Harga Emas Diramal Jatuh

Ilustrasi+Harga+emas+Turun

MO,NEW YORK Disember 2014 – Emas yang pernah dianggap sebagai ‘penyelamat’ bagi negara yang mengalami kegawatan ekonomi dijangka berhadapan kejatuhan teruk ekoran penurunan harga minyak selain kenaikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga emas pernah meningkat 70 peratus antara Disember 2008 hingga Jun 2011 berikutan tindakan bank pusat AS membeli hutang dan memegang kos pinjaman yang direkodkan pada kadar yang rendah.

Menurut laporan Bloomberg, harga emas bagaimanapun merosot sehingga 28 peratus pada tahun lalu, dalam tempoh hampir tiga dekad selepas terdapat kalangan pelabur yang mula hilang keyakinan terhadap nilai komoditi tersebut. AS pula meletakkan kadar faedah akan berada pada paras 1.125 peratus menjelang hujung tahun ini.

Pakar ekonomi dan Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan negara itu, Janey Yellen berkata, kadar inflasi akan mencapai sasaran rizab persekutuan dan membolehkan bank pusat negara itu meningkatkan kos pinjaman.

Berdasarkan data terkumpul Bloomberg, pegangan pelabur dalam dana dagangan bursa disokong oleh harga emas pada minggu lalu dicatatkan paling rendah sejak 2009, manakala AS$7.68 bilion (RM26.88 bilion) telah dihapuskan daripada nilai dana pada tahun ini.

Menurutnya, masa depan New York dan pilihan dalam kepentingan terbuka jatuh 5.3 peratus tahun ini, sekali gus mencatat kerugian tahunan buat kali kedua dan kemerosotan paling lama sejak 2005.

Selepas melonjak kepada 4.4 peratus pada awal November lalu setelah empat tahun berada dalam kadar rendah, purata harga emas dijangka berlegar sekitar AS$1,175 (RM4,112.50) pada suku depan, le­bih rendah berbanding AS$1,179.80 (RM4,129.30) yang ditutup semalam.

Sachs Group Inc. mengunjurkan harga emas jatuh sehingga AS$1,050 (RM3,675) pada Disember manakala Societe Generale SA menjangkakan komoditi itu berada di paras AS$950 (RM3,325) suku keempat 2015.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Pelaburan Deltec International Group, Atul Lele melihat emas sebagai perlindungan nilai inflasi yang tidak perlu.

“Kami berpendapat, inflasi di AS mungkin akan meningkat tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Bersama OakBrook Investments LLC, Peter Jankovskis berkata, kadar minyak yang dijangka naik tahun depan secara tidak langsung akan memperlihatkan emas mengalami tekanan memandangkan dolar terus bergerak lebih tinggi.

“Ketika ini, lupakan tentang inflasi sebaliknya kita bercakap tentang deflasi yang mana kejatuhan harga minyak akan menambah tekanan kepada deflasi,” ujarnya. ?– AGENSI

Penyusutan Nilai Ringgit

IMG_1043-0

PENYUSUTAN NILAI RINGGIT
(Nota oleh D Ahmad b Maslan, diedar melalui media sosial)

1. Nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran. Ada kalanya nilai ringgit meningkat dan adakalanya menyusut. Pada tahun 2014, ringgit menyusut dibanding dollar Singapura, dollar Taiwan, rupiah Indonesia , rupee India, baht Thailand, dollar Hong Kong & dolar US. Namun ringgit mengukuh jika dibanding, won Korea, dolar Australia, pound UK, matawang Euro & yen Jepun.

2. Ini berlaku akibat penurunan harga komoditi terutamanya petroleum dan penambahan nilai mata wang US yang disebabkan oleh faktor- faktor antarabangsa. Pada 3/12/14 harga minyak jenis Tapis turun kpd USD73.93 setong. Namun purata harga minyak Tapis Jan-Nov 2014 masih tinggi iaitu USD107.23 setong kerana sebelum ini harga minyak sehingga awal Oktober adalah tinggi.

