emas iphone liverpool

Iphone Emas 24 Karat Untuk Setiap Pemain Liverpool

Akhirnya setelah setahun menunggu apabila tewas ditangan Real Madrid tahun lepas, peminat, pemain, pengurus, tukang bancuh air, pegawai keselamatan dan semua makhluk berdarah merah di Anfields

menarik nafas kepuasan apabila berjaya merangkul piala paling berprestij di dunia, Champion League 2019 menewaskan Spurs 2-0.

Tidak cukup dengan wang kemenangan, trophy, kenaikan gaji, bonus, komisen, pemain-pemain liverpool juga bakal menerima

Iphone Max Gold yang dilapisi emas tulen 24 Karat bercirikan trophy champion league dan bertahtah nama setiap pemain, nombor jersi dan rujukan kemenenangan kali ke 6 Liverpool dalam UCL

Dan satu design istimewa tanpa nombor untuk pengurus Liverpool musim ini Jurgen Kloop.

Admin : Tetap menyokong Arsenal walaupun nyaris untuk membeli baju Liverpool sebagai baju raya tahun ini…

(boleh berpoyo sikit pergi open house nanti) mujur saiz 2XL x ada… arsenal oh arsenal lama-lama lalang pun terbang juga nanti ni…

iphone gold? yukkk.. tak berminat… oneplus tetap dihati..ram speed tu penting tuan-tuan..