Suami Main 4 Kutu Nak Beli Emas Ke Isteri

Kisah viral dari facebook, seorang suami yang kerja makan gaji bermain kutu dengan kawan-kawan FB semata-mata untuk membeli seutas rantai tangan emas untuk isteri tersayang.

Rantai tangan emas itu dihadiahkan bersempena annivesary mereka beberapa hari sebelum raya.

Ini kisah benar tuan-tuan, bukan macam drama di TV, sikit-sikit lelaki anak orang kaya bawak ferari, kemudian gadis2 gedik datang nak kahwin, dapat anak, suami jatuh cinta.. kemudian kene tipu tak mengandung kemudian cuci tandas petrol pam, kemudian kaya kemudian kawan goda isteri… bla bla bla.. )(&+&_!_;

Link: https://hrg.ms/2IIFi4b

Jika tak ada kawan-kawan fb nak main kutu, boleh juga beli emas ansuran di shopee, check sini

Dari Broker Emas Kecilan Menjadi Jutawan PureGold

30 Tahun lalu, Firoz Merchant menjejak kaki ke Dubai untuk berbulan madu.

Terpegun Keselamatan UAE

Sepanjang disana, dia terpegun melihat deretan kedai emas di kota Dubai mempamerkan penuh barang kemas di kedai tanpa risau dengan risiko keselamatan, terdetik di hatinya, senangnya berniaga emas di UAE.

Berhijrah ke Dubai

Selepas 10 tahun balik ke India, Firoz mula bosan dengan kerjanya, dan merancang untuk berhijrah ke UAE bersama keluarga dan terlibat dalam perniagaan emas.

Jual 2 Bar Sehari Menjadi Jutawan

Firoz bermula dengan menjadi agen syarikat emas. Pada hari pertamanya sebagai peniaga dia berjaya menjual 2 keping bar dan mendapat komisyen Dh10 (kira-kira) RM11.00.

Membuka Firma Sendiri

Bermula dari detik itu, berkat dari dedikasi, kerja keras dan etika kerja, Firoz Merchant berjaya membuka firma emas sendiri yang dikenali sebagai Pure Gold Jewelers, yang terkenal dengan kecantikan bar nya yang turut dijual di Lazada, Malaysia

Membantu Insan Lain

Nama Puregold bukan hanya terkenal dengan kualiti produk mereka, tetapi juga kerana jasa mereka membebaskan ramai pekerja asing India, Pakistan, Bangladesh yang ditahan di UAE disebabkan kesempitan hidup, visa, duduk lebih masa dan sebagainya disana.

Menerima Taraf Kerakyatan UAE

Beberapa hari lalu, Firoz Merchant, menerima panggilan telefon dari kedutaan UAE, untuk memaklumkan dia dan keluarga diberi Golden Card UAE, iaitu taraf kerakyatan UAE setelah 30 tahun memohon.

Lombong Emas Haram Punca Kematian Kuala Koh

Seorang aktivis alam sekitar yang dikenali sebagai SHRMB menyalahkan kewujudan lombong-lombong emas haram sebagai punca kematian mengejut hampir 16 orang penduduk orang asli di Taman Negara Kuala Koh minggu lalu.

Punca Kematian : Sianida

Menurut aktivis tersebut, punca kematian mangsa disahkan sebagai Pneumonia

disebabkan oleh penggunaan Sianida bahan yang selalu digunakan didalam perlombongan emas.

Berlindung Sebagai Lombong Besi

Lombong-lombong emas haram ini berlindung sebagai industri perlombongan biji besi untuk menutup aktiviti haram yang dilakukan di kawasan hutan taman negara.

Masih menunggu pihak berkuasa memberi maklumat rasmi.

emas iphone liverpool

Iphone Emas 24 Karat Untuk Setiap Pemain Liverpool

Akhirnya setelah setahun menunggu apabila tewas ditangan Real Madrid tahun lepas, peminat, pemain, pengurus, tukang bancuh air, pegawai keselamatan dan semua makhluk berdarah merah di Anfields

menarik nafas kepuasan apabila berjaya merangkul piala paling berprestij di dunia, Champion League 2019 menewaskan Spurs 2-0.