3. Penyusutan nilai ringgit boleh dilihat drpd kadar tukaran dgn dollar US yang mana tertinggi tahun ini pada 28/8/14 dgn nilai 3.1480 & terendah pada 4/12/14 dgn nilai 3.4475. Sementara dolar Spura pula tertinggi pada 27/8/14 dgn nilai 2.5248 & terendah pada 11/2/14 dgn nilai 2.6332.Nilai ringgit tidak semestinya terus menyusut memandangkan negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

4. Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana komponen produk yg diimport naik harga. Namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Msia yg seterusnya akan mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.

5. Barangan export Msia ke luar negara akan lebih murah. Ini akan mengembangkan sektor export. Maka akan bertambah keuntungan sykt, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kpd Kjaan & bilangan kilang juga berkembang.

6. Sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit. Pertumbuhan ekonomi berlaku.

7. Sektor perkhidmatan yg diberi kpd pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dgn peratus penurunan matawang. Sektor perkhidmatan sebegini adalah sebahagian drpd komponen export.

8. Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kpd ekonomi negara mungkin tidak ketara. Namun ia bergantung kpd berapa banyak export & import. Setakat ini, export kita pada paras yg lebih berbanding import.

9. KDNK / GDP ialah penggunaan + pelaburan + perbelanjaan Kjaan + (export – import). GDP = consumption + investment + government expenditure + (export – import). Export yg lebih & import yg kurang akan mengembangkan KDNK / GDP.

10. Nilai anggaran export tahun 2014 adalah RM762.8 billion & import ialah RM677.2 billion menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 billion.

11. Sektor hartanah akan lebih menarik dgn penyusutan ringgit kpd orang luar namun keyakinan pelabur akan menurun pada kadar minima kerana nilai matawang berkadaran sedikit sebanyak dgn keyakinan pasaran, namun kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg utama.

12. Pasaran baru utk minyak kelapa sawit perlu segera dicari oleh MPOB dll agensi spt Felda, Felcra. Petronas juga perlu terus mencari sumber baru minyak & gas dgn adakan JV di negara2 lain. Produk hiliran getah dgn ciptaan & inovasi baru perlu terus diusahakan.

13. Asas-asas ekonomi negara kita adalah sentiasa kukuh. Oleh itu penyusutan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara dgn ketara. Ekonomi kita akan terus berkembang & hasrat utk jadikan Msia negara maju berpendapatan tinggi tidak akan terbantut.

14. Dlm tempoh volatiliti / kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara Msia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur. Ini akan menggalakkan kestabilan kadar pertukaran & memudahkan perdagangan & pelaburan.

15. Hasil Kjaan drpd sumber petroleum termasuk Petronas tidak terjejas banyak utk tahun ini sbb pengiraan purata harga minyak utk setahun 2014 adalah berdasarkan usd110 setong. Dijangka purata tahun ini sekitar usd104 setong dgn mengambil kira penurunan harga minyak pada Nov & Dis sekarang ini.

16. Rakyat sedang menunggu penurunan harga barang bila harga minyak turun. Peniaga, pengilang, pemborong, peruncit tentunya sedang membuat perkiraan yg wajar. Diesel juga dijangka turun pada 1 Jan 2015 melihat kpd trend yg ada. Diesel naik 3 sen utk 1 Dis 2014 disebabkan subsidi yg tinggi diberi utk seliter diesel selama ini. Utk tahun 2013 purata subsidi utk diesel ialah 76 sen seliter & ron95 subsidi 74 sen seliter. Harga bahan bakar / minyak skrng ini berada dlm ketetapan pasaran yg baik utk banyak pihak.

Terima kasih.

