Kesilapan Pelabur Emas

emas-2

1. Melabur ikut-ikut tanpa ilmu.

Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

2. Malas

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas, syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Pastikan anda beli emas – dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada. Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen. Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM, oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya. Serbuan telah dibuat oleh BNM baru-baru ini terhadap syarikat sebegini.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

3. Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama.

Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya,memang betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal.. jadi masa bila emas murah?

Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal. Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal. Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam mana, lagi untung!

4. Membeli barang kemas.

Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.

5. Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas.

Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

6. Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

7. Pinjam duit untuk beli emas.

Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

8. Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain.

Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

9. Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul.

Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini. Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan, bukan kepada mereka yang tamak. Siapakah yang tamak?

Orang yang jual dan beli menggunakan sistem/nisbah 35:65 atau 30:70. Contoh seperti ini:

Katakan emas 999 100g berharga RM10k, pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga. Urusan dengan peniaga sudah selesai, dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini. Apa cerita dengan pembeli? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini, dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual. Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah. Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi oleh si pembeli, kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

10. Membeli emas fizikal di bank.

Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

11. Menjual emas ditempat yang salah.

Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

12. Jual emas anda tapa alasan yang kukuh.

Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah anda beli emas? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti. Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :

-Rumah
-Hartanah
-Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas)
-Modal bisnes
-Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi, belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu. Kecuali, jika anda mahir membaca pergerakan harga emas, anda boleh menjual semasa harga tinggi, dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit, anda beli semula. Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih. Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas, tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk, cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas, sebagai contoh setiap kali musim perayaan, harga emas akan menjunam sedikit.

13. Simpanan dalam wang kertas

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas, sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai. Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar, bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

14. Pentingkan diri sendiri

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham. Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza, contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan wang fiat bagi tujuan untuk muamalat (jual-beli), boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas. Memang ada yang tidak boleh terima terus, gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.

sumber – www.emasanda.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________

Dua kedai emas hangus dijilat api

11215fuad1.transformedKEDAI emas yang terbakar. FOTO Mohd Hasbi Sidek

Klang: Seorang lelaki warga India berusia 44 tahun rentung selepas gagal menyelamatkan diri dalam satu kebakaran kedai di Jalan Tengku Kelana, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, dua kedai emas dua tingkat hangus dijilat api.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan kejadian pada 2.26 pagi.

“Seramai 18 anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian dan ketika sampai hampir 90 peratus premis berkenaan sudah terbakar.

“Berdasarkan keterangan pemilik premis dua pekerjanya berada di dalam kedai itu ketika kejadian, namun hanya seorang mangsa ditemui setakat ini,” katanya.

sumber – www.hmetro.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Kontrak Hadapan Emas Ditutup Tinggi

emas3 (1)

KUALA LUMPUR, Feb (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi Selasa susulan kemerosotan ekuiti Eropah disebabkan ketidaktentuan di Greece dan data dagangan China yang lemah serta peningkatan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat, kata para peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling, berkata walaupun keadaan serba tidak kena di Greece dan peningkatan konflik di Ukraine adalah jelas, para peniaga emas, bagaimanapun, mengalihkan tumpuan mereka kepada kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

“Peniaga beralih selepas pengumuman data pekerjaan AS yang positif serta akan mengukuhkan dolar bagaimanapun akan menjejaskan harga emas,” katanya.

Ketika ditutup, Februari 2015, Mac 2015 dan April 2015 masing-masing meningkat empat mata kepada RM142.30, RM142.90 dan RM143.35 segram.

Kepentingan terbuka menurun kepada 3,075 kontrak berbanding 3,183 kontrak pada Isnin manakala jumlah dagangan turun kepada 97 lot bernilai RM1.39 juta berbanding 301 lot bernilai RM4.28 juta semalam.

Harga fizikal emas menaik 74 sen kepada RM138.28 segram daripada RM137.54 segram pada Isnin.

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________

Kepentingan Emas

emas3

Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas saudara menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, lima antaranya;

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?

Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama.

Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.

Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli? emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;

Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.

Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. icon smile Pelaburan emas, apakah yang terbaik? . Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.

Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu hal berkenaan zakat dan berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?

Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.

Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.

Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.

Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

sumber – internet

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Empat lelaki bersenjata rompak kedai emas

6215meor1a.transformedPOLISsedang giat melakukan pemeriksaan di dalam premis.

Seremban: Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol, tukul besi serta kapak merompak kedai emas di pekan Senawang, dekat sini, 2.20 petang tadi.