Tidak cukup dengan wang kemenangan, trophy, kenaikan gaji, bonus, komisen, pemain-pemain liverpool juga bakal menerima

Iphone Max Gold yang dilapisi emas tulen 24 Karat bercirikan trophy champion league dan bertahtah nama setiap pemain, nombor jersi dan rujukan kemenenangan kali ke 6 Liverpool dalam UCL

Dan satu design istimewa tanpa nombor untuk pengurus Liverpool musim ini Jurgen Kloop.

Admin : Tetap menyokong Arsenal walaupun nyaris untuk membeli baju Liverpool sebagai baju raya tahun ini…

(boleh berpoyo sikit pergi open house nanti) mujur saiz 2XL x ada… arsenal oh arsenal lama-lama lalang pun terbang juga nanti ni…

iphone gold? yukkk.. tak berminat… oneplus tetap dihati..ram speed tu penting tuan-tuan..

Emas Kelantan Murah Tak Bernilai?

Menjadi bahan lawak di twitter seorang netizen meragui status ketulenan emas kelantan.

Emas simbol wanita Kelantan

Barang kemas dan wanita kelantan dah berabad menjadi simbol negeri kelantan.

Bukan lokasi tapi Karat

Faktanya bukan asal emas mana itu yang penting, yang penting berapa karat emas itu sendiri.
Sama seperti tuan-tuan mengukur panjang menggunakan pembaris, begitulah ibaratnya mengukur emas menggunakan karat.
Ketulenan emas paling tinggi 24 karat, 22 karat dan seterusnya sehingga 9 karat

Part per thousand

Jika tuan-tuan bahagikan 22 / 24 = nilainya ada 0.916, jadi part per thousand (ppt) biasa dipanggil emas 916
Begitulah seterusnya untuk emas 18/24 = 0.750 dan seterusnya.

Emas bukan dari Malaysia

Kebanyakan barang kemas yang ada di pasaran Malaysia asalnya mungkin bukan dari Malaysia pun..
Mungkin dari afrika selatan, venezuela, Timor Leste dan negara pengeluar lain.
Kedai-kedai emas di kelantan, perak, johor mungkin barang jualannya berasal dari kilang yang sama.

Design Kilang Emas

Biasanya setiap kilang emas mengeluarkan design yang berlainan

Dan kebanyakan kedai emas pula tidak mengambil stok hanya dari satu kilang.
Jadi barang kemas yang dibeli di kelantan, boleh jadi diayak di Pahang, Dibakar di Penang dan diassay di Kuala Lumpur.

Selagi barang kemas itu bertanda berapa karat, tidak kisah dimana asalnya.

Penting ilmu emas

Jika tuan-tuan berminat meniaga emas, mendapatkan stok atau mencari supplier dapatkan ebook Ilmu Asas Emas di

Ebook Hargabiz

Benar ke Ar-Rahnu Yapeim rugi 12 juta?

Pada 13 Mei, sebuah laporan berita memetik laporan sulit kerajaan yang menunjukkan kerugian berlaku apabila yapeim gagal membuat lelongan keatas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300kg dengan nilai RM80 juta dari 2012 sehinggalah 2014.

Kerugian ini dikatakan berpunca dari kejatuhan harga emas sepanjang tempoh tersebut.

Penafian Yapeim Rugi

Hari ini, Yapeim pula menafikan dakwaan mereka kerugian 12 juta, sebaliknya barang kemas yang tidak ditebus adalah sebenarnya sebanyak 388kg dengan nilai RM62.8 juta

Pergerakan Harga Emas 2012-2014

Betul ke harga emas jatuh sepanjang 2012 – 2014, jika kita semak balik graf pergerakan harga emas pada tempoh masa tersebut

Kelihatan memang berlaku kejatuhan mendadak harga emas bermula dari akhir 2011.