Sempat curi dua Rantai Emas

1222apen1.transformed

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Kedai emas di persimpangan Jalan Ali Pitchay-Jalan Yang Kalsom disamun sekumpulan empat lelaki, 2.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 2.30 petang dan siasatan awal mendapati kejadian dilakukan empat lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

“Suspek dipercayai empat lelaki yang menaiki dua motosikal, namun hanya dua daripada suspek menyerbu masuk ke dalam kedai emas terbabit.

“Kedua-dua suspek berkenaan kemudian bertindak memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan tukul besi, namun hanya sempat melarikan dua utas rantai emas sahaja kerana ketakutan selepas penggera keselamatan premis terbabit berbunyi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, rantai tersebut bernilai kesluruhan kira-kira RM4,000.

Menurutnya, ketika kejadian, tiada pelanggan dalam kedai emas itu dan hanya terdapat seorang pemilik premis serta tiga pekerja, namun mereka tidak dicederakan. -www.hmetro.com.my

Syiling Emas sempena pemerintahan Sultan Ahmad Shah

syilingemas..ROZAINI ROSDIN (kiri) dan Datuk Leen Mustafa menunjukkan syiling emas edisi terhad di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 21 Dis. – Sebanyak 3,999 keping syiling emas edisi terhad ditawarkan untuk jualan sempena sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pengeluaran syiling emas itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan syarikat penyedia perkhidmatan jual beli emas milik bumiputera, Triplenine Goldworld Gallery Sdn. Bhd (Triplenine).

Ketua Pegawai Eksekutif Triplenine, Datuk Rozaini Rosdin berkata, syiling emas itu akan diedarkan secara eksklusif sebagai koleksi kenang-kenangan pada harga RM6,999 setiap keping.

Beliau berkata, setakat ini, sambutan yang diterima untuk koleksi tersebut amat menggalakkan.

“Ia dijangka menarik orang ramai terutamanya dalam kalangan pengumpul koleksi keluaran khas,” katanya kepada Utusan Malaysia di Nilai, dekat sini semalam.

Majlis Pelancaran Syiling Peringatan dan Setem Kenangan Sempena Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok.

Rozaini berkata, syiling itu mengandungi emas tulen 999.9 dengan berat 31.33 gram setiap keping.

Tambahnya, ukur lilit syiling adalah 32 milimeter (mm) manakala tebalnya tiga mm.

Jelasnya, pengesahan ketulenan syiling itu dibuat oleh assayer dari KL Assay Office (M) Sdn. Bhd, Abdul Shukor Anuar.

“Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang daripada majlis sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Ahmad Shah untuk mendapatkan syiling emas ini yang mempunyai edaran terhad iaitu 3,999 keping sahaja,” ujarnya.

goldsultan

Maklumat lanjut mengenai koleksi syiling emas itu boleh diperoleh daripada Datuk Leen Mustafa di talian 012-9996006, 017-9996006 dan e-mel: [email protected]

sumber – www.utusan.com.my

Celik Emas Harta Emas (CEHE)

ajl-irsofian

Seminar Celik Emas dan Harta Emas (CEHE) adalah seminar yang untuk membuka minda orang ramai betapa pentingnya simpanan emas. Perbezaan membuat penyimpanan wang fiad, wang kertas berbanding dengan emas ?.Berapakah kadar keuntungan jika dibandingkan emas dan lain-lain instrument pelaburan dan simpanan yang lain.

Peserta juga di ajar tentang salah faham terhadap pelaburan emas. Apakah rahsia penipu-penipu yang sering memutarbelitkan fakta yang membolehkan mereka memperdayakan orang ramai dengan pelaburan emas. Ianya akan di ajar di sini.

Lagi menarik adalah setiap kali program CEHE, Ir. Sofian akan membentangkan analisa terkini dan update terkini tentang prestasi pergerakan arah tuju harga emas semasa mengikut trend semasa selain daripada isu panas semasa berkaitan emas.

Segalanya adalah secara ringkas tetapi padat dalam masa 3 jam kupasan yang berkualiti dari Ir. Sofian.

Untuk Info lebih lanjut boleh layari laman web Tuan Ir Sofian .