Suspek yang berpakaian serba hitam itu menggunakan dua motosikal dan melepaskan satu das tembakan di luar kedai emas itu sebagai amaran sebelum tiga lelaki bersenjatakan tukul besi menyerbu masuk ke dalam kedai manakala seorang menunggu di luar premis.

Menurut sumber, tiga lelaki terbabit dipercayai memecahkan cermin rak pameran menggunakan tukul besi dan kapak sebelum mengaut barang kemas ke dalam beg galas.

Katanya, sebaik mendapat barang kemas, keempat-empat lelaki terbabit terus melarikan dan sempat melepaskan satu tembakan ke arah kedai.

Ketika ini, pihak polis sedang giat melakukan pemeriksaan di dalam premis dan jumlah kerugian belum diketahui.

www.hmetro.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

GST bukan sebab utama harga emas naik

imageMEER SADIK HABIB (dua dari kanan) bersama Zarida Noordin (tiga dari kanan) bergambar bersama model yang memperaga koleksi Tahun Baharu Cina Habib di Kuantan, kelmarin. – UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN Feb. – Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) menegaskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April ini bukan faktor utama jika berlaku kenaikan harga barang kemas dan aksesori keluarannya.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, harga barang kemas dan aksesori keluarannya seperti Habib, Pandora dan Ice-Watch tidak terjejas dengan pelaksanaan GST kerana dijual pada harga mampu milik.

“Masyarakat perlu faham bahawa GST bukan penyebab utama jika berlaku kenaikan, tetapi lebih kepada penyusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Bahan mentah seperti emas, berlian dan batu permata dibeli menggunakan tukaran mata wang AS dan harganya berubah mengikut kadar semasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Koleksi Tahun Baharu Cina dan Perasmian Tiga Jenama Habib di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin dan Pengurus Habib Kuantan, Yusof Chan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Menurut Meer Sadik, pada masa kini pihaknya memiliki bekalan yang mencukupi dan akan berusaha mengekalkan harga produk mampu milik walaupun dolar AS meningkat kira-kira 20 peratus sejak kebelakangan ini.

“Saya berharap penggemar barang kemas dan aksesori tidak perlu bimbang kerana kenaikan harga emas bukan disebabkan GST semata-mata sebaliknya disebabkan kadar tukaran mata wang,” jelasnya.
Sementara itu, katanya, Habib Jewels menyasarkan perolehan keuntungan sebanyak RM500 juta pada tahun ini dengan menjangkakan sebanyak 20 peratus daripada jualan di Pantai Timur.

“Sempena Tahun Baharu Cina kami melancarlan produk terbaharu yang dikenali sebagai ‘Bloom’ iaitu cincin berangkai yang dijual bermula daripada RM150 setiap satu.

“Pasukan penyelidik kami mendapati rakyat Malaysia lebih suka untuk mewujudkan set cincin menggunakan konsep suai padan dan situasi itu memberi idea kepada kami untuk melancarkan koleksi terbaharu ini,” jelasnya sambil memberitahu lebih 1,000 reka bentuk ditawarkan.

Tambahnya, Habib Jewels turut melancarkan koleksi Pandora terbaharu untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Valentine yang berharga daripada RM211 setiap satu.

www.utusan.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Kontrak Hadapan Emas Ditutup Rendah

Ilustrasi+Harga+Emas (1)

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Khamis berikutan kekurangan sokongan belian, kata peniaga.

Peniaga berkata, pelabur tidak membabitkan diri berikutan faktor luaran seperti perkembangan dalam rundingan hutang Greece.

“Sebahagian pelabur masih dalam suasana cuti dan keberatan mengambil kedudukan utama berikutan minggu perdagangan yang pendek disebabkan cuti,” katanya.

Ketika ditutup, Februari 2015 dan Mac 2015 merosot dua mata masing-msing kepada RM145 segram dan RM145.30 segram manakala April 2015 susut satu mata kepada RM146.00 segram dan Mei 2015 ditambat pada RM146.30 segram.

Kepentingan terbuka berkurang kepada 2,972 kontrak berbanding 3,002 kontrak pada Khamis manakala jumlah dagangan merosot kepada 195 lot bernilai RM2.8 juta berbanding 251 lot bernilai RM3.65 juta.

Harga fizikal emas naik 47 sen pada RM140.69 segram berbanding RM140.22 segram semalam.

— BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Penggunaan Dinar Emas

dinar modifycontoh Dinar Kelantan.

1. Dinar Sebagai Penyimpan Kekayaan.

Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar.

Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.

Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.

Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.

2. Untuk Membayar Zakat.

Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.

Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil “ain”. Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil “dayn”.

Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori ‘ain’ manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori ‘dayn’.