Untuk rekod harga emas paling tinggi dalam sejarah Malaysia adalah pada November 2011 ( Indeks 6960, RM184.12/gm spot price)

Kejatuhan teruk harga emas pada lewat 2011 adalah berpunca dari lambakan gold paper menyebabkan nilai emas melonjak dan jatuh secara tiba-tiba.

Siapa rugi Tragedi 2012?

Pada tragedi 2012, Perdana Menteri Britain Gordon Brown dipersalahkan kerana menyebabkan Britain kehilangan kira-kira GBP 9 Billion apabila menjual 400 tan simpanan emas britain sebelum harga melonjak naik.

Barclays Bank telah didenda sebanyak GBP 29 Juta kerana memanipulasikan harga emas dan silver

HSBC, Deutsche Bank dan Nova Scotia Bank juga didenda USD 46.7 juta, UBS juga didenda USD 15 juta kerana terlibat dalam memanipulasikan harga emas dan silver di pasaran.

3 Bank utama yang terlibat dalam penentuan harga emas dunia ( London Gold Fixing ) didenda dan ditendang keluar.

Sejarah Terbesar Dalam Emas

Disebabkan pemanipulasian oleh bank bank terbesar ini, “London Gold Fixing” yang telah digunakan hampir seratus tahun sejak 1919 dalam menentukan harga emas dunia telah ditukar ke ICE pada 2015.

Bagaimana proses lelongan emas

Pada sekitar 2012, Yapeim adalah antara pemain utama gadaian emas arrahnu disamping Xchange dan Agrobank, proses lelongan emas biasanya berlaku selepas tempoh masa 11 bulan selepas tarikh pajak tidak ditebus.

Dengan jumlah yang disimpan sebanyak 388kg, rasanya hampir mustahil untuk mana-mana syarikat dapat mengelak kerugian apabila harga emas jatuh mendadak seperti graf diatas. Barang yang dipajak pelanggan tidak boleh dijual ketika harga jatuh, lagi-lagi tempoh masa pajakan masih belum tamat.

Harga emas pula menjunam jatuh dari 180 ke 120 ( kira-kira 33% ), manakala beza harga pajakan dengan harga lebur cuma 15%-20% (buffer zone), memang ajaib lah jika Yapeim lansung tidak terkesan atau rugi sikit pun

Kesimpulan

Berkemungkinan besar, serangan ke atas yapeim hari ini hanyalah bermotif politik dan wayang semata-mata tanpa memahami sejarah pergerakan turun naik harga emas.

Siapalah yang suka bermain wayang itu?

Hadiah Jongkong Emas Hello Kitty 100gm

Bagi mereka-mereka yang belum mempunyai akaun bank Hong Leong Bank terutamanya perempuan atau gadis-gadis gedik macam King_coco , anda berpeluang untuk memenangi 100gm jongkong emas Hello Kitty dengan membuka akaun baru di Hong Leong Bank dan depositkan RM1000.00 sahaja kedalam akaun.

 

Selain berpeluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM30,000 ini, anda juga akan mendapat Kad Debit Bank Hong Leong Bank Hello Kitty

Cara-caranya seperti dibawah, tamat sehingga Mei 2017 sahaja ok..

 

Senang je Bank nak pinjam duit anda, cuma bagi hadiah dan orang berpusu-pusu untuk menyimpanĀ dalam bank, bank tak perlu bayar interest, tetapi jika anda ingin meminjam wang dari bank, anda akan dikenakan pelbagai interest, apapun itulah dipanggil kewangan, untuk menjadi seperti bank, anda kena ada lesen dari Bank Negara, bukan lesen MLM atau skim ponzi.

 

Dapatkan Tips Pelaburan Tentang Emas

611x395_anasayfa_4f6794b96c675

Rata-rata ramai rakyat Malaysia sedar akan kepentingan mengamalkan pelaburan terutamanya pelaburan emas.

Pelaburan emas ini sememangnya merupakan pelaburan yang bukan sahaja amat-amat menguntungkan malah boleh menjana kekayaan dan kemewahan.

Makin lama nilai emas makin meningkat dan dalam beberapa tahun mendatang nilainya bakal meningkat berganda-ganda lagi.