Siapa Yang Perlu Hadir?

  • Mereka yang mahu terlibat dalam simpanan emas perak secara santai.
  • Individu yang mahu terlibat aktif dengan pelaburan emas perak dengan cara yang betul selamat dan mengguntungkan.
  • Pesara dan bakal pesara yang ingin membuat perkiraan bagaimana membahagikan duit pencen mereka.
  • Pemilik perniagaan yang mahu belajar teknik menggunakan emas di dalam perniagaan.
  • Pelajar kolej dan universiti yang mahu memulakan ilmu awal mengenai emas dan perak.
  • Pekerja kerajaan dan swasta yang menpunyai gaji tetap setiap bulan dan mahu mengetahui teknik penyimpanan emas secara efisien.
  • Badan koperasi dan organisasi yang ingin terlibat dengan teknik ‘maniplasi’ emas perak.
  • Peniaga emas & perak daripada pelbagai syarikat dan latar belakang yang ingin mengetahui ilmu & taktik jual beli emas.
  • Mereka yang ingin mengetahui rahsia ‘muslihat’ Ar Rahnu untuk lebih mengembangkan asset anda.
  • Para ibu dan wanita yang suka shopping emas dan dengan ilmu ini dapat member lebih value for money yang mereka belanjakan.

 

Maut tertimbus ketika melombong Emas

2fcebea0f1ffde181ddef8676ff24e0e

Seorang remaja maut akibat tertimbus tanah runtuh semasa melombong emas di lombong haram di Ulu Luit, Sri Jaya dekat Maran semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Maran, ASP Abdul Razak Abdul Majid berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Mohd Shahril A. [email protected], 17, dari Felda Sri Desa, Felda Kampung New Zealand mati di tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan melombong secara haram bersama beberapa penduduk apabila tanah di kawasan itu tiba-tiba runtuh menyebabkan mangsa tertimbus.

“Pelombong lain yang mencarinya kemudiannya menemui mangsa yang sudah tidak lagi bernyawa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Maran sebelum dihantar ke Hospital Jengka pada pukul 8 malam.

– Bernama

Gegar pagar tuntut RM300,000

safe_image

Kajang: Seorang ahli perniagaan hidup ketakutan selepas diugut dua lelaki yang menuntut mangsa memulangkan wang pelaburan emas ditawarkan sebelum ini.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, mangsa berusia 29 tahun tiada di rumah sebelum dihubungi isterinya memberitahu terdapat dua lelaki berada di luar rumah mereka di Taman Saujana di sini.

Suspek dikatakan menjerit dan menggoncang pintu pagar rumah mangsa sekuat hati.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, susulan itu mangsa bergegas pulang ke rumahnya berikutan bimbang keselamatan ahli keluarganya.

“Setibanya di rumah, dua lelaki itu memberitahu mereka datang untuk menuntut hutang.

“Suspek turut mengugut mangsa menyerahkan kenderaan mewah Toyota Vellfire dan jam tangan Rolex dipakai ketika itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa enggan akur permintaan suspek.

“Suspek kemudiannya meminta wang RM300,000 sekiranya tidak mahu kenderaannya dirampas sebelum beredar pergi.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang di sini, kelmarin,” katanya.

sumber – www.hmetro.com.my

Khurafat Puja Telaga Emas

Telaga-jadi-tumpuan-pemuja-emasTelaga yang masih wujud di Kampung Telaga Mas dahulunya digali penduduk Thailand untuk mencari emas.

Kelantan: TERDAPAT dua kumpulan melakukan aktiviti pemujaan kerana percaya terdapat emas di Kampung Telaga Mas

Sikap tamak mendorong manusia melakukan pemujaan semata-mata mahu mencari kemewahan sedangkan ia bertentangan dengan agama yang dianuti.

Pemujaan yang dilakukan tanpa mengira waktu bertujuan memanggil emas menyebabkan sebuah kampung di sini dikenali sebagai Telaga Mas.