Wang kertas dipanggil ‘fulus’ kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.

3. Untuk Membayar Mas Kahwin.

Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.

Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar.

4. Dinar Sebagai Hadiah.

Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.

5. Sebagai Medium Pertukaran Yang Sah Bagi Urusan Jual Beli.

Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.

Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 40 tahun (1970 sehingga sekarang)

sumber : www.publicdinar.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Pasaran Emas dijangka cecah AS$1,500 satu auns

goldbarcoin-720x340 (1)

KUALA LUMPUR Feb. – Unjuran untuk pasaran emas pada 2015 positif, dengan harga logam berharga itu dijangka mencecah AS$1,500 seauns tahun ini, kata Public Gold Group.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif syarikat dagangan emas itu, Datuk Wira Louis Ng berkata, persekitaran ekonomi yang tidak menentu akan membantu melonjakan harga emas ke paras yang lebih tinggi tahun ini, apabila permintaan beralih kepada logam berharga itu yang dianggap sebagai aset perlindungan yang selamat.

“Kebelakangan ini, Eropah sudah melaksanakan pengurangan kuantitatif melibatkan 60 bilion euro sebulan, dan ia tidak terhad. Mereka hanya akan berhenti apabila inflasi mencecah dua peratus.

“Program ini dijangkakan berlarutan sehingga dua atau tiga tahun, dengan lebih banyak wang akan dicetak yang merupakan faktor yang baik untuk emas secara fizikal,” katanya kepada pemberita di luar seminar tahunan emas Public Gold di sini semalam.

Seminar sehari itu membincangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Prinsip Syariah ke atas emas fizikal.

Keluaran dalam negara kasar Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada lewat Jumaat juga akan membantu meningkatkan harga emas berikutan unjuran Rizab Persekutuan akan melaksanakan lebih banyak program pengurangan kuantitatif,” kata Ng.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat melaporkan ekonomi negara itu tumbuh pada 2.6 peratus setahun pada suku keempat 2014, susut berbanding peningkatan 5.0 peratus pada suku ketiga.

“Sudah pasti kadar faedah tidak akan dinaikkan disebabkan petunjuk ekonomi tidak menunjukkan tanda yang baik,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan GST mulai 1 April tahun ini tidak akan menjejaskan pelaburan untuk logam berharga (IPM), termasuk emas memandangkan ia dikecualikan daripada regim percukaian baharu itu.

“Dagangan emas menarik minat baharu sebagai instrumen untuk mengumpul kekayaan. Jongkong emas yang dijual untuk pelaburan di Malaysia dianggarkan sekitar RM6 bilion setakat ini,” katanya.

IPM barangan bukan fesyen, digunakan sebagai instrumen simpanan kekayaan peribadi untuk peningkatan modal. – BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Tiga Lelaki Bertopeng Rompak Kedai Emas

download (1)

KUALA LUMPUR Feb – Dalam masa tiga minit sahaja, tiga lelaki bertopeng dan bersenjata melarikan beg berisi barang kemas selepas menembak dan memecahkan cermin ruang pameran kedai emas di sebuah pasar raya di Banting pada Ahad.

Pengurus kedai emas terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Ooi berkata, semasa kejadian empat pekerja wanita berada di kedai itu yang terletak di tingkat bawah pasar raya itu.

Ooi berkata, dia terdengar bunyi dua tembakan dilepaskan sebelum perompak tersebut mengacukan senjata ke arah pekerja wanita tersebut dan mengarahkan mereka supaya meninggalkan kedai terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitenden Azman Abdul Razak berkata dua lagi lelaki bertopeng kemudian masuk ke kedai tersebut dan bertindak memecah cermin ruang pameran semasa pekerja wanita melarikan diri dari kedai itu.

“Mereka memecah beberapa cermin ruang pameran dan melarikan pelbagai barang kemas seperti cincin, rantai, gelang dan subang dari kabinet tersebut.

“Mereka kemudiannya melarikan diri menerusi pintu masuk bahagian hadapan dan menaiki sebuah kereta Naza Citra berwarna perak dan dilihat menghala ke arah Dengkil.

Kenderaan yang dinaiki mereka didaftarkan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Mereka masuk kira-kira pukul 11.47 pagi dan keluar melarikan diri bersama barang kemas pada pukul 11.50 pagi,” kata Azman.

Beliau berkata polis telah mengedarkan lakaran ketiga-tiga suspek dan pemandu kereta tersebut kepada pihak berkuasa di negeri ini dan sedang berusaha untuk mengenal pasti mereka. -www.rakyatnews.my