Namun begitu pelaburan tetap pelaburan dan setiap pelaburan ada risikonya. Begitu juga dengan pelaburan emas.

Dalam keghairahan kita melakukan pelaburan emas kita dapat lihat ramai juga diantara kita yang kerugian sepertiā€¦

  • Menjual semula emas dengan harga yang rendah dari harga yang dibeli.
  • Emas yang dibeli rupa-rupanya tidak seasli seperti yang didakwa.
  • Ditipu dengan skim-skim pelaburan emas.
  • Dan banyak lagi kes kerugianā€¦

Walaupun kita sering dibuaikan dengan keuntungan-keuntungan besar kita tidak sedar yang ianya juga boleh membawa kerugian berganda-ganda dari pelaburan emas ini.

Kita perlu sediakan dahulu diri kita dengan ilmu pelaburan yang betul. Dalam pelaburan emas ini kita perlu tahu:

  • Bagaimana untuk bermain dengan permainannya? Jika tidak tahu ianya amat-amat berisiko tinggi.
  • Bagaimana caranya untuk membeli dan menjual emas dengan keuntungan yang tinggi? Kalau tidak rugi jadinya.
  • Apakah bahasa-bahasa pelaburan yang perlu digunakan? Ingat jangan sampai kena tipu kerana tidak faham bahasa mereka.
  • Dan banyak lagi ilmu pelaburan emas yang perlu di kuasai

Jadi jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang emas, sila log masuk ke laman web www.RahsiaEmas.com untuk mendapatkan tips tentang pelaburan ini.

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.Ā sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788Ā Acikx HargaemasĀ + facebookĀ 
_________________________________________________________________________________________

Dollah Ingin Menyentuh Emas Lagi

dollah_salleh-malaysia_coach

Setelah banyak mencicipi banyak kesukesan sebagai pemain dan pelatih klub, Dollah Salleh kini berdiri di ambang kejayaan sebagai pelatih internasional di AFF Suzuki Cup, hanya enam bulan sejak ia menjadi pelatih timnas Malaysia.

Disematkan sebagai legenda sepakbola Malaysia, ia membentuk kemitraan produktif selama masih menjadi pemain bersama Zainal Abidin Hassan, memenangkan gelar domestik di Johor, Selangor dan Pahang dan medali emas SEA Games 1989 bersama tim nasional.

Final turnamen internasional baginya adalah Kejuaraan sepakbola ASEAN perdana pada 1996 ketika Harimau Malaya mencapai final, namun karena dihantam cedera, Dollah melewatkan laga final yang berakhir dengan kekalahan 1-0 dari Thailand.

Ia akan kembali menyaksikan pertandingan dari bench pemain saat kedua tim bertemu dalam final AFF Suzuki Cup 2014, namun kali ini, pria 51 tahun itu akan menjadi pemberi instruksi untuk membawa Malaysia mengangkat tropi yang kedua kalinya.

Ini menjadi kenaikan bertahap dalam jabatan tertinggi mantan striker kelahiran Malaka ini yang mulai meniti karier sebagai pelatih sejak gantung sepatu pada 1998.

Diangkat sebagai pelatih MPPJ Selangor pada 2003, ia membuat torehan prestasi setahun kemudian ketika membawa klub divisi dua itu sukses merebut Malaysia Cup, di mana mereka jadi yang pertama, sejauh ini, satu-satunya klub yang mengangkat tropi dalam kompetisi yang lama didominasi oleh tim-tim dari Negara bagian Malaysia.

Dia melanjutkan dengan memenangkan tiga gelar domestik bersama Selangor pada tahun 2005, Malaysia Cup lainnya dengan Pahang pada tahun 2013 dan memimpin PDRM menjuarai Divisi dua pada bulan Juni sebelum ia menerima peran sebagai pelatih nasional pada bulan Juli.

Sementara ia adalah pilihan yang populer sebagai suksesor K.Rajagobal, yang memimpin Harimau Malaya untuk gelar pertama AFF Suzuki Cup mereka pada 2010, bulan-bulan awal Dollah sebagai pelatih nasional berjalan kurang mulus.

