahaja sebagai artis kita perlu mempunyai penampilan menarik,” ujarnya yang tidak mahu melupakan kontroversi yang melandanya baru-baru ini.

Justeru itu, peluang menjadi duta sabun jongkong emas Z Masha baru-baru ini diterima dengan hati yang terbuka.

Baru sebulan mencuba sabun jongkong emas, Emma merasakan kelainan pada wajahnya.

“Sebelum menerima tawaran ini, timbul rasa ragu-ragu kerana saya sudah mencuba pelbagai produk sebelum ini tetapi tiada tindak balas pada wajah. Saya menerima tawaran pada awal Mei lalu dan mencuba pembersih wajah berbentuk jongkong emas ini selama seminggu. Walaupun kesannya belum mencapai tahap maksimum tetapi saya sudah mula merasakan perubahan. Kulit saya yang dahulunya sensitif dan ada kesan kemerah-merahan, mula pulih.

Saya sudah tidak perlu memakai solekan apabila keluar rumah seperti dahulu kerana malukan kesan noda hitam. Justeru itu, saya tidak keberatan menerima tawaran Pengarah Urusan ZZ Beauty, Ziela Che Nor untuk menjadi duta sabun jongkong emas ini,” ujarnya.

Berkongsi keistimewaan sabun pembersih wajah ini, Emma kagum dengan kandungan kolagen dan kandungan dua kali ganda hablur emas yang bertindak sebagai anti penuaan pada kulit wajah.

Kajian saintifik membuktikan emas mampu menggalak penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit serta membolehkan sel berada tahap paling tinggi yang menghasilkan kulit sihat berseri dan bersinar.

Apabila meningkat usia 40-an, badan wanita akan kekurangan kolagen yang merupakan bahan aktif utama dalam produk ini berfungsi membantu dan mengaktifkan penghasilan serat kolagen dan elastin dalam lapisan dermis.

Bagi cara penggunaan, Emma hanya menggunakannya dua kali sehari untuk merawat, mencerah dan menegang kulit.

Dalam pada itu, ia boleh juga dijadikan sebagai mask seminggu sekali untuk melambatkan proses penuaan kulit.