Walaupun belum ada bukti penemuan emas dalam kalangan pemuja, namun aktiviti khurafat itu menjadi sebutan generasi baharu sehingga ke hari ini.

Tempayan naga emas

Penduduk yang dikenali sebagai, Pok Su Loh, 67, berkata, cerita yang disampaikan dari generasi ke generasi mungkin sekadar mitos nenek moyang di zaman dahulu.

Namun katanya, penduduk di seluruh pelusuk negara malah sebilangannya dari Thailand mempercayai mitos berkenaan sehingga ada yang sanggup berkampung di sini, selama berbulan-bulan.

Menurutnya, menerusi cerita dari nenek moyang, aktiviti pemujaan berlaku bermula sekitar tahun 1930-an lalu.

“Terdapat dua kumpulan besar yang menjalankan aktiviti pemujaan ini iaitu kumpulan Melayu dan satu lagi kumpulan Siam.

“Setiap kumpulan pula disertai beberapa bomoh dari kepercayaan kaum masing-masing menggali beberapa telaga,” katanya.

Suatu hari Pok Su Loh berkata, kumpulan ini dikatakan ternampak kilauan emas berbentuk dua tempayan naga emas yang sangat besar.

Namun katanya, pemuja ketika itu percaya semangat makhluk halus menjaga emas berkenaan membawa emas berkenaan dan bergolek ke kawasan bendang padi.

Menurutnya, kubang padi yang terletak lebih 200 meter menyebabkan operasi menggali emas diteruskan di kawasan bendang sehinggalah akhirnya, ia menjadi kubang.

Kawalan polis

Pok Su Loh berkata, aktiviti memuja dan mengali tanah untuk mencari emas dilakukan secara meluas kerana kawasan lebih kurang 1.6 hektar itu dahulunya dipenuhi belukar.

Menurutnya, terdapat dua rumah dibina di kampung berkenaan dan rumah paling dekat dengan lokasi mencari emas, terletak hampir 100 meter.

Katanya, tidak ramai yang sanggup menegur kumpulan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

“Hanya selepas dikawal polis, barulah kampung ini tidak dilawati pengunjung yang mahu melakukan aktiviti khurafat.

“Penduduk sering mendengar tembakan amaran polis bagi menghalang aktiviti pemujaan daripada terus berleluasa,” katanya.

Gangguan semangat

Sementara itu, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 39, berkata, peredaran masa dan pembangunan menyebabkan beberapa telaga kecil dikambus untuk dijadikan jalan raya dan penempatan penduduk.

Walaupun aktiviti memuja berkurangan menjelang 1980-an, namun sebahagian besar kanak-kanak ketika itu takut untuk menggunakan jalan berkenaan.

Menurutnya, kanak-kanak yang berulang alik ke tempat mengaji al-Quran akan pulang secara berkumpulan.

“Ini kerana ada penduduk mendakwa ternampak kelibat ‘sesuatu’ di kawasan semak namun ghaib setibanya di kawasan kubang mas.

“Walaupun ia sekadar mitos namun cerita ini menjadi buah mulut penduduk sehingga ke hari ini,” katanya.

Biarpun peristiwa ini mula lenyap dan dilupakan generasi muda, Ahmad berkata, ada sekumpulan penduduk dipercayai dari Utara Malaysia melakukan pemujaan hampir 10 tahun lalu.

Tidak mahu kejadian sama berulang katanya, penduduk menasihati kumpulan terbabit agar tidak mempercayai mitos tersebut kerana sehingga ke hari ini, belum ada pihak tampil membuktikan penemuan emas. Sinar Harian

sumber – http://malaysianreview.com/92058/telaga-jadi-tumpuan-pemuja-emas/

Malaysia Sasar 40 Emas

image (2)

PUTRAJAYA, Disember 2014 (Bernama) – Malaysia menyasar 40 pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang, Indonesia yang akan membuka tirai Rabu ini.

Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Prof Abdullah Mohamad Said berkata seramai 322 atlet akan menggalas cabaran negara dalam 20 acara bagi mempertahankan pencapaian terbaik selaku juara bertahan.

“Setelah kita teliti keupayaan serta prestasi atlet negara dan membuat perbandingan dengan atlet negara lain, sasaran 40 pingat emas adalah realistik,” katanya.

Pada temasya sukan itu di Vientiane, Laos pada 2012, kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan apabila melakukan pencapaian cemerlang dengan merangkul 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.

“Pada penampilan di Laos, kontinjen negara meletak sasaran awal 36 pingat emas sahaja, namun bernasib baik apabila mencapai 60 pingat emas. Kita berharap atlet negara sebelum ini yang meraih pingat perak dapat menyumbangkan pingat emas kali ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Atlet karate kebangsaan Lim Chee Wei dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Beliau merupakan pemenang pingat emas bagi acara Kata pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan September lepas.

Lim yang meraih pingat gangsa pada AUG di Laos, bertekad mahu menebus kekecewaan dengan meraih pingat emas bagi acara individu Kata lelaki pada edisi kali ini.

“Acara Kata adalah sukan subjektif. Walaupun saya pernah meraih pingat emas seperti Sukan Asia di Incheon baru-baru ini, tidak bermakna mudah untuk saya ulangi kejayaan itu di Palembang.

“Saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membawa kejayaan kepada negara. Walaupun cemerlang di peringkat Asia, saya tidak nafikan atlet tuan rumah (Indonesia) dan Vietnam akan memberi saingan sengit,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

Indonesia pernah merangkul juara keseluruhan sebanyak 10 kali, Thailand tiga kali, Malaysia dua kali dan Vietnam sekali sejak temasya dianjurkan pada 1981.

-BERNAMA

Adakah Emas dan Perak Dikenakan GST?

d17eb3293800c6d9a4b629f96640ea26_XL

Goods and Services Tax (GST ) akan dilaksanakan dengan berkuat kuasa 1 April 2015. Kadar GST ditetapkan pada 6%. Bagaimana ini akan memberi kesan kepada pelaburan emas dan perak anda ?

Pertama sekali, adakah GST yang dikenakan ke atas emas dan perak? Jawapannya adalah jelas YA, tidak kira sama ada anda membeli dalam bentuk bar atau syiling.

Mr Nur Hilmy Ahmad dari Nubex Sdn Bhd (salah satu daripada pengedar emas dan perak terbesar di Malaysia) telah menulis kepada Jabatan Perlaksanaan GST dan mendapat jawapan yang jelas bahawa GST tidak akan dikecualikan daripada GST.

Silver GST

Adakah terdapat sebarang pengecualian ke atas produk dan perkhidmatan yang tidak perlu membayar GST? Ya ada …

Menurut NBC Group, GST dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di negara ini termasuk import. Walau bagaimanapun , makanan asas tertentu suka beras, gula, tepung, minyak masak , sayur-sayuran , ikan dan daging, telur dan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta , pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian tidak tertakluk kepada GST.

GST juga tidak akan dikenakan ke atas bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik setiap bulan untuk pengguna domestik dan perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api , LRT , teksi , feri, bot , tol lebuh raya dan juga pendidikan dan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST .

Walau bagaimanapun , emas dan perak TIDAK dikategorikan ke dalam mana-mana di atas.Apabila penjual mengenakan caj tambahan 6 % ke atas pembelian emas dan perak mulai 1 April 2015, caj 6% tidak akan masuk ke dalam poket mereka. Mereka hanya mengambil duit itu bagi pihak kerajaan.

Jadi, adakah anda ingin membeli emas dan perak sekarang ( tanpa GST) atau ingin menunggu GST dikenakan ke atas emas dan perak selepas 1 April 2015? Lakukan tindakan yang bijak! Belilah emas dan perak sekarang.

sumber – magoldsilver.blogspot.com