Dalam persiapan menuju AFF Suzuki Cup, mereka kalah empat kali dari lima pertandingan persahabatan internasional dengan kemenangan mereka hanya diperoleh melawan tim lemah ASEAN Kamboja, yang mengarah pada pertanyaan tentang apakah ia harus tetap layak menangani timnas untuk turnamen ini.

Tekanan meningkat setelah Malaysia hanya bermain imbang 0-0 dengan Myanmar dan kalah 3-2 dari Thailand untuk berdiri di ambang eliminasi selama penyisihan grup. Namun, saat tim membutuhkan kemenangan atas Singapura untuk lolos, Dollah menunjukkan kekuatannya dalam membakar motivasi dan bakatnya untuk membuat perubahan penting pada waktu yang tepat, sehingga Harimau Malaya mencetak dua gol pada menit akhir untuk menang 3-1.

Kemampuan itu muncul ke permukaan sekali lagi dalam bentrokan semifinal, di mana Malaysia membalikkan keadaan atas Vietnam setelah kalah 2-1 di kandang sendiri pada leg pertama.

Setelah melihat timnya bermain buruk di Shah Alam, Dollah membuat enam perubahan line-up untuk pertandingan kedua di Hanoi, termasuk kesempatan memulai dari menit awal bagi penyerang veteran Indra Putra Mahayuddin. Perubahan itu bekerja dengan baik saat Indra Putra memenangkan penalti di awal dan menyiksa pertahanan Vietnam, di mana Malaysia menjaringkan empat gol di babak pertama dalam perjalanan menuju kemenangan 4-2 dan memastikan satu tempat di final.

Catatan keseluruhan Dollah dalam enam bulan pertamanya sebagai pelatih tidaklah istimewa, dengan hanya tiga kemenangan dari 10 pertandingan. Namun, mengingat sentuhan magisnya sebagai pemain dan pelatih serta kemampuannya untuk mendapatkan kinerja tepat dengan hasil dari timnya pada saat yang paling tepat, akan sangat sulit untuk tidak menuliskan peluang timnya untuk bisa mengalahkan Thailand di final dan membawa kesuksesannya di turnamen yang gagal diraihnya 18 tahun silam.

sumber – http://www.affsuzukicup.com/news-bahasa/dollah-ingin-menyentuh-emas-lagi

LAGI CERITA TENTANG EMAS

emasfaiz03

“Putrajaya: Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) 2013 bakal membawa pulang hadiah jongkong emas seberat 350 gram (g) yang bernilai kira-kira RM70,000 selain wang tunai RM40,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian hadiah jongkong emas itu ditaja Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menggantikan hadiah kereta Proton Preve yang dijanjikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur, sebelum ini. Menurutnya, pemberian jongkong emas itu adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran MTQA bertujuan memudahkan pemenang membawa pulang hadiah ke negara mereka. ā€œPemberian jongkong emas berkenaan kepada pemenang memudahkan mereka membawa pulang hadiah itu termasuk boleh dimasukkan dalam poket saja.

ā€œPada masa sama, kita berbuat demikian selepas mendapati kemungkinan kos pengangkutan dan penghantaran kereta Proton Preve ke negara diwakili juara kategori qari dan qariah MTQA adalah lebih tinggi berbanding nilai hadiah itu,ā€ katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan setem kenangan sempena ulang tahun ke-55 MTQA di Masjid Putra di sini, semalam. Majlis perasmian MTQA ke-55 akan disempurnakan oleh Timbalan Yang Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muā€™adzam Shah, pada 6 Julai ini. Dalam pada itu, Jamil berkata, beliau gembira kerana sehingga kini seramai 76 peserta mewakili 45 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Indonesia dan Thailand sudah mengesahkan diri untuk menyertai.”

Artikel di petik dari Harian Metro

Sumber- emasfaiz.blogspots.com

*PS : Lepas baca ni, mesti anda semua faham kenapa emas sangat penting… so apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa anda… pelajari ILMU EMAS di blog ini dan di mana mana blog tentang emas